Part 38

705 29 0
                                    

Amina mengikuti langkah Belle ke arah lorong gelap itu. Dia melihat langkah Belle yang agak mencurigakan. Belle beberapa kali dilihatnya memandang sekeliling untuk memastikan tiada sesiapa yang mengekorinya.

Sebenarnya dia mengikut Belle dari tempat shooting perempuan tu lagi. Dia menunggu Belle habis dari kerjanya hampir 2 jam setengah. Sekarang ni pun dah hampir pukul 10 malam. Dia terpaksa menipu Ryan dengan mengatakan bahawa dia ada hal penting apabila lelaki itu bertanya tentang keberadaannya.

Sedang dia mengikuti langkah Belle, tiba-tiba perempuan itu berhenti di hadapan seorang lelaki yang memakai hoodie. Lelaki yang dia nampak sebelum ni. Lelaki yang dia ingat Megat Daniel.

Dia melihat Belle mengeluarkan sesuatu di dalam handbagnya. Satu sampul surat yang agak tebal dihulurkan kepada lelaki itu.

Sampul itu disambut oleh lelaki itu sebelum dibuka. Duit di dalam sampul itu dicium lelaki itu sebelum di letakkan di dalam poket seluar belakangnya.

"Tolong jangan cari aku lagi lepas ni. Kalau tak, aku tak akan teragak-agak akan laporkan kau kat polis." ugut Belle kepada lelaki itu.

"Kau berani ke, sayang?" senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu. Dia merapatkan badannya dengan belle sebelum mengelus pipi itu lembut.

"Lepas la, sial. Kau ingat aku tak berani ke, huh!" tangan lelaki itu ditepis kasar. Badannya cuba dijaukan dengan lelaki itu.

"Tapi aku tak takut pun. Kau tahu kan selama ni pun aku ni jadi buruan polis. Tapi kau tengok la sekarang ni. Aku masih bebas, kan?" ujarnya sebelum cuba mengurangkan jaraknya dengan Belle.

"Ketepi la, sial!" marah Belle apabila menyedari dia sudah tidak dapat lari lagi. Belakangnya dinding.

Badan lelaki itu di tolak tapi kudratnya tidak kuat. Tubuh itu tidak berganjak seinci pun ke belakang malah semakin menghampirinya.

"Kau nak buat apa ni? Aku dah bagi duit yang kau nak, kan?" Belle semakin cuak apabila badannya sudah dikepung. Kedua tangan lelaki itu berada disisinya.

Lelaki itu merapatkan wajahnya dengan wajah Belle sebelum dia menggigit halus telinga Belle. Belle menggeliat kegelian. Kedua tangannya cuba untuk menolak dada lelaki itu.

"Aku rindu tubuh kau. Aku rindu setiap kali kita bersama. Aku rindu suara desahan kau. Aku rindu semua tu." Bisik lelaki itu dengan nada sensual.

Badan Belle sudah menggigil ketakutan. Dia takut peristiwa hitam itu berlaku lagi.

"Lepaskan aku la, bodoh!!" teriak Belle. Tubuh itu sekali lagi di tolak dengan kasar.

"Diam!!" jerkahnya. Badan Belle agak tersentak sedikit akibat jerkahan itu.

"Tolong!!"

Pangg!!

Pipinya ditampar dengan kasar menyebabkan dia terjelupuk jatuh ke atas tanah. Tangannya memegang pipi yang kena tampar tadi. Kepalanya jadi berdesing akibat tamparan kuat itu.

"Kau ingat ada orang ke nak tolong kau sekarang ni. Kau tengok sekarang ni!!" jerkahan lelaki itu.

"Sunyi. Takde orang pun. Just kita berdua je, sayang." suaranya tiba-tiba berubah menakutkan pula. Seperti orang psiko.

"Aku mohon, jangan buat aku macam ni." mohon Belle sambil mengensotkan badannya ke belakang. Kepalanya sudah penting sekarang. Tapi dia masih lagi berusaha untuk melarikan diri.

Pangg!!

Sekali lagi pipi Belle ditampar. Kali ini Belle sudah lemah. Dia sudah tidak mampu melawan kudrat lelaki itu.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now