CHAPTER 18 🦖

1.9K 124 4
                                        

DUA hari full Syiraz di hospital ini ditemani Harraz, Rayyan dan Syariz. Dia dah berbaik dengan Harraz tapi dia masih saja berdegil.

"Dah siap pack barang?" soal Harraz. Syiraz mengangguk. Harini dia dan Syariz dah boleh balik.

Syariz sebenarnya belum boleh balik, tapi dikeranakan kesian, Harraz benarkan lelaki itu untuk balik. Itu pun Tengku Hazriq yang tolong pujuk Harraz.

"Ingat, Raz... Kau masih ada peluang untuk dapatkan keadilan dan hak kau." Syiraz hanya ukir senyum. Dia tak mahu bergaduh lagi dengan Harraz.

"Oit! Berapa lama lagi korang nak duduk dalam wad ni? Pergilah angkut barang masuk kereta," tegur Rayyan yang baru masuk. Mereka tersengih dan terus angkut barang ke tempat letak kereta.

DALAM perjalanan, Syiraz hanya diam memikirkan cara untuk hadap ibu bapanya nanti. Dia takut. Bahkan terfikir untuk melihat mereka pun ada perasaan takut yang kuat.

Dibaling dengan pasu bunga itu bukan hal kecil. Tulangnya pun ada yang sedikit retak kerana itu.

"Syiraz! Dengar tak?!" Seolah baru tersedar, dia memandang Syariz di sebelahnya. Dia tersengih.

"Kenapa?"

"Aku tanya, kau nak makan pizza ke nak makan nasi?" Ulang Syariz. Rayyan dan Harraz. Menggeleng kepala. Melamun lah tu.

"Kau nak makan apa?" soal Syiraz.

"Kalau aku, aku nak makan nasi. Tapi Har nak makan pizza. Rayyan pula nak ikut kau je."

"Kalau macam tu makanlah nasi. Dah tengah hari pun." Syariz tersenyum kemenangan. Rayyan sah-sah ikut mereka.

Harraz berdecit. Untung dia fokus memandu. Kalau tidak, memang dia tonyoh kepala Syariz sebab mengejek dia.

"Seronok gelakkan aku ya? Nanti makan kau belanja," kata Harraz dengan geram.

"Mana boleh camtu! Bill hospital pun aku yang bayar tahu tak?!" Rayyan dan Syiraz ketawa. Mula dah gaduhnya.

"Kau ada nampak aku peduli ke?" soal Harraz sinis.

"Harraz gila! Dah lah Rayyan dah rembat duit aku lima ratus! Sekarang kau nak miskinkan aku lagi?!"

"Siapa suruh kau tak bayar kereta?! Memanglah dia rembat! Buat bayar kereta kau juga! Kereta sendiri pun nak berkira!" balas Harraz.

"Bukan berkira! Masalahnya duit tu aku nak guna buat bayar rumah lah!"

"Siapa suruh mengada beli rumah sendiri?! Suruh jelah mak bapak kau beli! Bukan kau boleh duduk situ pun!" Syariz mengetap rahangnya geram. Ini kalau dia cekik si Harraz ni memang ke alam lain terus mereka berempat.

"Bodoh betul anak manja sorang ni!" maki Syariz. Rayyan dan Syiraz ketawa kuat. Nah, anak manja terus dia kasi. Dah habis point dah tu.

"Bangang!" balas Harraz.

"Raz, aku rasa kita kena buka gelanggang. Biar diorang bertumbuk," ujar Rayyan. Syiraz mengangguk.

"Aku pun rasa macam tu." Mereka berdua terus saja ketawa mendengar perbalahan Syariz dan Harraz.

Suka hatilah nak gaduh pun. Asalkan mereka selamat sampai. Tak nak lah belok simpang jumpa malaikat pula.

"BENCI BETULLAH!" teriak Syariz yang kalah dari Harraz. Tak pernah boleh menang dia kalau dengan lelaki itu.

Harraz pula dah tersenyum kemenangan. Biarlah tak makan pizza pun. Asal boleh buat Syariz serabut, dia dah sangat berpuas hati.

SYARIZ berdecit dan terus merangkul lengan Syiraz masuk ke dalam restaurant. Harraz berdecit. Rayyan menggeleng. Tak habis lagi mamat ni.

"Sudahlah, Harraz. Kau ni macam budak kecil lah." Harraz menjeling Rayyan.

"Budak tu yang mula dulu! Aku gurau je. Dia yang sambung."

"Yang kau macam ajak gaduh kenapa? Mana tak disambungnya? Dah lah, malas aku layan kau. Baik aku masuk ambil tempat," ujar Rayyan dan terus berlalu masuk meninggalkan Harraz.

Tercengang Harraz dibuatnya. Dia juga yang salah? Malas mahu berlama-lama, dia terus masuk dan ambil tempat di sebelah Rayyan berhadapan dengan Syiraz. Macam mana dia tahu itu Syiraz?

Sebab Syiraz mempunyai tatapan mata yang lembut dan teduh. Manakala Syariz pula memiliki tatapan datar dan dingin bila duduk bersahaja. Gaya rambut mereka juga berbeza.

Syariz dengan potongan rambut two block manakala Syiraz dengan potongan rambut wolf cut. Kalau diperhatikan dengan betul, memang mudah sahaja membezakan mereka berdua.

Namun, lain pula dengan Puan Nadra dan Tuan Rizal. Mereka sukar membezakan Syiraz dan Syariz. Mereka langsung tak perhatikan penampilan anak-anak mereka.

Menu diberikan pada mereka dan mereka berempat sepakat mahu makan spaghetti. Sangat berbanding terbalik dengan apa yang dibincangkan dalam kereta tadi.

"Kebodohan apalagi ni?" komen Rayyan. Syariz tersengih. Harraz menggeleng.

"Dah lah, dah order pun. Tak payah nak gaduh-gaduh. Aku lagakan kepala korang nanti," ugut Syiraz. Harraz dan Syariz terus duduk diam. Syiraz dah buka suara. Baik diam sebelum makan penumbuk sulung lelaki itu. Rayyan terkekeh perlahan. Kesian. 









- Continue -

[C] IZINKANKU PERGI Where stories live. Discover now