Part 44

892 28 3
                                    

MAK andam sudah selesai menyolek wajahnya. Dia memandang wajahnya dari cermin. Cantik! Dia puji diri dia sendiri. Dia memilih make up yang natural beauty. Tak nak yang heavy sangat.

Dia dari tadi lagi tidak lepas daripada tersenyum. Hari yang di tunggu-tunggu telah pun tiba. Hari ini dia akan diijab kabulkan dengan pemilik hati dia. Siapa lagi kalau bukan Ryan.

"Akak dah siap ke? Kita dah lambat ni tau." jenguk Melina di balik pintu biliknya. Amina mengalihkan pandangannya ke arah itu.

"Jap." balas Amina. Dia memperbetulkan baju yang dipakainya. Melina masuk ke dalam bilik itu lalu mengorak langkah mendekati kakaknya.

"Dah?" tanya Melina. Amina anggukkan kepala.

"Okey, jom." ajak Amina. Tangan adiknya dicapainya lalu keluar dari bilik itu. Mereka turun ke halaman rumah. Dia melihat sudah ada dua kereta yang sudah terparking di halaman rumahnya. Kereta Hakim dengan kereta Daniel. Belle pun ada sekali di situ.

Dia dan Melina naik kereta bersama Hakim manakala mamanya naik sekali bersama Daniel dan Belle. Dia mahu pergi sendiri je sebenarnya tetapi Hakim dengan Daniel bersungguh-sungguh ingin menjadi driver kepada pengantin.

Dia pula terpaksa mengalah je lah apabila melihat kedegilan mereka berdua itu. Belle pula memang dia yang sengaja ajak perempuan itu memandangkan hubungan mereka semakin baik. Melina pula tak setuju sebenarnya apabila dia mengatakan yang dia sudah memaafkan Belle tapi Melina juga tidak boleh buat apa apabila dia sudah berkata begitu.

"Akak." panggil Melina. Amina memandang wajah adiknya yang berada di sebelahnya. Mereka berdua duduk di seat belakang manakala Hakim menjadi driver mereka hari ini.

"Ye?"

"Akak cantik sangat hari ni." puji Melina. Amina sudah sengih.

"Cantik ke?"

"Hmm." Melina angguk kepala. Dia melihat kakaknya yang memakai gaun putih bersama gaya rambut yang didandam kemas. Kakaknya nampak lain dari hari-hari biasa.

"Hari ni je?"

"Haah. Hari ni je. Hari lain Mel tengok macam orang gelandangan je muka akak." gurau Melina. Amina sudah tayangkan muka cemberutnya.

"Jahat jugak err mulut kau. Siapa yang ajar kau cakap macam ni?" Amina pura-pura marah. Sebenarnya dia tak ambik hati pun. Melina sudah hamburkan gelaknya apabila melihat reaksi kakaknya itu.

"Kau." balas Melina sambil gelakkan kakaknya. Amina hanya tayang muka tak puas hati.

"Aku pulak." jawab Amina tak puas hati. Bahu Melina ditampar lembut. Hakim yang sedang memandu itu hanya mampu menggelengkan kepalanya mendengar telatah dua beradik itu.

"Congrats kak. Hari ni akak dah jadi bini orang dah. Lepas ni tempat Mel dah kena ambik dengan abang Ryan dah. Mel harap dia dapat jaga akak macam mana Mel jaga akak sebelum ni." ucap Melina lirih. Kepalanya disandarkan di bahu kakaknya. Muka Amina yang tadi ceria berubah muram.

"Hei, kenapa sedih, sedih ni?" wajah Melina dibahunya ditilik. Tangan Melina digengam kemas.

"Takde pape la." balas Melina. Dia cuba mengukir senyuman walau dalam hatinya agak sedih apabila terpaksa melepaskan kakaknya kepada orang lain. Lepas ni dia bukan lagi priority kakaknya lagi.

Amina menolak badan Melina yang bersandar dibahunya. Kedua-dua bahu Melina di pegang.

"Pandang sini, Mel." arah Amina. Melina mengangkat wajahnya. Wajah Melina sayu.

"Takde orang yang dapat gantikan tempat kau. Kau orang paling istimewa dalam hidup aku. Kau adik aku. Kau kawan baik aku. Kau family aku. Ingat tu. Takde siapa yang boleh pisahkan kita termasuk Ryan." ujarnya Amina. Dia tak nak adiknya sedih di hari perkahwinannya.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now