Part 30

904 27 1
                                    

AMINA masih memikirkan tentang mesej yang dia baru terima semalam. Dia masih pelik. Siapa ayah kepada baby yang dikandung Belle tu? Apa yang dah berlaku sebenarnya? Semua benda tu memenuhi benak fikirannya. Dia tak boleh berfikir.

Kalau tengok pada tahun yang tertera di surat tu bermaksud dia tak kenal Belle lagi. Kes tu berlaku pada tahun 2012. Sedangkan masa tu Belle tak pindah masuk ke sekolah dia lagi. Dia tak kenal lagi Belle.

Ya. Dia kenal Belle masa dia dan Belle form 4. Kes tu berlaku pada tahun sebelumnya. Bermaksud umur Belle pada masa tu baru 15 tahun. Dia sendiri pun tak tahu apa punca Belle berpindah ke sekolahnya. Dia tidak pernah tanya pun dulu.

Fikiran dia semakin serabut . Macam mana budak 15 tahun dah boleh mengandung? Sedangkan dia tidak tahu apa-apa lagi masa tu. Dia masih naif.

Kadang-kadang dia pun tak percaya orang macam Belle pun tergamak gugurkan kandungan dia sendiri. Pandai buat tapi tak pandai tanggung. Lepas tu anak yang tak bersalah itu dibunuh.

Mungkin kalau dia cerita dekat orang lain mesti orang tak akan percaya. Maklumlah Belle ni Idol orang ramai. Tak boleh sentuh langsung nama dia. Kalau tak, kau kena kecam balik.

Tapi kalau dia tunjuk sekali dengan bukti, orang akan kecam dia balik tak? Mungkin sesetengah netizen akan percaya. Gumam Amina dalam hati. Dia sudah tersenyum sinis.

"Cik Amina, okey?" sergah Aidil apabila dia melihat Amina tersengih sorang-sorang. Macam orang mental pula. Takut pulak dia tengok.

"Ishh, kau ni. Terkejut aku." marah Amina sambil menggosok-gosok dadanya bagi meredakan degupan jantungnya. Aidil hanya senyum kelat.

"Kau nak apa" tanyanya apabila dia sudah reda. Dia menghadiahkan jelingan kepada Aidil.

"Saya nak panggil je. Scene cik dah nak start dah." ucap Aidil. Amina hanya mengangguk lalu berdiri dari situ. Tempat untuk shooting ditujunya.

********************

MELINA menunggu Lily yang duduk di bas station di luar kampusnya itu. Dia saja je teman Lily memandangkan semua orang sudah balik. Tinggal Lily sorang je dekat sini.

"Betul ni kau tak nak aku hantar?" tanya Melina kepada Lily. Lily hanya menggelengkan kepalanya.

Melina mahu menghantar Lily pulang ke rumah memandangkan yang Lily datang ke kolej hari ni mummy dia yang hantar. Lagipun sekarang ni dah lewat dah. Lily masih lagi belum ada orang datang ambik. Orang di kolej pun dah takde. Risau pulak dia kalau nak tinggal Lily sorang-sorang macam ni.

"Betul la. Lagipun angah aku dah on the way la." tolak Lily lembut. Lagipun dia tak sampai hati nak suruh Melina hantar. Lagipun rumah dia dengan Melina agak jauh. Nanti terpaksa la Melina hadap jammed pulak nanti.

"Haa.. Panjang umur pun. Tengok tu, kan angah aku dah sampai." tunjuk Lily ke arah kereta yang datang menghampiri mereka. Setelah kereta itu berhenti betul-betul di hadapan mereka, Lily terus membolosi badannya ke dalam kereta itu.

"Lama ke tunggu?" tanya Ryan apabila melihat adiknya yang baru nak masuk kereta itu.

"Tak la lama sangat. Tapi haus jugak la punggung tu." perlis Lily ke arah abangnya. Belum sempat Lily menutup pintu kereta itu, Melina tiba-tiba bersuara.

"Abang Ryan? Abang Ryan, right?" Ryan terus memandang ke arah sebelah tempat duduk adiknya. Dia melihat Melina yang berdiri di tepi keretanya itu.

"Ehh.. Mel?" wajah terkejut dipamerkan. Lily terpinga-pinga disitu.

"Kau kenal ke angah aku?" tanya Lily kepada Melina untuk meminta kepastian. Sekejap dia memandang abangnya, sekejap dia memandang Melina. Musykil. Ke diorang ni ada apa-apa yang dia tak tahu.

BUKAN HEROINحيث تعيش القصص. اكتشف الآن