Part 9

621 29 0
                                    

'CLICK, CLICK'

Bunyi kamera ditekan untuk mengambil gambar Belle yang sedang memegang sebuah produk di tangannya. Belle telah melakukan beberapa gaya supaya gambar itu kelihatan cantik dan jelas.

"Okey cantik." Kata jurugambar itu sambil mengangkat ibu jarinya.

Belle hanya tersenyum lega kerana gayanya itu tadi memuaskan jurugambar itu. Dia telah ditawarkan untuk menjadi duta produk kecantikan antarabangsa yang famous iaitu Fendy Beauty.

Dia disuruh untuk menukar baju lain pula. Dia melangkah ke arah sebuah bilik yang berada di situ untuk menukar pakaiannya. Baju dress berwarna blue black dipilihnya memandangkan dia mempunyai tubuh yang pale skin jadi baju itu agak sesuai untuknya. Tubuhnya kelihatan menyerlah dan kelihatan putih daripada kebiasaannya.

Dia pun melangkah keluar dari bilik itu apabila make up nya sudah di touch up semula.

"Okey satu lagi. Cik Belle boleh tak baring di atas sofa sambil mengiring ke arah sini? Produk tu cik Belle letak diatas kepala sofa sambil tengok produk tu." ujar jurugambar.

"Boleh. Tapi kejap saya nak betulkan kedudukan saya dulu." kata Belle sambil cuba berbaring di atas sofa itu sambil membetulkan dress yang dipakainya.

Fashionista yang berada di situ bergegas menuju ke arah Belle apabila melihat Belle bersusah payah membetulkan bajunya. Baju yang berada di tubuh Belle dibetulkan. Belle pun terus membetulkan pembaringannya untuk memudahkan fashionista itu membetulkan kedudukan bajunya. Apabila baju itu sudah dibetulkan, dia pun bergegas pergi dari situ.

"Terima kasih." Ucap Belle.

Gambarnya diambil lagi untuk beberapa keping. Setelah penat posing dia pun disuruh berehat terlebih dahulu.

Belle terus melangkah ke arah manajernya. Manajernya terus menghulurkan air kepada Belle supaya dapat menghilangkan dahaga gadis itu. Dahi Belle juga dilapnya supaya peluh yang ada pada wajah gadis itu tidak melunturkan make up. Belle hanya tersenyum.

"Cik Belle sini jap" Panggil jurugambar itu. Belle terus melangkah ke arahnya. Jurugambar itu terus menunjukkan gambar-gambar Belle yang diambil tadi.

"Gambar mana paling okey? Yang ni okey tak?" Tunjuknya kepada Belle. Belle hanya melihat sahaja sambil mengerutkan wajahnya.

"Kalau yang ni tak okey kita pilih gambar yang lain." Ujarnya lagi apabila dia melihat wajah Belle seperti Belle tidak berkenan dengan gambar yang ditunjukkan tadi.

"I think this picture okey. I nak this picture untuk papan iklan produk ni nanti boleh?" Tanya Belle sambil menunjukkan gambar dia memegang produk kecantikan itu dengan berbaju dress hitam sambil berdiri.

"Okey." Balas jurugambar itu sambil menekan keyboard laptopnya.

"Lagi satu cik Belle nak gambar mana ya untuk video iklan di tv tu nanti?"

"Yang tu saya serahkan dekat awak saja la. Saya percaya yang kamu dapat pilih gambar yang terbaik. Lagipun tu kan memang kerja awak. Jadi saya rasa awak dapat pilih gambar mana yang paling cantik." Jawabnya.

"Okey. Takde apa-apa dah kan?" Belle hanya menggelengkan kepalanya menandakan sudah tiada apa-apa.

Memang senang jika bekerjasama dengan Belle kerana Belle tidak banyak songeh seperti artis lain. Lagi satu Belle ini selalunya akan datang awal di tempat shooting.

"Okey la kalau macam tu. Kita habis disini je la. Yang lain dah boleh bersurai. Tapi ingat pagi esok kita masih ada satu lagi shooting kat luar. Jangan datang lambat." Kata jurugambar itu kepada kru-krunya.

"Okey." Balas kru-krunya dengan serentak.

"Cik Belle, saya nak pagi esok tolong datang ofis saya dulu boleh? Kita kena pilih baju dekat ofis saya dulu baru kita pergi tempat shooting. Saya tak nak bawa terlalu banyak baju dekat sana. Saya nak bawa baju yang memang nak dipakai masa shooting sahaja boleh? " Tanya fashionista itu.

"Okey." Balas Belle kerana baginya itu semua tidak menjadi masalah besar memandangkan ofis fashionista itu dengan tempat shooting mereka searah.

Sedang semua orang sibuk mengemas barang-barang mereka, tanpa sedar ada seorang lelaki yang dari tadi memandang ke arah Belle.

Belle tiba-tiba terpandang kearah pintu dan terlihat seorang lelaki yang memakai hoodie yang menutupi kepalanya itu sedang memandang ke arahnya. Tiba-tiba lelaki itu melangkah pergi dari situ setelah menyedari bahawa Belle perasan akan kehadirannya.

Nafas Belle berdegup dengan kencang. Lelaki itu ke? Atau bukan?

Dia terus melangkah ke arah pintu untuk mengejar langkah lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu sudah tiada.

Hilang!!

Pandangannya dialihkan kekiri dan kanan untuk mencari keberadaan lelaki itu.

Tiada. Memang tiada.

********************

RYAN yang sedang mengelap kabinet di dapur restorannya itu dikejutkan dengan suara dari arah belakang.

"Kau memang serius ke dengan rancangan kau tu?" Tanya Hanif tiba-tiba.

Berhenti seketika tangan Ryan yang sedang mengelap kabinet itu. Giginya di ketap. Lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah Hanif.

"Asal?Kau nak suruh aku tengok je perempuan tu happy atas kematian abang aku? Macam tu?" Jawabnya dengan soalan juga.

"Bukan macam tu. Aku tahu yang kau marah dekat perempuan tu. Tapi tu dulu la Ryan. Dia masih kecik lagi. Mana tahu sekarang dia dah berubah. Dia dah menyesal." Hanif berjalan menghampiri Ryan yang sedang berada di kabinet dapur restoran.

"Masih kecik kau cakap? Umur 17 tahun dah boleh berfikir la. Kalau dia tak buat macam tu dekat abang aku... Abang aku takkan mati la, sial!!" kain mengelap di tangannya tadi dihempas kuat di atas kabinet

"Tapi bukan dia yang bunuh abang kau."

"Memang dia bukan bunuh abang aku tapi dia penyebab kematian abang aku." muka Ryan sudah merah. Dia marah apabila Hanif cuba untuk membela Amina.

"Tu pilihan abang kau sendiri. Dia yang pilih jalan tu. Kita tak boleh salahkan orang lain."

"Memang tu pilihan dia. Tapi kalau dia tak kenal perempuan tu, dia takkan buat pilihan bodoh macam tu la!!"

"Mungkin sudah ketentuan."

"Ketentuan?"

"Babi kau ketentuan!! Kalau dia sambung belajar dekat Australia sekali dengan aku, semua benda ni takkan jadi. Abang aku mesti masih ada lagi dengan aku sekarang." Ryan cuba untuk menyalahkan takdir.

"Sudah la Ryan. Ikhlaskan apa yang dah berlaku."

"Kau cakap senang, Nif. Tapi aku yang lalui semua tu. Setiap kali aku tengok muka dia dekat TV, aku sakit, Nif. Aku sakit sangat. Tengok muka dia happy buat aku marah. Aku tak boleh tengok muka dia. Aku nak dia rasa apa yang abang aku rasa selama ni. Baru aku puas." mata Ryan sudah berair. Dadanya sudah berombak setiap kali dia bercakap pasal perempuan tu. Dia benci dengan perempuan yang bernama Amina Khadija. Benci sangat.

"Kalau kau teruskan rancangan kau, hubungan kau dengan Belle akan jauh. Kau mungkin takde chance nak tackle dia. Kau sanggup?" Hanif tengok kedalam mata Ryan. Sanggup kah Ryan melepaskan Belle iaitu perempuan yang disukai sejak sepuluh tahun dulu.

"Aku sanggup." sebut Ryan tanpa ragu-ragu. Dia tekad kali ini.

"Kau tunggu Belle lama kot. Kau sanggup lupakan Belle semata-mata nak buat kerja bodoh ni?" Hanif sudah tersenyum sinis. Pening dia dengan perangai Ryan.

"Aku sanggup buat apa sahaja untuk abang aku."

"Walaupun aku terpaksa lepaskan Belle bersama orang lain." dia tak sanggup tapi dia terpaksa.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jangan lupa vote, okey👌🏼.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now