SYARIZ menguap kecil sebelum dia kembali naik atas katil. Syiraz melipat sejadah yang digunakan.
"Jangan tidur lepas subuh, Riz. Baik kau siap-siap pergi kerja."
"Lima minit..." Syiraz menggeleng dan meletakkan sejadah itu tergantung ditempat sepatutnya. Dia menarik tangan Syariz.
"Syariz Indra... Bangun siap-siap. Now!" Syariz mencebik. Dia mendepakan tangannya.
"Dukung," pintanya. Serta-merta kepalanya ditunjal sampaikan dia kembali terbaring atas katil
"Gapo dio mu ni?! Gilo ko?" Syariz ketawa mendengar perkataan yang keluar dari mulut Syiraz. Bukannya marah kepalanya ditunjal sebegitu.
"Darimana kau belajar tu?" soal Syariz dengan sisa tawa dan menyambut huluran tangan abang kembarnya itu agar dia duduk.
"Reflek. Sorry," kata Syiraz. Rasa bersalah pula pergi tunjal kepala adiknya itu. Syariz ketawa saja. Dia tak tahu nak beza itu loghat negeri mana. Tak pernah-pernah Syiraz guna loghat lain.
"Siap-siap cepat!"
"Ya... Nak pergi siap-siap lah ni." Tak menyabar langsung.
SYIRAZ dan Syariz turun ke bawah untuk sarapan. Namun, hala tuju mereka berbeza. Syiraz ke dapur manakala Syariz ke meja makan.
Syiraz akan diasingkan ke dapur. Syariz pernah protes tapi tak dipedulikan bahkan dengan jelas Tuan Rizal dan Puan Nadra mengatakan yang Syiraz tak layak duduk satu meja dengan mereka.
Bila Syariz juga mahu duduk di dapur, ancaman diberikan. Jika Syariz berkeras, mereka takkan teragak-agak mahu hukum Syiraz dengan lebih teruk.
"Morning, ma, pa," sapa Syariz dan dibalas dengan senyuman oleh mereka. Syiraz tak pedulikan itu. Dia melangkah tanpa ada niat mahu menyibuk ditengah keluarga bahagia itu.
Syiraz mengeluh berat. Sikit pun makanan tak ada tinggal dekat dapur ni. Dengan malas Syiraz buka kabinet dan mencari mi segera yang dia beli dan sorok. Daripada kebuluran, baik dia makan mi segera.
"Hidup camni memang penat... Tapi kalau tak macam ni, aku takkan jadi kuat. Tahan, Raz... Tahan," gumamnya menguatkan diri.
Syariz diam-diam memerhati Syiraz yang sedang berperang di dapur. Mesti tak ada makanan dekat situ.
"Ma, pa, dekat dapur takde makanan ke?" soalnya. Puan Nadra menggeleng.
"Takde. Kamu makan cepat." Syariz mengeluh berat. Rasa tak adil pula bila dia boleh makan roti, buah, mi goreng, tapi Syiraz kena makan benda lain. Entah-entah Syiraz tu goreng telur je makan dengan nasi kosong.
"Tengok apa lagi, Riz? Makan," arah Tuan Rizal. Syariz mengangguk. Dia sapu nutella atas roti. Beberapa keping roti dah siap. Baru dia mahu bangun, Tuan Rizal sudah menegur.
"Nak pergi mana tu?"
"Dekat dapur tak ada makanan. Raz tu tak boleh makan sembarangan. Ri-"
"Duduk!" Syariz mengeluh kecil. Selalu begitu. Dia duduk dan memandang Tuan Rizal yang juga memandangnya.
"Makan sekarang. Tak payah peduli dekat dia. Pandailah dia hidup," arah Puan Nadra.
"Ma, pa, Raz boleh sakit nanti."
"Siapa peduli?" soal Tuan Rizal.
"Riz! Riz peduli! Semalam pun Raz tak makan! Kalau harini dia tak makan juga, dia boleh sakit!" Tuan Rizal hanya memandang malas ke arah Syariz yang beria pedulikan Syiraz.
"Makan."
"Ugh! Cruel!" ujarnya dan terus bangun dari meja makan meninggalkan makanannya itu. Dah tak ada selera nak makan.
Bam!
Puan Nadra dan Tuan Rizal mengeluh panjang. Makin lama, Syariz makin kuat memberontak. Begitu juga Syiraz. Dulu mereka berdua tak ada pun melawan atau buka mulut cakap benda-benda yang menyakitkan hati dan sebagainya. Sekarang, dua-dua pun melawan.
Syiraz yang mendengar semua itu hanya diam. Dia bawa mi segera itu naik ke atas melewati ibu bapanya yang menatapnya tajam. Baik dia makan dekat balkoni bilik daripada kena dengar sesuatu yang akan menyakitinya jika terus di situ.
"Kau pun satu, Riz. Abaikan jelah aku ni bila depan diorang. Suka cari pasal betul," rungutnya. Dia mengunci pintu bilik dan berlalu ke balkoni dan duduk dikerusi yang tersedia di situ.
"Harapnya daddy tak tahulah apa aku makan harini. Nanti kena bebel panjang memang aku bebel Harraz pula nanti." Dia memang tak dibenarkan makan mi segera. Apatah lagi ini dah masuk kali keempat dia makan mi segera dalam minggu ini.
Tanpa buang masa, dia terus baca doa dan makan dengan tenang walau tak berapa nak tenang sebab telefonnya terus-terusan masuk notification. Bila dia check, Harraz. Memang tak lah dia nak buka, nak jawab.
Harraz banyak hantar link video tiktok. Memang jahanam budak tu. Macam-macam trend dia share dekat Syiraz dan akhirnya Syiraz jadi mangsa trend Harraz. Belum lagi Harraz kalau video tiktok mesti pelik-pelik.
Tapi lagi pelik sebab followers Harraz dah cecah 100K. Padahal buat tiktok pun gelek, menari and menyanyi je.
Ting!
Ting!
Dengan geramnya, Syiraz buka telefonnya dan terus membuat panggilan pada Harraz. Sebaik sahaja panggilan terhubung, dia terus sembur Si Harraz.
"Bodoh lah! Kau tahu tak tercekik aku nak makan?! Pagi-pagi dah menaikkan darah orang! Jangan sampai aku pergi hospital tu aku cekik-cekik kau bagi mampos!" Selesai saja dia terus matikan talian. Puas hati.
Sedangkan di sisi lain, Harraz langsung tak berkutik. Dia pandang telefonnya yang sudah gelap.
"Seram!"
- Continue -

ESTÁS LEYENDO
[C] IZINKANKU PERGI
De Todo[C O M P L E T E] ‼️ Contains sensitive issues ‼️ Syiraz Andra dan Syariz Indra ialah kembar seiras. Tingkah laku mereka berbeza, begitu juga layanan yang didapatkan. Sangat jauh berbeza. Syiraz diabaikan manakala Syariz disayang dan dilindungi te...