Part 4

850 33 0
                                    

MELINA terus melangkah menuruni anak tangga satu persatu. Langkahnya terus menuju ke arah dapur. Dia melihat kakaknya sedang menyapukan jem pada roti. Disebelahnya pula ada satu jag air kopi yang masih lagi panas. Lalu dia pun duduk diatas kerusi di dapur itu.

Jag air kopi itu diambil lalu dituangkan kedalam cawan yang sudah disediakan di atas meja. Lalu diminumnya.

"Aku ingatkan kau buat nasi goreng ke nasi lemak ke untuk sarapan pagi ni sebab kau cakap nak buatkan sarapan. Last last roti dengan jem jer kau buat." Komen Melina. Sambil memandang wajah kakaknya.

"Kau nak makan kau buat sendiri. Aku datang ni pun nak ambil barang aku kat bilik je bukannya nak tolong buatkan kau sarapan." Balas Amina sambil menjeling adiknya itu. Tangannya masih lagi menyapukan jem pada roti. Apabila siap dia terus duduk diatas kerusi untuk memakan roti yang dibuatnya. Tangannya mencapai jag yang ada didepannya lalu dituang ke dalam cawan.

"Apa yang penting sangat kau nak cakap dengan aku kak?" Tanya Melina untuk memulakan percakapannya.

"Teman aku pergi birthday party Belle malam jumaat ni." Straight to the point dia ajak adiknya itu. Dia berharap adiknya teman dia memandangkan dia tidak mempunyai teman untuk dibawa. Mahu ajak boyfriend lagi la dia tiada. Dia takut Belle mempermalukan dia pada malam itu kerana tidak mempunyai teman. Lebih baik dia ajak adiknya sendiri. Sekurang kurangnya dia tidaklah berseorangan.

"Belle mana pula ni? Belle Aulia ke?" Mustahil la Belle Aulia kerana kakaknya bergaduh dengan Belle. Dia tahu kisah ini. Bukan setakat dia mamanya pun tahu pasal ini. Pada mulanya dia berasa agak marah juga dengan Belle kerana telah membuat kakaknya begitu. Tapi dia memilih untuk pendam sahaja.

Tapi tak bermaksud dia memaafkan Belle. Dia tidak akan memaafkan Belle selagi kakaknya tidak memaafkan Belle. Kenapa? Kerana dia yang berada disisi kakaknya ketika kakaknya memerlukan seseorang untuk menjadi penguatnya. Dialah merupakan orang yang selalu berada disisi kakaknya tidak kira jatuh bangun kakaknya.

Dia yang melihat kebangkitan kakaknya. Dan dia juga tidak mahu melihat penderitaan kakaknya lagi. Dia sayang satu-satunya kakaknya ini walaupun tidak pernah diungkap dengan kata-kata.

"Haah, birthday Belle Aulia." Jawab Amina tenang sambil melihat reaksi terkejut adiknya. Melina hampir tersedak air kopi yang diminumnya sambil terus melihat tepat kearah wajah kakaknya.

"What!! Akak dah gila ke apa nak pergi birthday dia. Jangan cakap yang akak dah maafkan perempuan tu." Marah Melina. Mukanya tak lepas memandangkan muka kakaknya. Tak puas hati. Amina hanya tersenyum.

"Entah la aku pun tak tahu apa motif perempuan tu ajak aku pergi party dia. Mungkin dia nak tumpang populariti aku kot." Jawab Amina dengan perasan. Padahal Belle lagi popular daripadanya.

"Hell no!! Aku tak nak pergi. Kau pergi la sorang-sorang yer kak." Balasnya sambil bangun dari kerusi. Belum sempat dia pergi tangannya dicapai oleh kakaknya. Dia terus memandang muka kakaknya sambil mengeluh.

"Boleh la. Kau teman kan aku je bukan buat apa-apa pun. Tolong la. Kali ni je. Please." Pujuknya sambil membuat muka comel. Matanya dikedipkan beberapa kali.

"If I said no that's mean no!! Full stop!!" Dia terus melepaskan pegangan tangan kakaknya dan terus berjalan ke arah tangga menuju ke biliknya.

"Kalau kau tak nak ikut, aku beritahu mama yang kau ponteng kelas selama ni masa dia tak balik rumah." Langkah Melina terus berhenti apabila mendengar ugutan daripada kakaknya. Badannya terus dipusingkan menghadap kakaknya. Kakaknya tersenyum sinis.

"Beritahulah aku tak takut." Lepas jawab sahaja macam tu dia terus mendaki tangga menuju ke biliknya semula.

"Shit!!" Takpe dia akan memikirkan cara lain untuk memujuk adiknya itu. Dia pun terus menaiki tangga untuk menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas bersebelahan bilik adiknya itu.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now