Part 31

688 26 4
                                    

BERITA tentang lamaran Ryan semalam sudah tersebar luas di media sosial apabila dia membuat postingan memakai cincin dengan caption 'Yes. I said yes.'

Ramai yang sudah membuat spekulasi bahawa dia akan menikah tak lama lagi. Tapi memang pun. Amina tersengih-sengih seorang diri. Tak tahu kenapa dia terlebih happy sangat.

Mama dan Melina terus menelefon dia apabila postingan itu viral semalam. Melina tidak percaya apabila dia memberitahu bahawa lelaki itu adalah Ryan. Lagi-lagi dia baru tahu yang adik perempuan Ryan bersahabat baik dengan Melina.

Dia tersedar dari lamunannya apabila terasa tangannya digengam oleh seseorang. Dia memandang orang itu. Bibirnya terukir senyuman manis.

Ryan.

"Sorry I lambat sikit." ucap Ryan. Amina menghadiahkan senyuman kepada Ryan lalu menganggukkan kepalanya.

"It's okey." balas Amina.

Dia menemani Ryan membeli barang-barang dapur hari ini memandangkan dia sekarang ni tiada kerja. Lagipun shooting dia juga sudah habis. Jadi lepas ni dia akan mempunyai banyak masa untuk bersama Ryan

"Bukan ke I suruh you tunggu I dalam kereta ke?" tanya Ryan apabila melihat Amina masih tercegat di tepi di tepi pintu masuk mall.

Tadi semasa diorang sudah habis membeli barang, Ryan baru perasan yang masih ada satu lagi barang yang hendak dibelinya. Jadi dia menyuruh Amina menunggunya di dalam kereta sekejap memandangkan dia mahu masuk ke dalam supermarket semula.

"Saja nak tunggu you dekat sini." jawab Amina riang.

"Mengada." balas Ryan sambil menggosok kasar rambut Amina. Amina memasamkan wajahnya. Ryan hanya sengih.

"Dah.. Jom la balik." ajak Ryan. Tangan Amina di tarik untuk mengikut langkahnya ke arah kereta. Manakala tangan kirinya membawa plastik berisi bahan mentah yang baru dibelinya tadi.

Amina melangkah masuk ke dalam kereta di sebelah pemandu manakala Ryan memasukkan barang yang dibeli tadi ke dalam bonet kereta terlebih dahulu. Tak sampai beberapa minit, Ryan pun masuk ke tempat pemandu.

Ryan baru sahaja mahu menutup pintu keretanya, dia tiba-tiba ternampak kelibat Belle sedang bergaduh mulut dengan seorang lelaki.

"You tunggu dekat sini jap?" kata Ryan kepada Amina yang sudah duduk di seat sebelahnya. Amina yang masih terpinga-pinga tidak tahu apa-apa itu hanya menganggukkan kepalanya.

"Okey" balas Amina.

Ryan keluar semula dari keretanya menuju ke arah Belle dengan seorang lelaki yang tidak dikenali nya. Pandangan Amina membuntuti langkah Ryan. Dia melihat Ryan menuju ke arah Belle yang bersama seorang lelaki. Dia mengecilkan sedikit anak matanya untuk melihat dengan jelas figura lelaki yang bersama Belle itu.

'Macam kenal.' gumamnya dalam hati. Ya. Dia yakin dia kenal lelaki itu apabila melihat daripada potongan badan itu. Muka lelaki itu dia tidak nampak dengan jelas memandangkan kepalanya ditutup dengan hoodie.

Ryan sudah sampai dekat mereka. Dia melihat Belle masih lagi bergelut dengan lelaki itu supaya lelaki itu melepaskan tangannya.

"Lepaslah!" marah Belle kepada lelaki itu. Lelaki itu masih berdegil tidak mahu melepaskan tangan Belle.

"Hey!! Tak macho bro kasar-kasar dengan perempuan macam ni!" marah Ryan kepada lelaki itu. Bahu lelaki itu di tolak Ryan. Tangan Belle yang berada dalam gengaman lelaki itu dileraikan. Badan Belle di tarik ke belakangnya.

Lelaki itu berdecit halus. Dia memandang sinis ke arah Ryan sebelum memandang sekilas ke arah Belle. Belle takut. Dia memegang baju Ryan.

"Ni bukan masalah kau!! Kau jangan kacau kitorang boleh tak?!" marah lelaki itu ke arah Ryan.

BUKAN HEROINTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon