Part 8

662 27 0
                                    

AMINA terus ke meja solek apabila dia selesai mandi. Tuala di kepalanya dibuka lalu hairdryer dicapai. Tak sempat kering rambutnya, telefonnya berbunyi menandakan ada orang yang menghantar mesej. Amina terus menoleh kearah meja disebelah katil dimana terletaknya beg tangannya.

"Haishh, siapalah cari aku malam-malam ni." keluhnya sambil melangkah ke arah begnya. Mana la tahu ada hal penting ke.

Tangannya terus mencari telefon di dalam begnya. Ruangan chat dibuka.

"Ryan? Dia nak apa?" chat dari Ryan dibuka.

"Sorry ganggu you malam-malam macam ni. I sebenarnya nak belanja you makan dekat restoran I sebagai tanda minta maaf I dekat you pasal malam tu."- Ryan

"Malam tu?" - Amina

Amina terus duduk disisi katil sambil menunggu balasan daripada Ryan. Bathrobe dibetulkan supaya pahanya tidak terdedah.

"Pasal I terpijak dress you." - Ryan

"Never mind. I dah lupakan pasal tu, lagipun I tak free esok." - Amina

"I tak cakap esok. Bila-bila masa you boleh datang. I tak kisah. Lagipun I ada buat resepi baru. Mana lah tahu you boleh jadi orang first yang try." - Ryan

Hampir 5 minit berfikir, dia pun setuju. Apa salahnya kan cuba resepi baru dari restoran Ryan.

"Okey. Tengok la macam mana nanti." - Amina

Telefonnya diletakkan diatas meja lalu dia mengangkat punggung melangkah kearah wardrobe untuk memakai pakaian.

********************

AMINA terus melangkah masuk ke dalam restoran itu. Dia memandang sekeliling untuk mencari meja kosong untuk didudukinya. Jumpa.

Dia terus melangkah ke meja itu. Sebelum dia datang, dia sudah menghantarkan pesanan kepada Ryan untuk memberitahu yang dia hendak datang.

Tiba-tiba pandangannya tertoleh ke sebelah kanannya. Matanya tertumpu kepada meja yang berada paling hujung sekali. Agak tercorot sedikit.

"Belle? Dia tengah dating ke tu?" Apabila dia melihat Belle duduk semeja dengan seorang lelaki. Dia tidak nampak dengan jelas siapa lelaki itu kerana lelaki itu duduk bertentangan dengannya.

"Can I take your order, miss?" Sapa waiter tiba-tiba. Terkejut Amina dibuatnya kerana tadi dia khusyuk melihat siapa lelaki bersama Belle itu. Dia terus memandang ke arah waiter itu. Waiter yang hari itu. Name tag waiter itu dilihatnya. Hanif.

"I just nak jumpa dengan encik Ryan." Sambil menayang muka datar ke arah waiter itu.

"Tapi encik Ryan agak busy harini."

"You cakap je yang Amina datang restoran dia hari ni. Confirm dia datang." Balas Amina.

"Baiklah, miss." Waiter itu terus pergi dari situ. Yang peliknya waiter itu bukan menuju ke arah dapur malah menuju ke arah Belle.

Waiter itu bercakap dengan lelaki yang berada di hadapan Belle itu lalu dengan tak sengaja dia dan lelaki itu berpandangan apabila lelaki itu mengalihkan pandangannya.

"Ouh.. jadi dia dating dengan Belle." Amina tersenyum sinis.

Lelaki itu terus melangkah kearahnya sesudah dia bercakap sesuatu dengan Belle.

"Sorry, I tak perasan yang you sudah sampai tadi. Alang-alang tunggu you, I borak dengan Belle kejap tadi. Tak sangka I yang Belle pun datang restoran I harini." Jelas Ryan kepada Amina.

BUKAN HEROINDonde viven las historias. Descúbrelo ahora