CHAPTER 44 🦖

641 27 0
                                        

MALAM itu, Syiraz turun untuk makan. Ini dah tengah malam. Jadi rasanya memang tak ada kemungkinan dia akan bertembung dengan Puan Nadra atau Tuan Rizal kan?

Dia mengambil pinggan dan nasi diisi atas pinggan. Dia tak begitu selera jadi dia makan nasi kosong dengan ikan goreng saja. Itu pun ikan goreng dia yang masak sebab kesiankan Syariz.

"Pandai pula kau turun cari makan," sinis Puan Nadra. Dia hanya acuh. Dia hanya mahu makan. Tapi kenapa begitu susah?

"Aku bercakap dengan kau ni!"

"Puan nak saya cakap apa? Ya, pandai. Macam tu ke?" soalnya malas sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

"Makin hari kau makin biadap. Apa yang orang luar sana tu ajar kau ya?"

"Tak payah tahu lah. Lagipun puan bukannya nak ikut cara mereka didik anak. Puan kan yang paling pandai dalam mendidik," jawabnya. Puan Nadra mengepal tangannya.

"Kau ni memang selalu cari nahas kan?! Balik-balik kurang hajar! Tak cukup jadi beban, sekarang nak jadi biadap? Boleh tak sehari je jangan menyusahkan hidup aku?" Syiraz menjungkit sebelah keningnya.

"Menyusahkan? Puan sedar tak selama ni yang menyusahkan tu bukan saya melainkan puan sendiri? Kenapa puan kena susah-susah datang pada saya macam ni hanya untuk hina saya? Hanya untuk cederakan saya? Saya rasa selama ni saya dah tak ada kacau hidup puan. Kenapa pula puan sibuk-sibuk nak ganggu hidup saya sekarang? Kenapa?"

"Sebab aku nak kau sedar diri! Aku nak kau sedar yang kau tu menyusahkan, kau beban, kau bodoh, kau cacat, kau gila, kau hina, kau derhaka, kau manusia paling hina sekali! Kau pembawa sial pada semua orang!" Syiraz terdiam. Hatinya benar-benar sakit. Dia tak ada ganggu hidup sesiapa pun. Tapi kenapa Puan Nadra selalu saja ganggu dia?

Syiraz bawa pinggan ke dapur dan membuang makanan serta pinggan itu ke dalam tong sampah. Dia membasuh tangannya dah melangkah melewati Puan Nadra.

"Kau kena sedar diri, Syiraz. Kau masih berhutang dengan aku. Berhenti jadi beban dan langsaikan hutang tu dengan kematian kau." Syiraz mengepal tangannya. Dia menoleh memandang Puan Nadra yang tersenyum sinis memandangnya.

"Ya, aku tak sempurna, aku selalu gagal dalam hidup, aku pembawa sial, aku banyak menyusahkan orang, aku hidup hanya jadi beban. Aku tahu," ujarnya dengan suara yang tertahan.

"Baguslah kalau kau tahu. Tolong mati cepat sikit supaya beban aku berkurang," sinis Puan Nadra.

"Mati! Mati! Mati! Itu jelah yang keluar dari mulut kau! Aku sedar diri! Aku tahu aku banyak berhutang dengan kau! Kau nak sangat aku mati kan?!"

"Memang! Aku memang nak sangat kau mati!" Syiraz mengangguk faham.

"Esok aku akan pergi dari rumah ni! Aku akan pergi jauh! Doa seorang ibu kan tak ada hijab, kau doalah banyak-banyak! Doa supaya kapal terbang yang aku akan naik tu terhempas! Biar aku maut! Kalau tak reti berdoa, aku boleh ajarkan!" Puan Nadra mengetap rahangnya geram. Entah apa yang buatkan dia geram pun dia tak tahu.

"Kau cakap je sambil tadah tangan kau tu! 'Yaallah... Aku merayu agar engkau lenyapkan bebanku iaitu Syiraz Andra bin Rizal Nazri. Biarkan kapal terbang yang dinaikinya terhempas. Dia sudah banyak menyakiti hambaMu ini.' Kau doalah macam tu. Mana tahu nanti jadi kenyataan. Boleh lah kau buat kenduri kesyukuran," sambungnya dan terus berlalu naik.

"Syiraz!" Syiraz acuh dan melangkah laju masuk ke biliknya. Puan Nadra menggeram marah dan terus ke dapur untuk minum air.

Syiraz mengunci pintu biliknya. Dia menepuk kuat dadanya berkali-kali. Sesak itu masih terasa. Benar, dia tak mampu derhaka sampai begini. Ini hanya menyakitinya dan orang sekitarnya.

"Kau kuat, Raz. Benda ni sikit je. Sikit je semua ni. Semua akan baik -baik saja kalau kau lepaskan semua yang ada di sini. Kau akan okay..." Suaranya bergetar diakhir. Dia mendongak menahan air matanya.

Dikeranakan dia rasa tak mungkin lagi dia menahan air mata, dia terus berlalu ke bilik air dan mengambil wudhuk untuk solat. Izinkan dia mengadu dan memohon ampun. Tiada niat mahu menderhaka lagi namun ia terlalu menyakitkan.













- Continue -

[C] IZINKANKU PERGI Where stories live. Discover now