Part 65

1K 40 6
                                    

DANIEL pandang sekujur tubuh yang elok terbaring atas sofa officenya. Tangannya yang menekan keyboard komputer berhenti. Dia mengeluh berat.

"Kau tak kerja ke hari ni?" tanyanya kepada Ryan.

Ryan yang dengar pertanyaan itu bangun dari pembaringannya. Dia duduk di atas sofa sambil menyandarkan tubuhnya.

"Tak."

Daniel pandang sekilas wajah Ryan. Wajah yang agak kurang bermaya dari kebiasaannya. Nampak agak serabut sedikit.

"Asal?" soalnya.

"Penat." balas Ryan mudah.

Daniel tayang wajah sinis. Tangannya masih lagi menekan keyboard. Matanya tidak lepas pandang skrin komputernya.

"Kalau dah tahu penat, kau pergi la rest kat rumah kau. Asal kau datang melepak office aku pulak. Aku dah la busy hari ni. Petang ni aku ada meeting lagi. Aku tak boleh teman kau borak hari ni." ujarnya.

Memang dia agak busy hari ni. Kerja officenya berlambak-lambak. Belum lagi proposal pasal projek barunya. Meeting dengan Bernard's Group lagi. Semua benda harus diselesaikan hari ini juga.

Dia jeling ke arah Ryan apabila Ryan tidak membalas bicaranya tadi. Dia lihat Ryan sedang meraup rambutnya ke belakang. Seperti orang yang ada masalah pula.

Tangannya yang lincah tekan keyboard tadi berhenti. Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi. Hilang sudah fokusnya mahu buat kerja bila tengok keadaan Ryan macam tu.

"Kau okey, bro?"

"Entah lah." balas Ryan lemah.

"Kau kenapa?" Daniel mencicipkan kopi yang dibuat oleh secretarynya tadi ke dalam mulut.

Ryan mengangkat wajahnya pandang muka Daniel. Wajah suram terpapar pada wajahnya. Fikirannya serabut.

"Jahat sangat ke aku ni, Dani?" tanyanya agak sayu.

"Hah?"

Kopi tadi diletakkan semula di atas piring. Dia cuba memberi fokus semula kepada Ryan.

"Aku sayang dia gila. Aku rindu dia separuh nyawa aku. Tapi tak layak ke aku dapat peluang kedua? Aku dah buat macam-macam benda untuk dia maafkan aku. Tapi masih sama jugak." luahnya. Dia tak tahu lagi harus luahkan kepada siapa.

Daniel menghela nafas berat.

"Sabar bro. Mungkin dia tak boleh terima kau lagi sekarang ni. Mungkin dia perlukan masa untuk dia berfikir. Jadi kau kena la bagi dia masa."

Ryan menundukkan wajahnya ke lantai.

"Aku rasa aku dah nak give up." Ucap Ryan tiba-tiba. Senyuman kelat terpapar pada bibirnya.

Terkejut Daniel dengar. Badannya terus ditegakkan. Kedua tangannya diletakkan diatas meja.

"Serious la wehh. Kau tunggu dia lama kot. Takkan kau nak sia-siakan macam ni je?" agak tidak percaya kalau Ryan give up semudah tu. Lama kot dia tunggu. Takkan sebab hal malam tu, Ryan terus give up.

"Aku dah penat kejar dia. Semakin aku kejar dia, semakin dia benci aku."

"Biasala tu perempuan. Dulu aku pun macam kau jugak. Makin aku kejar Belle, makin dia menjauh dari aku. Sampai aku tak tahu apa salah aku. Apa kurangnya aku." ujarnya. Kisah Ryan sekarang ni lebih kurang sama je dengan kisah dia dengan Belle. Tapi nasib baiklah last last Belle terima dia jugak. Kalau tak membazir masa je dia kejar jodoh orang.

Ryan gelengkan kepala. "Kes kau lain, bro."

"Kau takde buat salah dengan dia. Tapi aku ni banyak kali aku buat salah dengan Amina. Banyak kali aku sakitkan hati dia. Kau rasa dia dapat bagi aku peluang ke?" dia menjungkitkan keningnya pada Daniel.

BUKAN HEROINUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum