KURANG hajar? Mungkin benar. Dia melampau. Dia sudah melampau kali ini hingga membuatkan mamanya mengalirkan air mata kerananya.
"Syiraz Andra!"
"Apalagi?! Tolonglah... Aku tak nak tambah sakit hati mama!" ujarnya kuat seraya menyentak tangannya.
"Raz, aku tahu kau tak bermak-"
"Bermaksud atau tak, hakikatnya aku dah lukakan hati mama, Riz!" katanya dan terus melangkah keluar dari rumah itu.
Dia betul-betul dah melampau kalini. Dia tak patut ucapkan kata-kata itu. Dia patut menyimpan saja kata-katanya itu. Dia tak tahu macam mana nak betulkan keadaan. Kerana ucapannya, dia yakin setelah ini semua pasti berubah. Mamanya pasti akan tambah bencikan dia.
"SYARIZ Indra!" Syariz seolah baru tersedar terus memandang sahabat satu-satunya itu.
"Kenapa?" soalnya. Nafas dihela berat.
"Daripada tadi aku bercakap, kau tak dengar langsung ke?" soalnya geram. Syariz tersengih dan menghirup air yang dia buat sendiri tadi.
"Riz... aku tahu kau tengah fikir pasal Raz. Tapi sekarang ni kita tengah discuss benda penting kan? Fokus dulu." Nafas berat dihela. Syariz mengangguk pasrah.
Bukan sekali dua dia begini. Setiap kali Syiraz bertengkar dengan ibu bapa mereka sampai pergi dari rumah, dia jadi risau. Kerana tiga tahun lalu, Syiraz pergi dari rumah dan akhirnya dia accident.
Keluarganya langsung tak peduli. Bahkan untuk bertanyakan keadaan lelaki itu pun tidak. Syiraz waktu itu betul-betul marah dan kecewa. Itu yang buatkan lelaki itu begini sekarang. Semakin dalam luka yang dia dapatkan. Hal inilah yang buatkan Syariz tak boleh fokus.
"Ray, kau rasa Syiraz okay tak? Mana dia pergi ya? Dah nak pukul 12 tengah malam dah ni," soal Syariz.
"Mungkin dekat rumah Harraz," jawab Rayyan.
"Dah lah, Riz. Dia dah besar. Dia boleh handle diri dia. Mungkin sekarang tengah tumbuk-tumbuk punching bag dekat rumah Harraz tu."
"Hm... Sambunglah. Alang-alang dah tengah malam ni, kau tidur sini jelah ya?" Rayyan ketawa.
"Ya, sekarang ni siapkan dulu kerja kau ni." Mereka sambung buat kerja mereka. Sesekali Rayyan sengaja cakap yang kiraan Syariz salah. Sengaja nak Syariz periksa ulang. Tadi tak fokus sangat kan?
HARRAZ memerhati saja Syiraz yang masih menumbuk punching bag itu. Lelaki itu sudah begitu sejak dua jam yang lalu. Terkadang lelaki itu berhenti dan terus menjerit kemudian sambung lagi. Nampak macam orang gila pun ada.
Dia letakkan air di atas lantai sebelum dia juga duduk bersila. Marah betul Syiraz harini. Sampai dua jam tumbuk benda alah tu tapi masih tak puas.
"Raz! Sudahlah, tu! Meh sini minum air!" panggil Harraz. Syiraz mengeluh kecil sebelum kaki panjangnya melangkah ke arah Harraz. Peluhnya di lap dengan tuala yang ada atas kerusi.
Syiraz duduk bersila di bawah dengan Harraz. Dia mengambil segelas air itu dan terus dihirup rakus.
"Dah puas?" soal Harraz. Syiraz perlahan mengangguk. Harraz ukir senyum dan hulurkan tangannya ke depan muka Syiraz.
"Kenapa kau ni?" soal Syiraz hairan.
"Tangan tu." Barulah dia faham. Dia memang bodoh. Dia tumbuk punching bag dengan tangan kosong. Cederalah jawabnya.
Kotak kecemasan di belakangnya diambil dan dengan cekap Harraz bersihkan luka ditangan Syiraz itu.
"Buka baju kau," arah Harraz.
"Kenapa pula?" soal Syiraz kuat. Tiba-tiba suruh buka baju. Kau dah kenapa?
"Buka, Syiraz Andra." Syiraz merengus geram dan dibuka bajunya itu. Kalau dia tak ikut cakap Harraz, memang lelaki itu akan buka paksa bajunya itu. Koyak pun Harraz tak peduli langsung.
"Dekat sikit." Syiraz pasrah. Tajam betul mata Harraz tu. Rasanya dah tak ada kesan langsung pun dekat baju dia.
"Lain kali, kau tikam je terus perut kau ni. Boleh lah aku hari-hari tengok kau dekat hospital tu tengah koma," perlinya. Syiraz hanya acuh. Dia biarkan Harraz membersihkan luka diperut dan bahunya.
"Aku tak sedar, Har... Tak sedar langsung. Tahu-tahu aku dah pegang pisau tu."
"Bukan tak sedar, rasa sakit hati tu yang ambil alih. Dah cakap kan, sekali kau buat, kau akan ketagihan. Tengok sekarang apa jadi," bebel Harraz. Syiraz ketawa kecil.
"Takpe, tiap kali aku buat tu entah sedar atau tak, kau kan ada untuk ubatkan." Harraz menggeleng.
"Kau ingat aku personal doctor kau?"
"Jadilah personal doctor aku. Nanti aku bayar kau dua kali ganda dari daddy kau bayar kau." Harraz sengaja tekan luka diperut Syiraz.
"Sakitlah, gila!"
"Padan muka! Bercakap tu agak-agaklah. Aku lempang karang." Syiraz ketawa.
"Kalau aku tak jadi dokter dekat situ, meroyan daddy aku nanti," kata Harraz. Hal itu buatkan Syiraz ketawa lagi.
"Har... Aku tumpang sini ya? Aku malas nak balik. Lagipun esok pagi aku kena ada dekat hospital dah."
"Ada jadual kau ke esok?" soal Harraz.
"Ikutkan takde. Tapi daddy kau suruh aku datang buat pemeriksaan rutin mulai esok." Harraz mengangguk faham.
"Cepat-cepatlah kau berhenti selfharm tu."
"Memang nak berhenti. Aku pun tak suka dengar daddy kau membebel dekat aku," kata Syiraz. Harraz ketawa.
"Kan! Daddy memang kuat membebel."
"Siapa?"
"Daddy- eh..." Mereka menoleh ke belakang. Syiraz ketawa melihat wajah Harraz.
"Siapa kuat membebel?" soal Tengku Hazriq.
"Takde siapa!"
"Eh, bukan tadi kau cakap daddy ke?" Sengaja Syiraz menyakat.
"Raz!" Syiraz ketawa.
"Ooo... Daddy kuat membebel ya?" Harraz menggeleng laju. Oh, tidak!
"Meh sini!" Harraz tak sempat lari, kaki dia dah ditarik. Syiraz ketawa.
"Dad-daddy! Geli! Dah... dah! Tak, daddy! Daddy tak kuat bebel!" Susah payah Harraz cuba lari dari geletekkan Tengku Hazriq. Syiraz jangan cakaplah, memang dah gelak sakan tengok Harraz.
"Lagi, uncle! Lagi! Biar dia terkencing!"
"Woy!" Syiraz menjelirkan lidahnya.
"Daddy! Raz panggil daddy uncle!" adunya. Syiraz terdiam. Dia perlahan-lahan mengundur. Matilah dia.
Tengku Hazriq tukar sasaran. Laju dia tangkap Syiraz dan digeletek. Harraz dengan nafas yang tersekat-sekat kerana geli tadi terus ketawa kuat melihat Syiraz yang macam cacing.
"Padan muka!" Seronok pekena dia tadi kan? Dia pun boleh.
- Continue -

YOU ARE READING
[C] IZINKANKU PERGI
Random[C O M P L E T E] ‼️ Contains sensitive issues ‼️ Syiraz Andra dan Syariz Indra ialah kembar seiras. Tingkah laku mereka berbeza, begitu juga layanan yang didapatkan. Sangat jauh berbeza. Syiraz diabaikan manakala Syariz disayang dan dilindungi te...