CHAPTER 23 🦖

1.9K 122 19
                                        

HARRAZ mengeluh berat. Laju kaki melangkah merampas sebatang rokok yang masih menyala ditangan Syiraz.

"Kau nak daddy dengan aku cakap berapa kali, Raz? Rokok bahaya untuk kesihatan kau! Lebih lagi kau tu pernah ada penyakit jantung! Fahamlah!" marah Harraz dan terus memijak rokok itu hingga hancur.

Syiraz hanya memandang datar ke arah Harraz. Tanpa pedulikan Harraz, Syiraz mengeluarkan kotak rokoknya namun lagi-lagi dirampas oleh Harraz.

"Syiraz Andra!"

Syiraz diam. Perlahan-lahan air matanya turun. Harraz berdecit dan buang sekotak rokok itu kemudian dipijaknya.

"Syiraz... Aku tahu kau tertekan dengan keadaan. Tapi tolonglah, jangan jejaskan kesihatan kau. Dengan mental kau yang makin down, tambah kau merokok, aku takut benda buruk jadi." Syiraz diam memandang Harraz namun matanya terus mengalirkan air mata.

"Kau kawan aku, aku dah anggap macam keluarga pun. Aku sayang kau, Raz. Jadi aku minta sangat... Jaga kesihatan kau. Aku tak suka tengok kau terlantar atas katil, dekat hospital. Aku tak suka, Syiraz," pujuknya lembut. Syiraz duduk dan teresak perlahan.

Harraz terus bercangkung di depan Syiraz. Dia mengusap lembut kepala Syiraz dan mengukir senyuman buat lelaki itu.

"Kita pergi main dekat pantai, ya?" Syiraz menggeleng.

"Kenapa?" soal Harraz masih lembut.

"Se-semua orang... semua orang benci aku, Har... M-mana aku pergi... Semua orang pandang aku... Macam aku bunuh orang... a-aku tak kuat, Harraz..." ujarnya jujur.

Dia keluar beli rokok tadi pun orang-orang pandang dia semacam je. Lepastu bisik-bisik. Itu masih boleh dia abaikan. Namun, ada yang sengaja mengata dia dengan kuat.

Derhaka, hidup tak berkat, tak kenang budi, biadab, semua dia dengar dari orang-orang yang sengaja mahu menyindirnya.

Dia pun tak tahu mana orang-orang itu kenal dia sebagai Syiraz dan malah tanpa ragu berkata begitu. Oh, mungkin kerana luka ditangannya itu.

"Nama aku dah buruk, Har... Aku betul-betul tak boleh bahagia ke? Aku betul-betul tak boleh tenang ke, Har?" soalnya. Harraz masih tersenyum dan duduk bersila.

"Janganlah fikir macam tu. Kau pun ada hak. Kau boleh bahagia, boleh tenang. Be strong..."

"Aku penat, Har. Aku berdoa, merayu pada Allah untuk terus kuatkan aku tapi akhirnya aku tetap macam ni... A-aku tak kuat... Doa aku tak makbul sebab aku derhaka kan? Sebab aku lawan mama..."

Harraz mengeluh perlahan. Dia memegang kedua belah bahu Syiraz agar lelaki itu tahu dia betul-betul serius dengan perkataannya ini.

"Jangan pernah sekalipun kau fikir macam tu. Allah tu maha adil dan maha mengetahui segalanya. Kau tu dah cukup kuat. Sebab tu kau masih hidup, masih mampu tahan walau akhirnya kau jatuh. Kau kuat, Raz."

"Dalam surah Al-Baqarah ayat 153 ada mengatakan untuk 'Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.' Jadi, kau janganlah putus asa macam ni," sambungnya. Dia menurunkan tangannya dan memandang dalam mata Syiraz.

"Allah tak pernah tidur, Raz. Kau cuma nak selamatkan diri. Itu je. Tak perlulah kau sampai macam ni fikir yang kau derhaka. Cukuplah, Raz. Kesiankan diri kau. Hm?"

"Aku gila, Har... Aku gila..." Harraz menggeleng.

"Kau tak gila. Kau masih boleh sembuh. Sabar, okay?" Syiraz hanya mampu menangis. Dia dah tak berdaya nak cakap apa-apa lagi. Dia tak tahu bagaimana mana lagi mahu hilangkan sakit yang dia rasakan saat ini.

HARI berganti hari dan keadaan Syiraz tak berubah. Terkadang memburuk. Lelaki itu seperti sudah tak mampu nak tampung bebanan yang ada.

Seperti hari ini, Syiraz menangis di bawah pancuran air dan akhirnya lelaki itu jatuh pengsan. Tubuh lelaki itu sekarang sedang menggigil di bawah selimut tebal.

"Nah, minum air." Syiraz hanya akur dan minum air itu dengan bantuan Harraz.

"Apa kau dapat bila kau buat semua ni, Raz?" soal Harraz perlahan. Syiraz diam tak menjawab.

"Raz, aku tak nak kau cederakan diri. Aku ambil semua pisau, gunting, kaca-kaca yang ada dalam ni, harapnya kau tak buat benda bodoh lagi. Tapi akhirnya, kau buat juga. Berbaloi ke kau sakitkan diri kau macam ni?" soalnya lagi. Wajah Syiraz itu dipandang.

"Raz, kalau kau tak kuat... Kau akan hilang kawalan atas diri kau. Terus kuat, Raz. Susah, aku tahu memang susah. Tapi keadaan kau, mental kau, situasi kau, semua memerlukan kekuatan. Kalau kau lemah macam ni, dia yang akan menang. Kawal, Syiraz... Tolonglah kawal."

Syiraz membelakangi Harraz. Dia pun tahu itu. Semakin lemah dia, maka makin besar peluang untuk dia dikalahkan. Tapi semua yang terjadi ini terlalu menyakitkan.

"Tidurlah. Kalau kau perlukan apa-apa, panggil je aku," ujar Harraz. Kerana tak mendapat jawapan, Harraz mengeluh panjang dan berlalu pergi dan menutup pintu.










- Continue -

[C] IZINKANKU PERGI Where stories live. Discover now