CHAPTER 04 🦖

2.5K 167 7
                                        

SETELAH meletakkan barang-barang dalam bilik, Syiraz kembali ditarik masuk ke bilik Syariz. Tak menyempat budak ni.

"Tahu tak, tadi kan aku jumpa sorang perempuan ni! Dia cantik gila!" kata Syariz menceritakan bagaimana dia bertemu seorang perempuan yang begitu cantik pada pandangan matanya.

"Lah... pastu kenapa tak ajak makan?"

"Bongoklah kau," kata Syariz. Syiraz ketawa. Dia masuk dalam selimut. Sumpah bilik Syariz ni sejuk.

"Cantik sangat ke?" soal Syiraz. Laju Syarizl mengangguk.

"Cantik. Akhlak dia lagi cantik! Pandang laki pun tak." Syiraz sekarang faham apa yang cantik.

"Nak buat bini ke?" soal Syiraz.

"Nak! Tapi aku rasa tak layak. Aku ni solat pun kadang tinggal. Lagi-lagi subuh. Selalu terbabas. Apatah lagi bab agama. Aku tak berapa nak pandai." Syiraz ukir senyum dan mengusap kepala Syariz. Mula dah rendah diri dia tu.

"Jangan putus asa. Cuba lagi. Kalau gagal, cuba lagi sekali."

"Kalau gagal juga?" Syiraz ketawa melihat wajah bingung Syariz.

"Cuba lagi, lagi dan lagi. Jangan berhenti usaha. Bab agama, kau tahu basic, tahu sejarah, semua tu dah cukup. Kalau mampu, belajar lagi, kaji lagi." Syariz mengangguk faham. Dia baring atas riba Syiraz yang ada dalam selimut.

"Raz... Kau tak nak ke papa jadi imam untuk solat kita?" soal Syariz. Syiraz tersenyum hambar.

"Kita cuba slow-slow. Aku yakin papa dan mama akan berubah."

"Aku cemburu dengan Ray..." ujar Syariz perlahan. Syiraz menunduk memandang Syariz.

"Cemburu?" Anggukan diberi sebagai jawapan.

"Mak bapak dia selalu ingatkan solat. Kejutkan solat subuh, ajar mengaji, ada masa untuk bercerita pasal nabi dan ajar dia tentang agama. Sedangkan kita..." Dia tak mampu habiskan ayat. Rasanya macam menyakitkan.

"Kalau mama papa tak boleh buat, kitalah yang buat. Perlahan-lahan ajak diorang solat sama-sama," kata Syiraz lembut.

"Aku nak papa jadi imam. Tapi aku tak pernah sekalipun tengok papa solat. Boleh ke dia jadi imam?"

"Aku tak ada jawapan." Syariz mengeluh panjang.

"Raz... Kau pernah terfikir tak macam mana nak tegur diorang? Aku nak cuba. Tapi, aku takut." Syiraz ketawa kecil.

"Guna cara halus. Contohnya, kau nampak papa, kau ajaklah dia solat sekali. Tak perlu tegur kenapa tak solat atau apa pun tu."

"Kalau papa tak nak?"

"Akur. Lepastu pasang ceramah kuat-kuat. Banyak je cara untuk sedarkan diorang. Berdoalah." Syariz mengangguk faham.

"Dah, habis dah?" Syariz mengangguk.

"Kalau macam tu bangun tutup lampu, tutup pintu. Tidur, esok nak bangun subuh. Syariz akur. Dia bangun tutup pintu dan lampu kemudian berlari naik atas katil.

Syiraz membetulkan selimut dan memejam mata. Syariz pula diam memandang siling. Jam pun dah menunjukkan yang sekarang dah lewat malam.

"Raz... macam mana rasanya jadi kau?" soal Syariz tiba-tiba. Syiraz kembali membuka mata. Dia memandang Syariz.

"Berat." Satu kata diberikan sebagai jawapan. Syariz memandang abang kembarnya.

"Macam mana?"

"Berat sangat. Sampai aku boleh terfikir, if aku boleh pilih untuk tak lahir atas dunia ni, aku akan pilih tu," jawabnya.

"Kenapa?" Syiraz ukir senyum hambar.

"Kau nak ajak deep talk ke?" Syariz mengangguk laju. Boleh juga.

"Jangan nangis tau."

"Aku bukan lelaki cengeng lah!" Syiraz ketawa.

"Jawablah! Kenapa?" soalnya lagi.

"Aku terlalu lemah. Rapuh dan bodoh. Dekat rumah ni, aku tak diterima. Kalau bukan sebab reputasi diorang, aku tak mungkin ada rumah ni lagi. Aku takde tempat mengadu, takde bahu nak bersandar. Aku takde tempat nak meluah. Ada pun, aku takut. Sebab apa yang aku alami datangnya dari ibu bapa. Aku takut dan benci dihakimi. Sakit aku, aku sendiri tanggung. Orang lain tak tahu dan cuma pandai bercakap. Better kalau aku tak lahir."

"Kalau aku tak lahir, tak wujud atas dunia ni, aku takkan rasa benda ni. Aku takkan bebankan mama dengan papa. Diorang akan bahagia dengan adanya kau," sambungnya.

"Penat?"

"Perlu ke kau tanya lagi?" Syariz menggeleng. Rasanya tak perlu.

"Sebab tu, kau kena bersyukur. Diorang sayang kau, perhatikan kau, pedulikan kau. Jangan buat diorang kecewa, Riz. Jangan. Sekalipun, jangan sakitkan hati diorang. Jangan tinggi suara, jangan kecilkan hati diorang dan jangan sampai mama menangis. Jangan tau," pesan Syiraz. Dia mengusap kepala Syariz.

"Kalau diberi peluang... Sehari dengan mama papa yang sayangkan kau, apa kau nak buat?" soal Syariz ingin tahu. Mungkin dia boleh usaha tunaikan nanti.

"Pergi pantai, luahkan perasaan aku tanpa dimaki, dimarahi atau dihakimi."

"Itu je?" Syiraz menggeleng.

"Banyak benda aku nak buat dengan diorang. Contohnya pergi makan-makan, celebrate birthday sama-sama and dengar perkataan bangga keluar dari mulut diorang. Walau sekali."

Syariz tak kuat. Dia mengalirkan air mata. Dia faham betul mengapa keinginan Syiraz sesederhana itu. Jawapannya mudah. Ia kerana Syiraz tak pernah merasai itu. Bahkan sekali.

"Dah cakap jangan nangis. Cengeng." Syariz berdecit dan terus menyeka kasar air matanya.

"Bukan cengeng! Kau tu yang buat aku jadi macam ni! Sedih tahu tak?!" Syiraz ketawa.

"Tak perlu sedih pun. Sebab Allah dah bagi ujian masing-masing sesuai dengan batasan diorang. Ini ujian aku dan aku terima. Betul, kadang aku mengeluh, menyoal, tapi kehendak Allah kita tak boleh lawan. Pernah dengarkan ayat ni? Kita ada kendala, tapi Allah ada kendali. Fahamkan?" Syariz mengangguk.

"Kau? Macam mana jadi kau?" soal Syiraz pula. Syariz menggeleng.

"Aku tak nak cerita. Tak nak buat kau rasa teruk atau sedih." Syiraz mengangguk faham. Itu maknanya hidup Syariz baik-baik saja dan dilimpahi kasih sayang. Baguslah. Adik kembarnya tak perlu lalui apa yang dia lalui.

Syariz memeluk Syiraz. Rasanya dia gagal sebagai kembar dan seorang adik. Dia biarkan abangnya sendirian.

"Tidur. Jangan nangis."

"Emm... Goodnight."

"Too. Tidur lena." Syariz mengangguk dan memejam mata. Dia suka abang kembarnya mengusap belakang tubuhnya untuk tenangkan dia. Rasa lebih dekat.







- Continue -

[C] IZINKANKU PERGI Where stories live. Discover now