Part 58

1K 38 0
                                    

3 tahun kemudian

RYAN pandang langit malam yang diterangi bulan. Bintang-bintang sebagai lampu yang menghiasi langit. Dia menghela nafas berat.

Dia masih di sini. Dia atas bukit yang sama semasa dia melamar gadis itu untuk mengahwininya. Dia masih lagi menunggu orang yang sama. Menunggu seseorang yang mungkin tak merindukan dia lagi.

Kadang-kadang dia tertanya-tanya. Amina tak rindu dia ke? Amina okey ke apabila mereka hilang komunikasi? Adakah Amina pernah berfikir tentang dia di sini? Semua tu bermain dalam fikirannya. Kerana tidak ada hari yang berlalu di mana Amina tidak terlintas di fikirannya.

"I rindu suara you. I rindu gelak you. Tetapi yang paling penting, I rindu 'kita'. I tidak fikir I akan berhenti untuk mencintai you."

Tuhan, sumpah aku ingin dia kembali. Aku rindu dia dalam hidup aku. Tapi aku sedar yang aku punca yang membuatkan dia pergi.

'I hope you're in good condition and please take care yourself.'

'I miss how happy I was with you.'

Sampai sekarang dia masih lagi tidak tahu erti mengikhlaskan. Apakah dia harus melupakan? merelakan? Atau menerima sesebuah kehilangan? Dia sampai saat ini masih tidak faham erti ikhlas.

Hanif selalu suruh dia ikhlas dengan apa yang terjadi dalam hidup dia. Lepaskan Amina. Terima jika seseorang itu bukan takdir kita. Tapi hal tu tak semudah yang diucapkan.

Sekarang ni dia masih lagi boleh lalui hidup dia. Tapi untuk melupakan Amina je yang masih belum. Senyuman itu masih lagi terngiang-ngiang di kepalanya. Gelak tawa itu masih lagi menjadi lagu di telinganya. Setiap sudut rumah masih lagi nampak kelibat Amina. Macam mana dia mahu ikhlaskan kalau setiap sudut hidupnya dipenuhi perempuan itu. Perempuan yang dia sakiti. Perempuan yang dia khianati.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu hingga tahun berganti tahun dia masih lagi menunggu kepulangan gadis itu kepangkuannya semula. Bersama perasaan yang sama. Bersama hati yang sama.

Tapi itu agak mustahil. Tiga tahun perempuan itu tinggalkannya. Jadi agak mustahil Amina akan pulang dengan perasaan yang sama. Lagi-lagi Hakim selalu teman perjalanan perempuan itu. Hal tu yang buat dia bertambah sakit.

Lelaki lain yang menggantikan tempatnya. Lelaki lain yang ambil tempat tu lebih lama dari dia. Dia mungkin sudah kalah dengan lelaki yang selalu ada susah dan senang perempuan itu.

Tetapi dia masih lagi berharap yang Amina masih lagi tidak di miliki oleh sesiapa. Kalau iya, mungkin dia sendiri yang akan mengundurkan diri. Even perasaannya sakit, tapi dia tahu yang perasaannya tak sesakit hati Amina dulu.

Ryan menghela nafas berat.

Peritnya hatinya menanggung rindu. Sakitnya bila berjauhan dengan orang yang kita sayang. Tambah sakit lagi bila kita tidak tahu apa penghujungnya kisah mereka. Adakah masih ada sinar? Atau sebuah kekecewaan? Dia pun tak tahu.

Sekarang ni apa yang mampu dia buat hanyalah menunggu dan terus menunggu. Tanpa ada apa-apa usaha yang mampu dia buat.

Bulan purnama di pandang. Berharap mereka menatap bulan yang sama. Tapi mustahil. Waktu mereka berbeza. Sangat berbeza. Disana matahari manakala di sini bulan.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now