Part 18

536 22 0
                                    

AIDIL menghulurkan air mineral kepada Amina apabila melihat perempuan kepenatan.

"Thanks."

"Aidil, kau tak perlu teman aku makan lunch hari ini. Aku nak jumpa kawan aku lepas ni." kata Amina selepas meneguk air mineral itu.

"Cik ada kawan? Siapa?" tanya Aidil sambil tersengih sumbing. Bahu Amina ditolak-tolak perlahan.

"Kawan lama aku la." jawab Amina agak kasar. Jelingan diberi kan kepada Aidil.

"Kawan lama ke boyfriend?" tanya Aidil agak musykil. Senyuman diberikan kepada Amina.

"Aku cakap kawan lama tu maksudnya kawan lama la. Aku hempuk jugak kepala kau dengan botol ni." botol air itu diangkat tinggi bersedia untuk menghempuk kepala Aidil. Aidil hanya tersengih sumbing.

"Takpe la, aku kena gerak dulu." sambil memberikan semula botol air itu kepada Aidil. Aidil mengambilnya.

Amina terus melangkah pergi dari situ meninggalkan Aidil sorang-sorang.

Setibanya dia di restoran, dia terus melangkah masuk kedalam. Pandangannya melilau memandang sekeliling mencari kelibat Hakim. Hakim memberitahunya bahawa dia sudah sampai.

Bibir mengukir senyuman apabila melihat kelibat seorang lelaki yang sudah melambai ke arahnya. Dia terus melangkah ke arah itu.

"Abang hakim?" tanya Amina. Hakim hanya menganggukkan kepala.

"Haah. Duduk lah." pelawa Hakim supaya Amina duduk di sebelahnya memandangkan di hadapan Hakim ada seorang lelaki yang agak segak jugak.

"Ni, abang perkenalkan Megat Daniel. Klien abang dari Malaysia memerangkap kawan abang masa study dekat UK dulu. Daniel ni juga bakal CEO MJ's Group tau. Bukan calang-calang orang ni." Hakim memperkenalkan lelaki yang berada di hadapannya kepada Amina. Megat Daniel hanya tersengih apabila rakannya itu pujinya melambung. Amina hanya menganggukkan kepalanya.

"And Daniel, ni pulak Amina Khadija. Kawan masa kecik aku dulu. Aku dah cerita pasal dia dekat kau dulu kan." Hakim memperkenalkan Amina pula kepada Megat Daniel.

"Hai." sapa Daniel sambil menghulurkan tangannya kepada Amina.

"Hai." balas Amina sambil mengambut huluran tangan itu.

"Sebenarnya aku dah kenal dia. Dia kan artis dekat sini." kata Daniel kepada Hakim. Amina hanya menunduk malu.

"Ouh, Mina artis ke sekarang?" tanya Hakim terkejut. Wajah Amina dipandang.

"Haah."

"Sorry, abang tak tahu pulak. Maklum lah abang dah sepuluh tahun tak balik Malaysia. Sorry." Hakim termalu sendiri. Kenapa dia tak tahu pun yang Amina ni artis.

"Takpe."

"Malu pula rasa dapat keluar dengan artis."

"Tak payah nak mengada sangat la." dia jeling tajam wajah Hakim.

"Takde orang ambik gambar kita ke? Maklumlah Mina keluar dengan abang ni. Mana la tahu esok keluar tajuk hangat ke dekat artikel." mata Hakim sudah melilau sekeliling.

"Takkan. Mina buka famous pun. Takde orang nak kisah pun la." balas Amina. Bukan merendah diri. Tapi kenyataan.

"Ye la tu."

Diam seketika.

"Mina order la makan dulu. Ke nak abang yang order kan?" pelawa Hakim. Amina melihat Hakim sudah order makanan untuk dia sendiri.

"Abang order tak tunggu Mina pun." kata Amina agak kecik hati.

"Bukan macam tu. Sebenarnya abang kena jumpa Daniel sebelum lunch sebab nak bincang pasal projek sikit. Jadi abang nak jimatkan masa, abang pun jumpalah Daniel dekat sini terus. Tak salah kan?" terang Hakim mengapa dia sudah order makanan terlebih dahulu. Daniel hanya menganggukkan kepala tanda setuju dengan apa yang baru sahaja dikatakan oleh Hakim tadi.

BUKAN HEROINNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ