Epilog

1.7K 40 9
                                    

GENAP dua tahun sudah perkahwinan mereka. Banyak benda sudah mereka lalui bersama. Banyak dugaan sudah mereka hadapi bersama. Kadang-kadang ada juga timbul perasaan menyesal kahwin dengan Ryan.

Yes, dia menyesal!!

Nak tahu kenapa? Sikap Ryan totally berubah. Dia tidak lagi seperti dulu. Layanan dia juga sudah berkurang. Masa Ryan juga selalu tidak cukup untuknya. Jauh sekali perangai Ryan yang awal-awal dia kenal dulu. Ryan yang dia kenal dulu selalu saja berkepit dengan dia. Selalu caring pasal dia. Tapi Ryan yang sekarang ni? Huh!! Hampeh.

Perangai Ryan berubah selepas dia lahirkan seorang putera mereka. Masa Ryan tidak lagi seperti dulu. Sekarang ni tumpuan Ryan sepenuhnya diberikan kepada anak mereka iaitu Ayden Gibran. Dia pun perlukan perhatian Ryan. Kalau dia tahu macam ni, sumpah dia tak nak kahwin. Biar diorang bercinta je sampai tua.

Kadang-kadang paling tak masuk akal mereka bergaduh pasal Ryan tak cukup masa untuk dia je. Memang bodoh. Sampai dia rasa yang dia tak mature gila. Tapi nasib ada mamanya yang meleraikan pergaduhan itu.

Wajah anak lelakinya yang sedang lena ditatap dalam. Entah kenapa timbul perasaan bangga dalam dirinya kerana tuhan memberikannya peluang untuk merasai perasaan menjadi seorang ibu. Pipi gebu itu diusap lembut. Kadang-kadang geram dengan anak sendiri.

Tiba-tiba bebola mata Ayden bergerak sebelum dia membuka matanya. Sedar je dari tidur, Ayden terus menangis kuat. Kelam kabut Amina dibuatnya. Dia dah la masih tak pandai lagi uruskan baby. Selama ni Ryan yang tolong uruskan.

Uweerkk!! Uweerkk!!

Badan kecil itu diangkat lalu diletakkan diatas ribanya. Dia menepuk-nepuk lembut punggung kecil itu sambil mendodoinya. Tapi Ayden bukan mahu berhenti menangis malah semakin kuat teriakkannya.

"Ryan mana you ni." rungutnya. Hanya Ryan je yang mampu pujuk Ayden.

Bunyi kuakkan pintu dari luar melegakannya. Ryan terus meluru kearahnya. Dia duduk di birai katil sambil pegang botol susu ditangannya.

"Ryan...Ayden tak nak henti nangis." adu Amina.

"Sini bagi I pujuk." tubuh Ayden kini beralih dalam pelukan Ryan pula. Ryan bangun dari duduknya sambil mendukung Ayden.

"Shhh, jangan nangis. Ayden anak papa dah besar kan? Jadi jangan nangis." pujuk Ryan. Dia menyuakan botol susu itu dalam mulut Ayden. Secara tiba-tiba teriakan Ayden berhenti.

Mata bulatnya menatap wajah papanya lama. Ryan menghadiahkan senyuman pada Ayden. Pipi Ayden dicuit lembut.

Amina sengih. Indah je pemandangan di depannya sekarang ni. Dua orang lelaki yang sangat bermakna dalam hidupnya. Masih dia ingat dulu masa dia dikhabarkan mengandung, Ryan la jadi orang yang paling happy sekali. Tapi dalam masa yang sama dia juga menjadi orang yang paling takut sekali.

Takut tidak dapat menjalankan tanggungjawad sebagai seorang ayah yang baik. Takut tidak dapat jadi seorang ayah yang sempurna. Tapi sekarang ni Ryan sudah membuktikan dia adalah seorang ayah yang cukup sempurna untuk Ayden. Malah dia juga berjaya menjadi suami terbaiknya sekaligus ketua keluarga yang sangat bertanggungjawad.

"Dah siap ke?" tegur Ryan. Amina seolah-olah baru tersedar dari mengelamun.

"Huh?"

"Dah siap ke belum? Nanti lambat pula kita nak berangkat rumah mummy." ulang Ryan sekali lagi apabila yakin yang Amina tidak dengar pertanyaannya tadi.

"Dah."

"Kalau macam tu jomlah." Amina turun dari katil sebelum membawa barang-barang Ayden. Dia melangkah mengikuti Ryan dari belakang.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now