Part 28

636 24 2
                                    

SEJAK peristiwa malam tu dia sudah seminggu tidak berjumpa dengan Ryan. Dia sebenarnya malu nak jumpa Ryan. Setiap kali dia ternampak Ryan dia akan menyorok. Ryan pula sejak akhir-akhir ini pun tidak mencari dia.

Dia menolak trolinya untuk mencari barang-barang dapur rumahnya. Maklumlah duduk sorang-sorang ni semua benda kena buat sendiri. Lain lah kalau dia ada pembantu rumah. Sudah tentulah kerja-kerja macam ni pembantu rumah sahaja yang buat. Tapi buat masa sekarang ni, dia tak mampu lagi nak bayar pembantu rumah.

Sedang dia menolak troli ke arah lorong sayur-sayuran dia ternampak seorang lelaki yang sedang memilih sayur di situ. Dia mengerutkan dahinya. Dia pun mengambil keputusan untuk menegur lelaki itu. Langkahnya menghampiri lelaki yang sedang khusyuk memilih sayur itu.

"Ehh kamu bukan pekerja Ryan ke? Azri kan?" lelaki itu terus mengalihkan pandangannya ke arah Amina. Sayur di tangannya diletakkan semula.

"Haah." jawab Azri.

"Kamu buat apa dekat sini? Beli barang dapur ke?" saja berbasa-basi. Takkan lah Azri datang sini nak beli perabot rumah pulak. Memang la nak beli barang dapur. Nama pun supermarket.

"Haah. Bahan mentah dekat restoran tu dah kurang jadi saya terpaksa pergi beli pagi-pagi macam ni." Amina mengerutkan keningnya mendengar jawapan dari Azri. Pelik.

"Bukan ke Ryan selalunya pergi beli barang." tanyanya sebab setahunya Ryan agak cerewet sikit bab membeli bahan-bahan dapur ni. Selalunya dia akan membeli sendiri.

"Haah selalunya dia. Tapi sekarang dia demam. Dia rak sempat beli semalam. Dia tak larat katanya. Sebab tu saya terpaksa pergi beli pagi ni." jelas Azri. Amina mengangguk faham.

Patut pun semasa dia keluar tadi, kereta Ryan masih tersidai di tempat parking. Demam rupanya. Dia ingatkan yang Ryan pergi kerja lewat.

"Restoran buka tak hari ni?" tanya Amina.

"Buka je. Cuma agak kelam-kabut sedikit pagi ni sebab barang-barang kurang kan." kata Azri. Sayur-sayur yang dipilihnya sudah diletakkan di dalam troli. Badannya ditegakkan semula.

"Ouh.."

"Takpe la saya kena pergi dulu. Takut lambat pula nak hantar barang ni semua." Pamit Azri. Amina hanya menganguk faham.

********************

DIA berdiri di hadapan rumah Ryan. Dia masih ragu-ragu mahu masuk atau tidak. Dia segan sebenarnya. Setiap kali tengok Ryan je, dia pasti akan teringat adegan mereka dekat pantai malam tu. Dia masih berfikir, dia patut masuk ke tidak.

Dia pun mengambil keputusan untuk masuk jugak. Password rumah Ryan ditekan. Jangan pelik kenapa dia boleh tahu password rumah Ryan, dia ada nampak Ryan membuka pintu rumahnya jadi dia tidak sengaja ternampak nombor yang ditekan oleh Ryan.

Pintu rumah itu terbuka. Langkahnya terus memasuki rumah itu. Sunyi. Seperti tiada tiada penghuni. Ruang tamu dengan dapur pun kosong.

"Ryan." panggilnya.

Tiada sahutan. Dia cuba memanggil sekali lagi.

"Ryan."

Still sama. Masih lagi tiada sahutan.

Langkahnya terus menuju ke arah bilik tidur Ryan. Pintu bilik Ryan dikuak berhati-hati. Perlahan-lahan Amina menapak masuk ke dalam bilik Ryan. Apabila melihat sekeliling, mata Amina tertumpu pada sekujur tubuh di atas katil yang berselimut separuh badan tidak berbaju.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now