CHAPTER 19 🦖

1.9K 133 5
                                        

SETELAH makan-makan tadi, Syariz dan Syiraz dihantar pulang. Bagaimana pun, mereka masih belum dapat kebenaran untuk keluar dari rumah itu.

"Baru reti nak balik? Mana korang pergi?" soal Puan Nadra dari sofa depan tv. Wanita itu bangun dan mendekati mereka.

Melihat luka jahitan di tangan Syiraz, dia dapat bezakan dua orang ini. Laju saja tangannya naik menampar pipi Syiraz dengan kuat.

Syiraz ketap rahang. Syariz terkejut namun segera fokus memandang mamanya yang nampak berang itu.

"Ma, apalagi yang Raz buat tak kena dekat mata mama?" soal Syariz. Puan Nadra ukir senyum sinis.

"Sebab dia... Aku hilang job besar!" jerkah Puan Nadra. Syiraz hanya diam menunduk. Tangannya sudah terkepal erat.

"Jangan, Raz... Jangan... Jangan derhaka, Syiraz... Jangan. Kau kuat, kau kuat," bisik hatinya.

"Kerja tu lebih penting dari anak ke, ma? Kerja tu lebih penting ke dari nyawa Raz? Ma, Raz tu pun anak mama!"

"Anak? Aku takde anak macam dia. Berpenyakit!"

Pang!

Satu tamparan lagi hinggap dipipi Syiraz. Lelaki itu menggigit bibir bawahnya. Air mata mula bertakung. Dia takut dia lepas kendali dan semua berakhir.

"Mama!"

"Diam, Syariz! Kalau kamu tak nak dia terseksa, diam!" bentak Puan Nadra. Syariz memandang Syiraz yang hanya menunduk itu.

"Kau pembawa sial!"

Pang!

"Sebab kau, aku hilang job besar!"

Pang!

"Kau tak guna!"

Pang!

"Menyusahkan! Hidup cuma tahu menyusahkan!"

Pang!

Semakin kuat tamparan yang diberikan hingga bibir Syiraz mengeluarkan darah. Syariz mahu menolong tapi mamanya terus saja mengugut akan berbuat lebih jika dia masuk campur.

"Menyesal aku lahirkan kau! Beban! Kau cuma bawa sial dalam hidup aku! Seronok, hah?! Seronok bila kau jadi topik utama?! Seronok bila orang tahu kau masuk hospital sebab cedera teruk?! Seronok?!" tengking Puan Nadra. Memerah wajah wanita itu kerana marah.

Tubuh Syiraz menggigil. Traumanya menyerang. Namun, sedaya upaya dia kawal.

Pang!

"Kau gila! Kau tahu tak kau gila?! Tempat kau bukan dekat sini! Tapi tepi jalan! SEBAB KAU GILA, AKU YANG KENA TANGGUNG SEMUA BENDA! KENAPA KAU TAK MATI JE, HAH?! AKU MENYESAL MENGANDUNGKAN ORANG GILA MACAM KAU!"

Hancur. Hancur sudah hatinya mendengar kata-kata itu keluar dari mulut mamanya sendiri. Syariz juga begitu. Dia sudah mengalirkan air mata namun Syiraz tetap saja diam.

"KENAPA ORANG GILA MACAM KAU TAK MATI?! KAU PATUT MATI!"

Syiraz mendongak memandang tajam wajah mamanya. Matanya memerah dan berkaca. Pipinya sedikit bengkak dan bibirnya terus mengalirkan darah dek kerana tamparan Puan Nadra yang tak berhenti.

"Ya, aku tahu aku gila! Tapi korang lebih gila! Orang tua mana yang sanggup biarkan anak dia terlantar di hospital?! Aku terlantar dekat situ semua sebab korang! Tapi sikit pun penyesalan tu tak datang pada korang, kan? Aku ni apa sebenarnya?! Tunggul?!" Suaranya sedikit meninggi. Sakit. Terlalu sakit yang dia rasakan hingga akhirnya dia meletup.

Dia sudah capai batas. Dia tak sekuat itu dan dia tak seberani itu. Jika tidak kerana semua perasaan yang akhirnya meletup, dia pasti akan diam saja di sini.

"Mak bapak mana yang sanggup tengok anak dia sendiri kritikal depan mata dia?! Aku dah nak mati kau masih tak peduli! Untuk apa?! Untuk apa kau lahirkan aku?! Kenapa kau pertahankan aku?! Kenapa?!" soalnya. Naik turun dadanya. Air matanya terus mengalirkan turun.

"Kenapa sejak kecil kau tak buang je aku?! Kenapa tak bunuh je aku sejak kecil?! Lepas aku lahir, patutnya kau bunuh je aku! Aku pembawa sial! Beban! Berpenyakit! Gila! Apalagi?! Aku tahu aku tak layak hidup! Tapi tolonglah! Tolong! Setidak sampai aku mati, berhentilah! Berhenti seksa aku! Berhenti dera mental dan fizikal aku! Berhenti!" Dia akhirnya teresak kuat. Tubuhnya bergetar.

"Berhenti... Tolonglah berhenti... Aku tak sekuat tu... Aku tak sekuat tu, Puan Nadra Elyana... Aku tak sekuat tu..." lirihnya. Dia benar-benar terseksa.

Syariz mahu mendekat namun ditahan. Syiraz tak benarkan. Syariz hanya mampu teresak dan memerhati saja.

"Tak payah nak buat drama air mata dekat sini! Kau beban dan selamanya akan macam tu! Memang betul, aku patut bunuh je kau lepas kau dah lahir! Sekarang, bila dah besar panjang macam ni, makin liat kau nak mati!"

Syiraz mengangguk faham. Dia memandang Puan Nadra dengan mata yang basah. Dia ukir senyum nipis.

"I'm done. You win! You win, Puan Nadra! Selamat berbahagia!" Dia terus berlari naik ke biliknya. Puan Nadra berdecit dan terus kembali duduk di sofa dan sambung aktivitinya yang tergendala. Syariz pula dah naik mengejar Syiraz.

"RAZ! KAU NAK TINGGAL AKU KE?!" soal Syariz dari luar pintu. Belum sempat dia ikut masuk, Syiraz lebih dulu tutup dan kunci pintu.

Syariz terus-terusan mengetuk pintu bilik Syiraz namun dia tak mendapat jawapan.

"Syiraz! Raz... bukalah, Raz! Syiraz!" Tetap saja sama. Syariz teresak kuat di depan pintu bilik itu. Sedangkan di dalam, Syiraz menahan mulutnya dari mengeluarkan esakan.

Kaca yang dipegang membuat garisan panjang di bahunya. Setelah semua sakitnya tersalur, dia mengeluarkan bagasinya dan mengisi semua pakaiannya ke dalam.

Dia rasa memang dia dah tak diperlukan lagi. Dia beban, pembawa sial, bahkan dia gila. Dia tak layak di sini bersama orang-orang yang kelihatan sempurna. Dia banyak cacatnya.









- Continue -

[C] IZINKANKU PERGI Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang