Part 5

816 34 0
                                    

TANGGA rumah itu dituruninya perlahan-lahan. Dia melihat mamanya sedang sedang berbaring di atas sofa di ruang tamu. Matanya terpejam manakala tangan kanannya diletakkan diatas kepala. Mungkin terlalu penat kot.

Tangga di turun sampailah tangga yang terakhir. Kakinya terus menuju ke dapur. Peti ais dibuka lalu satu kotak jus apple dicapainya. Tangannya terus mencapai mug yang berada di atas rak kecil bersebelahan dengan peti ais itu lalu dituangnya jus apple ke dalamnya.

Selesai dituang, jus apple itu di simpan semula ke dalam peti ais. Kakinya terus melangkah ke ruang tamu di mana tempat mamanya berbaring tadi. Mug itu terus ditetakkan di atas meja berhadapan dengan mamanya lalu dia terus duduk di atas sofa lain yang bersebelahan dengan mamanya itu.

Puan Mahiran membuka mata apabila dia mendengar bunyi seperti ada orang. Dia tidak tidur pun sebenarnya tetapi sahaja pejam mata untuk menghilangkan kepenatan setelah seharian bekerja. Matanya terus memandang kearah anak sulungnya itu.

"Ehh bila akak balik? Kenapa tak call mama cakap nak balik. Kalau mama tak ada dekat rumah macam mana?" Tanya Puan Mahiran kepada Amina. Dia terus bangun dari pembaringannya dan duduk bersandar pada sofa. Matanya tidak lepas memandang wajah anak tirinya itu. Cantik. Itulah yang berada dalam kepalanya. Anak tirinya itu seorang yang sangat cantik walaupun ramai yang cakap wajah Melina jauh lagi cantik daripadanya.

Wajah Melina yang kuning langsat berbentuk V dan mempunyai hidung yang agak mancung manakala wajah Amina merah-kemerahan berbentuk agak bulat. Hidung Amina juga tidaklah mancung just biasa-biasa sahaja tetapi dia mempunyai mata yang cantik. Mata bundar.

"Takde lah. Akak singgah sebentar je ni sebab tadi Mel ada call suruh ambil dia dekat kolej. Kelas dia tiba-tiba cancel hari ni katanya sebab kebanyakan lecturenya busy hari ni. So alang-alang akak tak kerja hari ni apa salahnya kan ambil Mel sebab dia cakap mama busy tak balik lagi. Dia tak nak menyusahkan mama katanya." Terangnya panjang lebar.

Dia harap mamanya percaya cakap dia. Selalunya mamanya lebih percayakan dia berbanding Melina kerana Melina banyak kali sudah kantoi menipu mamanya. Jadi kepercayaannya kepada Melina tu kurang. Jadi Melina terpaksa menggunakan dia untuk kelentong mama mereka kalini.

"Kereta Mel kenapa? Rosak ke?" Tanya Puan Mahiran kerana tadi dia melihat kereta anaknya itu di dalam garaj.

"Haah rosak. Jadi dia terpaksa pergi kelas dengan grab hari ni. Tapi tu la tiba-tiba kelas pula cancel last minute." Tipunya lagi. Rasa bersalah pula dia menipu mamanya ini. Kalau bukan sebab Melina jangan harap dia bersekongkol dengan Melina untuk menipu mamanya.

"Ouh, patut lah tadi mama tengok elok jer kereta Mel tersadai di garaj. Rosak rupanya. Dah call mekanik ke suruh datang tengok?" Tanya puan Mahiran.

"Dah tadi. Mekanik tu pun baru je balik. Maybe kereta dia berselisih dengan kereta mama masa mama balik rumah tadi." Karangnya sambil melihat wajah Melina yang sedang menyorok disebalik tangga. Mamanya tidak akan dapat melihat Melina kerana mereka berada diarah berlawanan. Kedudukan tangga berada di belakang sofa yang diduduki oleh puan Mahiran manakala sofa yang didudukinya pula berhadapan dengan tangga. Dia melihat Melina mengangkat ibu jarinya sambil tersenyum.

"Mekanik tu cakap apa? Apa yang rosak?" tanya puan Mahiran lagi sambil minum air yang telah disediakan oleh anaknya itu.

"Entah lah tak ingat dah akak apa yang dia cakap tadi. Masalah enjin ke apa tadi. Entahla sebab akak tak dengar sangat." Jawabnya agak gugup.

"Ni mesti sebab kereta lama tak service la tu. Mel tu pandai naik je. Pergi service tak pandai." Ujar puan Mahiran. Amina hanya tersenyum mengiyakan apa yang dicakap oleh mamanya tadi.

"Mana Mel? Tak nampak batang hidung pun." Tanya puan Mahiran sambil pushing kebelakang untuk melihat ke tingkat atas. Melina yang berada di tangga itu terus menundukkan kepala untuk menyorok daripada mamanya.

"Ouh tadi Mel ada dekat bilik dia tadi. Nak suruh akak panggil ke?" Tanyanya. Matanya melihat Melina yang sedang merangkak dari tangga untuk menuju ke biliknya. Dia tersenyum melihat telatah adiknya itu.

"Tak payah. Saja je mama tanya manalah tahu dah keluar dengan kawan-kawan dia ke. Mel tu manalah lekat dekat rumah ni. Ada je aktiviti dia dengan kawan-kawan dia tu." Adu puan Mahiran mengenai perangai anak bongsunya itu. Amina hanya mampu tersenyum sahaja mendengar luahan mamanya.

Berasa bersalah pula dia kerana dia juga jarang balik rumah kerana dia lebih suka tinggal sorang-sorang. Tak tahu pula dia sebenarnya mamanya sunyi kerana mamanya selalu sahaja busy dengan kerjanya sehingga jarang ada di rumah. Mel pula memang selalu keluar lepak dengan kawan-kawan kolejnya.

"Takpe la kalau macam tu. Mama naik dulu la nak mandi. Dah melekit dah rasa badan ni. Jangan lupa tolong basuhkan mug mama tu ye." Pesannya sambil bangun dari sofa itu menuju kearah biliknya yang berada di ruang bawah itu.

Tak sampai beberapa langkah, kakinya berhenti semula sambil menoleh kearah Amina.

"Akak tak payah la balik lagi. Makan tengah hari kat rumah hari ni. Bila lagi nak makan sekali. Akak asyik busy je. Kalau akak tak busy, mama pula yang busy. Makan dekat rumah harini okey?"

"Okey mama." Balasnya. Selepas mendengar alasan daripada anaknya itu dia terus meneruskan langkah menuju ke biliknya.

Amina terus melihat mamanya sampailah tubuh mamanya itu hilang dari pandangannya setelah pintu bilik mamanya itu ditutup.

********************

BUNYI pintu dibuka mengejutkan Ryan yang sedang mencatat resepi barunya itu. Pandangannya diangkat.

"Ryan, aku ikut dia tadi pergi mall. Aku rasa yang dia nak pergi somewhere sebab dia ada beli dress like for party? I think." Kata Hanif sambil meletakkan beberapa keping gambar yang diambil tadi diatas meja Ryan.

"Kau tak siasat untuk apa?" tangan Ryan sudah berhenti melakar. Kini tumpuannya sepenuhnya kearah Hanif.

"Aku tak berapa tak sure sangat. Tapi aku ada terdengar diorang borak. Dia cakap pasal birthday party. Tapi aku tak sure birthday party siapa."

"Takpe, yang tu aku suruh Imran yang tolong siasat." Katanya sambil menyambung semula melakar.

"Ryan, kau rasa betul ke tindakan yang kau buat ni. Aku takut kau salah buat keputusan je. Nanti kau menyesal nanti macam mana?" Ryan berhenti sejenak. Pandangannya ditumpukan ke arah Hanif semula. Pensil diletakkan.

"Kau tak payah ikut campur hal tu. Kau buat apa yang aku suruh, sudah la. And aku tak akan menyesal buat macam ni kepada sesiapa yang buat keluarga aku menderita, faham?"

"Aku akan buat apa sahaja biar dia rasa apa yang aku rasa selama ini."sambungnya lagi.

" Suka hati kau la Ryan. Aku malas nak kata apa dah. Aku cau dulu."Hanif terus melangkah kaki keluar dari bilik itu. Ryan mengeluh. Moodnya untuk melukis sudah hilang. Dia mengambil gambar di atas mejanya itu lalu bangun menuju ke tingkap ofisnya.

"Amina Khadija. Cantik nama kau kan. Tapi sayang, perangai kau tak secantik tu." ucap Ryan sambil tersenyum sinis.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jangan lupa vote, okey👌🏼.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now