CHAPTER 10 🦖

2.1K 145 4
                                        

SYIRAZ mendudukkan adik kembarnya di atas kerusi. Dia menyeka air mata Syariz dengan lembut kemudian mengusap lembut kepala lelaki itu.

"Aku tahu niat kau baik. Tapi, diorang tu mak bapak kita. Syurga kita." Lembut dia berujar. Syariz menggenggam kuat hujung bajunya itu.

"Adil ke? Adil ke kau dari kecil kena terseksa didera sampai berkali-kali kritikal, terlantar di hospital. Adil?" soal Syariz perlahan.

"Adil ke bila kau dikurung tanpa makanan, tanpa minuman seharian, bahkan lebih kalau aku tak datang senyap-senyap bawakan kau air dan sikit makanan? Adil ke bila kau kena kerja sendiri sejak masuk usia 13 tahun untuk sara hidup sendiri? Adil ke bila satu sen pun diorang tak keluarkan untuk perbelanjaan kau sejak kau umur 13? Adil?"

"Raz... Adil ke bila semua benda kau buat dah betul, dah bagus, tapi diorang still buat kau macam binatang? Bahkan lebih dari binatang. Adil ke macam tu? Bukan ke tu sama je dengan derhaka?" Syariz terus-terusan menyoal.

Dia mahukan keadilan untuk Syiraz. Hanya itu. Kenapa susah? Kenapa susah untuk mendapatkan keadilan?

"Kenapa susah kau faham, Raz?" Syiraz ukir senyum dan memeluk adiknya itu. Dia menepuk belakang tubuh Syariz beberapa kali sementara lelaki itu hambur tangis.

"Sebab diorang ibu bapa kita. Tanpa diorang, kita takkan lahir atas dunia ni, Riz."

"Jadi, kalau diorang bukan ibu bapa kita, kau akan lawan?" soal Syariz.

"Belum tentu," jawab Syiraz.

Syariz meleraikan pelukan. Dia memandang wajah yang serupa dengan wajahnya itu. Dia faham. Dia juga sedar dan tahu yang Syiraz takkan buat.

"Kalau dengan orang tua, kau lemah. Kau bodoh, Raz. Bahkan kalau kau perlu mati untuk orang-orang tua dekat luar sana tu, kau rela kan?"

"Biar pun kau perlu mati, kau sanggup diri kau terseksa! Aku tak faham, kenapa mama papa boleh dapat anak macam kau!" bentak Syariz. Hal itu buatkan Syiraz terdiam. Hatinya berdenyut sakit mendengar perkataan itu keluar dari mulut adiknya yang selalu membelanya ini.

"Kau tahu tak, tak semua ibu bapa layak ada anak. Ni... Ni lah salah satu contohnya kenapa diorang tak dapat anak. Kau terlalu naif! Kau bodoh! Kenapa mama papa boleh dapat kau yang macam ni sebagai anak diorang? Diorang tak layak!"

"ERM! EMM!" Syiraz menahan esakan yang mahu keluar. Dia menutup mulut Syariz dengan tangannya.

Syariz berusaha melepaskan tangan Syiraz namun tak berjaya. Digigit pun tak berhasil.

"Allah dah atur semua. Dari awal sampai akhir. Cukup kita jalani." Lembut dia berkata. Syiraz melepaskan tangannya. Syariz hanya diam.

"Riz, ada benda yang tak dapat kita ubah langsung walau kita perlu mati. Ada benda yang susah untuk kita atasi. Contohnya, sekarang. Kita tak boleh lawan, kita tak boleh biadap, kita tak boleh buatkan mama papa sedih atau kecewa. Kita tak boleh."

"Siapa cakap tak boleh?" soal Syariz dengan suara yang tertahan.

"Semua orang pun tahu tu. Jangan derhaka, Riz. Dah pernah janji nak masuk syurga sama-sama kan? Jangan derhaka." Syariz turun dari kerusi. Salah bila dia keluarkan semua yang dia tahan pada Syiraz yang seperti ini.

Apa pun alasannya, tak ada yang membenarkan kekerasan pada anak. Lebih lagi bila anak itu tak bersalah. Anak bukan punching bag atau tempat lepaskan amarah. Kenapa susah untuk dia beri Syiraz faham itu? Syiraz seolah sama dengan mereka semua yang hanya pandai menilai luaran dan berkata-kata seperti orang bodoh.

"Kau duduklah. Aku masakkan," ujarnya dan terus kembali ke tujuan asalnya. Syiraz terdiam melihat riak kecewa yang ditunjukkan.

Syiraz duduk dan merenungi setiap kata-kata Syariz. Dia sudah pernah berkata sesuatu yang buatkan mamanya menangis. Dia sendiri sakit kerana itu. Dia tak mahu hal itu terjadi lagi.

Namun, ada perkataan Syariz yang mengganggu fikirannya. Ia tentang keadilan. Dia tak pernah sekalipun terfikirkan keadilan.

Dia sudah bersyukur tak dibuang. Dia dah bersyukur masih dapat makan dan minum serta tempat tinggal disini. Itu sudah cukup. Bohong jika dia kata sudah puas dengan semua ini.

Dia mahu kasih sayang, mahu perhatian, walau sekali, dia mahu merasai bagaimana jadi Syariz yang disayangi. Namun dia sedar, di sini dia hanya hama dan hanya beban hidup Tuan Rizal serta Puan Nadra.

Dia tak layak meminta lebih. Itulah ayat yang selalu dia terima sejak kecil. Dia tak layak dan hanya perlu bersyukur dengan apa yang dia dapatkan tanpa meminta lebih atau protes.

"Tak payah melamun. Kau makan cepat," arah Syariz sambil meletakkan pinggan nasi goreng di depan Syiraz.

Syiraz tersenyum melihat nasi goreng itu. Cantik kejadiannya. Namun hanya ada sepinggan.

"Jom share dengan aku."

"Tak nak lah. Tadi pun aku dah makan." Syiraz ketawa mengejek.

"Riz, kau tipu aku lagi memang aku buang semua koleksi bas tayo kau tu." Syariz membulatkan matanya.

"Mana boleh! Yelah! Aku makan dengan kau!" Dia pasrah.

"Buka mulut cepat. Biar abang kau ni suapkan." Syariz berdecit.

"Tak payah abang-abang. Kau keluar awal 10 minit je." Syiraz ketawa dan menyuap Syariz makan. Dia perlu pastikan perut adiknya terisi dahulu sebelum dia.








- Continue -

[C] IZINKANKU PERGI Where stories live. Discover now