Part 33

673 26 2
                                    

AMINA dan Ryan melangkah bergaya di atas red karpet. Kamera dari tadi lagi berkelip-kelip mengambil gambar mereka berdua apabila mereka berjalan di atas red karpet itu.

Wartawan-wartawan di situ tidak lepas daripada mengambil gambar mereka berdua. Amina hanya tersenyum sambil melambai-lambai ke arah camera yang mengambil gambar mereka. Tangannya sebelah lagi memeluk lengan Ryan.

Malam ni diadakan acara Malaysia Film Festival kali ke-36. Semua selebriti tanah air di jemput hair. Tidak ketinggalan juga dia. Jadi tak salah dia mengajak Ryan sekali untuk menjadi peneman dia malam ini. Lagipun dia nak dedahkan dekat media tentang hubungan mereka. Dia tak nak nanti berlaku salah faham. Lagi-lagi dulu Ryan pernah digosipkan rapat dengan Belle. Jadi dia tak mahu hal yang serupa berlaku lagi.

Dia dan Ryan terus memasuki dewan yang sudah disewa untuk acara ini. Sudah ramai rakan-rakan artis yang sudah hadir. Dia melangkah ke arah kerusi yang sudah dikhaskan untuk mereka. Ryan mengambil tempat disebelahnya.

Ryan memandang sekeliling dewan itu yang agak riuh sedikit dengan tetamu yang hadir sebelum pandanganya terhenti tepat pada wajah Amina. Amina senyap sahaja dari tadi. Tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun.

"Sayang, are you nervous?" tanya Ryan sambil mencapai tangan Amina. Tangan itu di tarik lalu diletakkan di atas ribanya.

Amina mengalihkan pandangannya ke arah Ryan apabila Ryan bertanyakan dia soalan.

"No. Why?" sambil mengerutkan keningnya.

"You senyap je dari tadi. Jadi I ingat sayang nervous." jelas Ryan. Tangannya masih lagi menggengam kemas tangan Amina.

"Tak. I tak nervous pun. Lagipun I dah tahu yang I takkan menang award pun malam ni." ujarnya dengan nada sayu.

"Jangan cakap macam tu. Mana tahu ada rezeki sayang malam ni." Amina mengeluh perlahan apabila mendengar kata dari Ryan itu.

"I setiap tahun berharap, Ryan. Dan setiap tahun jugalah harapan I hampa. Setiap tahun impian I hancur. Sekarang ni, I tak nak dah berharap lagi. I tak nak stress pasal ni lagi. I datang kali ni pun, sebab I nak keluar dengan you je. Tu je." ucap Amina dengan redha. Lagipun dia sangat yakin yang malam ni dia memang takkan menang.

"Mungkin one day sayang akan dapat. I percaya you. I tahu sayang I ni boleh." Ucap Ryan untuk bagi semangat. Amina sudah tersenyum mendengar ucapan Ryan itu.

"Thanks, Ryan sebab percayakan I." ujar Amina sambil menyandarkan kepalanya di bahu Ryan. Dia tersenyum tipis. Ryan sudah memeluk bahu itu supaya keadaan mereka semakin rapat.

"Masa tu sayang jangan lupa I pulak." balas Ryan. Amina tiba-tiba menegakkan kepalanya kembali. Wajah Ryan di pandang sambil mengerutkan keningnya.

"Tak!! Takkan. I takkan lupakan you la. Kalau I menang award nanti, I akan mention nama you dalam speech I nanti." kata Amina bersungguh-sungguh.

"Kalau you tak mention, macam mana?" tanya Ryan sambil menjungkitkan keningnya.

"Maybe masa tu kita dah tak bersama lagi. Tak pun something bad happened dekat kita masa tu. Mungkin juga sudah tiada cinta antara kita." balas Amina dengan nada yang bersahaja.

Wajah Ryan yang tadi ceria berubah kendur apabila ucapan itu keluar dari mulut Amina walaupun dia tahu yang Amina hanya sekadar bergurau. Entah kenapa, dia rasa sakit. Sakit dengar ucapan yang meluncur laju dari mulut Amina itu.

"I gurau je la." Kata Amina lagi apabila melihat muka Ryan sudah berubah. Rahang Ryan sudah dipegangnya. Amina sudah melepaskan gelakan. Ryan hanya mampu membalas dengan senyuman hambar sahaja.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now