Part 26

640 23 2
                                    

AIDIL berlari tergopoh-gopoh menuju ke arah Amina. Apabila dia sudah sampai dihadapan Amina, dia terus tercungap-cungap mencari nafas. Badannya ditegakkan lalu menghembus nafas kasar. Amina yang melihat keadaan Aidil itu mengerutkan keningnya.

'Kau dah kenapa' bisik hatinya.

"Kenapa kau ni? Macam dah kena kejar dengan anjing dah aku tengok? Cuba cerita kat aku. Kau kenapa ni?" tanya Amina prihatin. Aidil tergopoh-gopoh mengeluarkan telefon bimbitnya dalam poket seluar.

"Cik Amina, tengok ni." Aidil terus menunjukkan telefonnya yang memaparkan satu artikel tentang Belle. Amina membaca artikel itu. Mukanya sudah merah padam. Marah. Dia mendengus perlahan.

'Belle Aulia teruja apabila terpilih menjadi duta bag jenama Luxe buat kali pertama'

"Bukan ke cik Amina ke yang bagi idea untuk buat konsep macam ni?" tanya Aidil untuk meminta kepastian. Sebab dia yang selalu teman Amina pergi ke office Puan Sri May iaitu pengasas beg itu.

"Cik Amina juga yang recommend tempat shooting apa semua tu. Boleh dikatakan semua ni idea cik Amina, kan?" muka Amina membahang panas. Dia tak puas hati. Hasil kerjanya dicaras oleh Belle.

"Cik Amina juga ada tawarkan diri untuk jadi duta beg tu kan? Tapi kenapa pulak Belle yang pula terpilih jadi duta beg tu?" tanya Aidil pelik apabila  Amina ulang-alik jumpa Puan Sri May untuk dijadikan sponsornya. Malah Belle pula yang di pilih untuk di sponsor.

"Cik Amina pergi jumpa sendiri puan Sri May kan bulan lepas. Cik Amina yang usahakan benda ni selama ni tapi kenapa Belle?" tanya Aidil tak puas hati. Dia yang melihat penat lelah bosnya itu tetapi kenapa Belle yang di pilih.

Dia pun turut berasa marah apabila hasil kerja Amina tidak di hargai. Dia tahu penat lelah bosnya untuk mendapatkan semua tu. Tapi dengan senang-lenang Belle yang di pilih untuk di sponsor.

"It's okey, Aidil. Biar aku yang urus semua benda ni. Kau tak payah ikut aku kali ni." Aidil hanya menganggukkan kepala.

"Cik okey, kan?" tanya Aidil apabila melihat wajah Amina yang sudah berubah bengis.

"Aku okey. Kau jangan risau." balas Amina. Fikiran sudah melayang jauh. Dadanya sudah berombak laju.

********************

AMINA melangkah masuk ke dalam pejabat Puan Sri May dengan keadaan marah. Tempat setiausaha dituju. Dia mengetuk meja secretary itu beberapa kali untuk menyedarkan secretary itu tentang kehadirannya. Secretary itu mendongak memandangnya.

"I nak jumpa Puan Sri May sekarang. Dia ada tak?" tanya Amina. Setiausaha Puan Sri May agak terpinga-pinga. Name tag secretary itu dipandang.

Hana.

"Have you made an appointment, miss?" tanya Hana  kepada Amina. Dia tahu Puan Sri May tidak suka orang masuk biliknya sesuka hati jika orang itu tidak membuat appointment dengan dia terlebih dahulu.

"I want to see her, now!!" Ucap Amina dengan kasar. Dia tidak kisah. Yang penting dia nak jumpa Puan Sri May sekarang juga.

"I'm sorry, miss. You can't enter if you don't have an appointment." larang Hana daripada masuk ke dalam bilik Puan Sri May.

"Lantak kau lah!!" usai berkata begitu dia terus merempuh masuk ke dalam bilik Puan Sri May.

"Miss!!" Hana terus bangun daripada tempat duduknya untuk menghalang Amina daripada masuk bilik bosnya.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now