Part 36

763 25 1
                                    

MELINA, Lily dan Anna melangkah masuk ke dalam restoran mewah yang berada di bandar itu. Lily yang  beria-ria ajak mereka keluar malam ini. Entah kenapa baik semacam Lily nak belanja mereka. Dia setuju sahaja memandangkan mamanya tiada di rumah. Dia kerja shift malam hari ni. Dia pun agak bosan jugak tinggal sorang-sorang dekat rumah.

"Korang order la dulu. Aku nak pergi toilet jap" Melina sudah bangun dari tempat duduknya. Begnya diletakkan di atas kerusi yang dia duduk tadi.

"Okey." balas Lily dan Anna serentak. Melina terus melangkah ke arah toilet yang berada di penjuru restoran itu.

Selesai dia membuang hajatnya, dia terus keluar dari toilet itu. Sedang dia melangkah untuk kemeja kawan-kawan dia, dia ternampak Noah dengan makan bersama Aliya yang berada di meja yang agak tersorok dari orang ramai.

Dia memberhentikan langkah. Bibirnya senyum tipis. Tipu lah kalau dia cakap yang dia tak sakit. Dia sakit sangat melihat hubungan mereka. Tapi siapa lah dia untuk menentang takdir tuhan.

Dia hanyalah insan biasa yang tak lepas dari kesakitan. Dia tahu. Sekarang ni dia harus fokus kepada orang yang menghargai dia. Orang yang selalu ada bersama dia susah senang. Mungkin sekarang ni tuhan ingin dia meluangkan masanya untuk family dan kawan-kawannya sahaja. Mungkin.

Pandangannya dialihkan kemeja kawan-kawannya sekarang. Dia melihat Lily dan Anna saling bergelak ketawa. Dia tersenyum manis. Kebahagiaan dia sekarang adalah bersama-sama orang yang menghargai dia. Dia terus melangkah mendekati mereka.

Sekarang dia sudah tahu kenapa tuhan menguji dia begini. Sebab tuhan tahu apa yang terbaik untuk dia sekarang ni. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia terus melangkah bersama orang-orang yang menyayangi dia.

"Asal kau lambat sangat?"

"Takde lah. Orang ramai sangat dalam toilet tadi."balasnya. Makanannya sudah dipesan oleh mereka. Tapi makanan itu tidak menarik perhatiannya sekarang ni.

Matanya memandang tepat di meja yang diduduki Noah semula. Dia mengeluh halus.

'Kau kena kuat, Mel. Lupakan dia.' bisik hatinya. Cuba bagi semangat untuk diri sendiri. Riak wajahnya yang muram tadi berubah ceria.

********************

MALAM ni Ryan mengajaknya membuat kek sempena dia dapat tawaran berlakon itu. Dia tak nak sebenarnya. Lagipun dia mana la pandai nak buat kek. Dia pun tak tahu boleh bantu ke tak Ryan nak buat kek nanti. Dia takut yang dia hanya sekadar tengok je nanti.

Tapi Ryan berkeras juga paksa dia untuk datang ke rumahnya malam ini. Jadi nak, tak nak dia terpaksa la pergi rumah ryan. Lagipun semua bahan nak buat kek sudah dibeli oleh lelaki itu.

"You ada nak suruh I buat apa-apa tak?" tanya Amina apabila dia melihat Ryan sudah mengeluarkan semua bahan-bahan yang dibelinya petang tadi. Ryan memandang ke arahnya yang masih tercegat di kabinet dapur.

Tak tahu nak buat apa. Barang-barang yang dibeli Ryan petang tadi tu dibelek-belek.

"Sayang...sini jap." panggil Ryan. Amina melangkah mendekati Ryan.

"Apa?"

"Sayang sukat bahan-bahan ni." Ryan sudah menghulurkan satu bungkusan plastic yang besar berisi bahan-bahan untuk disukat.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now