Part 42

815 28 5
                                    

AMINA membaca email yang baru sahaja dihantar oleh Aidil kepadanya. Dia sudah tahu yang pengakhiran dia seperti ini.

Dia telah di saman oleh pengarah terkenal itu apabila dia telah didakwa membuat dakwaan palsu tentang kes jadian tu. Dia juga telah di saman atas tuduhan mencemarkan imej baik pengarah tersebut.

Bukan tu je, nama dia dalam industri juga sudah di blacklist. Mana-mana syarikat penerbitan tidak akan sambil dia berlakon lagi. Dia sudah di banned di negara dia sendiri. Dia tidak akan jadi seorang artis lagi. Dunia selebriti dia sudah berakhir. Hidup dia hancur dengan sekelip mata. Dia tak tahu apa yang patut dia buat sekarang. Perasaan dia bercampur baur. Macam-macam ada.

Useless!!

Disappointed!!

Destroyed!!

Semua ada. Semua tu campur menjadi satu. Dia tidak mengharapkan ujian yang seberat ni. Dia juga tak sekuat orang fikirkan.

Telefon ditangannya berbunyi. Terpapar nama Aidil disitu. Punat hijau di swiped.

Dia menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan. Riak wajahnya dipaksa senyum. Telefon diletakkan di telinganya.

"Ya, Aidil. Ada apa?" jawabnya. Dia ubah ton suaranya untuk menunjukkan yang dia okey.

"Cik, okey?" tanya Aidil dalam talian.

"Ya, I'm okey. Why, Aidil?" tanya Amina seperti tiada apa-apa yang terjadi sekarang ni. Ibarat semuanya okey.

"Takde. Saya risau yang cik tak okey." jelas Aidil.

"No worries. Tu small matters la. Aku dah selalu kan hadap benda-benda macam ni. Kau jangan risau tau." ujarnya. Dia berpura-pura gelak. Ibarat tak hal itu tidak menjejaskan apa-apa pun kepadanya.

"Macam mana saya tak risau. Saya kenal cik dah lama tau. Saya tahu cik sedih." ucap Aidil risau.

"Mana ada lah. Aku okey je ni." dia cuba mengeluarkan nada biasanya.

"Ehh, kau dah makan ke belum ni?" tanya Amina bagi menghindarkan topik itu.

"Dah.. Cik dah makan belum?" tanya Aidil balik. Selalunya dia yang makan dengan Amina. Sekarang ni tak lagi. Mungkin sampai bila-bila pun dia sudah tidak dapat makan dengan Amina lagi.

"Kejap lagi aku makan." balas Amina. Dia tak lalu nak makan setelah apa yang terjadi pada dirinya hari ini. Fikiran dia bercelaru. Dia stress.

"Cik jangan macam ni. Risau saya tau."

"Kejap lagi aku makan la. Aku busy sikit ni." tipu Amina. Busy apa kalau sekarang ni dia dah tiada kerja.

"Aidil." panggilnya.

"Ye?"

"Kau tahu kan yang lepas ni kau tak perlu kerja dengan aku lagi kan? Kau dah tak perlu susah-susah ambik tahu pasal aku lagi tau. Kau dah bebas sekarang ni." ujarnya lirih.

"Tahu."

"Kau dah tak perlu layan perangai tak senonoh aku ni lagi tau. Lepas ni kau dah boleh enjoy life kau tanpa aku dah. Kau dah boleh buat apa yang kau suka. Aku dah tak boleh halang kau dah lepas ni." Amina cuba ukir senyuman di bibirnya walaupun agak payah. Dia harus kuat. Air mata yang keluar di tubir mata cepat-cepat disapu.

"Jangan cakap macam ni. Cik buat saya nak nangis." balas Aidil sebak.

Dia dah bertahun-tahun dengan Amina. Tiba-tiba hari ini dia sudah tidak perlu bekerja dengan perempuan itu lagi memandangkan Amina sekarang ni sudah tidak jadi pelakon lagi. Mungkin lepas ni dia akan bekerja dengan artis lain pula. Tapi dia mungkin akan merindui gelagat perempuan itu.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now