Part 17

559 21 0
                                    

AMINA memegang lauk-pauk yang berada di tangannya. Dia sengaja membeli banyak kerana berhajat untuk berkongsi dengan Ryan sedikit. Lagipun dia tahu yang Ryan suka makanan luar daripada masakan dia sendiri. Pelik kan Ryan ni. Entah lah. Dia pun tak habis berfikir lagi perangai Ryan ni. Mungkin dia sebenarnya sudah boring dengan masakannya sendiri. Mungkin.

Loceng rumah Ryan ditekan beberapa kali. Tak sampai beberapa minit, pintu rumah itu dibuka dari dalam.

"Ehh, Amina." Amina pandang ke arah Ryan yang memakai apron tanpa memakai baju. Dia tersenyum malu. Mukanya sudah membahang. Entah kenapa Ryan nampak seksi.

"Ada apa you datang rumah I malam-malam macam ni?" pertanyaan Ryan mengejutkan dia dari khayalannya sendiri.

"I nak bagi you ni." bungkusan ditangannya diangkat tinggi. Lalu dihulurkan kepada Ryan. Ryan menyambutnya lalu membuka bungkusan itu.

"Really? Wah.. Thanks." Amina hanya tersenyum. Pandangan Ryan dialihkan kepada Amina semula.

"You masuk la dulu. I dah masak sebenarnya. Tapi takpe la alang-alang you datang rumah I bawak makanan, apa kata kita makan sekali aja." ajak Ryan sambil mengetepikan dirinya untuk memberi laluan kepada Amina masuk.

Amina terus masuk ke dalam rumah Ryan. Langkahnya terus menuju ke arah dapur. Dia terkejut melihat banyak bungkusan makanan dalam polisterin di atas kabinet dapur. Dalam lima puluh bungkus.

"You masak banyak-banyak ni nak bagi dekat siapa?" tanyanya pelik. Seperti mahu buat kenduri pula.

"Ouh.. I sebenarnya nak agihkan dekat gelandangan-gelandangan yang ada dekat lorong tu. Lagipun I boring, tak tahu nak buat apa dekat rumah sorang-sorang." terbang Ryan sambil memasukkan lauk yang diberi oleh Amina tadi ke dalam mangkuk.

"Tangan you macam mana? Dah okey ke?" tanya Amina lalu melangkah mendekati Ryan. Tangan Ryan diambil lalu dibelek-belek untuk melihat kesan luka semalam.

"I rasa dah okey kot. Lagipun I banyak guna tangan kanan daripada kiri. So, I think tangan ni tak mengganggu kerja I kot."

"Serius la Ryan? Semalam baru kena tau. Takkan hari ni dah sembuh?" tak percaya dengan apa yang baru dikatakan oleh Ryan tadi.

"I tengah serius la ni. Lagipun, kalau I tipu takkan la I mampu siapkan semua tu." tunjuk Ryan ke arah makanan-makanan yang dimasaknya. Amina mengeluh.

"Suka hati you la." tangan Ryan sudah di lepaskan dari gengamannya. Dia terus menuju ke meja makan.

"I dah nak start kerja dah esok. Duduk dekat rumah ni boring pulak." ujar Ryan sambil meletakkan lauk di atas meja.

Amina dengar je. Tidak balas. Walaupun dia baru je kenal dengan Ryan tapi dia sudah tahu yang Ryan ini agak degil. Susah mahu menerima nasihat orang.

********************

"SERIOUSLY, Ryan?" tanya Amina tidak percaya. Pandangannya dialihkan ke arah lorong yang kotor dan berbau. Pening rasa kepalanya sekarang ni. Seumur hidup dia tak pernah pun mrnjejakkan kakinya di tempat sampah macam ni.

Tadi semasa dia mahu pulang ke rumahnya, Ryan tiba-tiba mengajaknya keluar untuk mengagihkan makanan kepada gelandangan. Dia mahu menolak sebenarnya kerana dia terlampau penat. Tapi dia terpaksa setuju juga apabila dia kesian melihat tangan Ryan yang masih sakit itu mengangkat bungkusan makanan yang besar.

"Tempat ni terlalu kotor la."

"Busuknya. Sakit hidung I tau tak." sambil menutup hidungnya.

BUKAN HEROINOnde histórias criam vida. Descubra agora