TENGKU Hazriq tersenyum kecil dan duduk di kerusi sebelah katil itu. Dia sudah selesai memeriksa Syiraz. Kepala Syiraz diusap lembut.
"Terus kuat, Raz." Lembut Tengku Hazriq berkata. Syariz sudah beritahu apa yang jadi beberapa hari yang lalu. Dia tak menyangka sampai begini sekali Syiraz dibuat.
"Raz... Raz tak tahu. Raz sakit, Raz terseksa, tapi kenapa? Kenapa Raz perlu tahan? Kenapa Raz perlu kuat? Tak ada seorang pun dari mereka yang harapkan kembalinya Raz. Untuk terus kuat, rasanya menyakitkan. Sangat terseksa," ujarnya perlahan. Tengku Hazriq membawa Syiraz kepelukannya. Syiraz hanya diam tak membalas. Air matanya terus jatuh namun mulut tak mengeluarkan suara.
"Ujian Raz besar sebab Raz mampu. Sebab Raz yang paling kuat untuk hadap semua ni. Jadi apa pun berlaku, Raz kena kuat. Jangan mengalah." Syiraz meletakkan dagunya di bahu Tengku Hazriq.
"Sakit, daddy... Sakit sangat..." lirihnya perlahan. Tengku Hazriq mengangguk. Dia tahu.
"Sesak, seksa, daddy... Raz rasa terseksa." Lagi-lagi Tengku Hazriq mengangguk.
"Raz penat... Raz hampir mengalah... Raz dah tak sanggup..."
"Raz penat. Sangat penat... Raz tahu... Raz tak patut ada atas dunia ni. Raz sedar... Raz dari lahir sampai sekarang hanya menyusahkan... Raz pun tahu tu. Tapi Raz tak boleh pergi." Tengku Hazriq diam dan terus mengusap kepala dan belakang tubuh Syiraz.
"Raz tak boleh pergi sendiri... Raz tak nak Allah marah pada Raz. Daddy... Kenapa sakit? Kenapa rasanya semakin sakit dan semakin menyeksa? Raz- Raz dah usaha... Tapi kenapa sampai sekarang pun, Raz tak ubah macam babi tepi jalan? Kenapa?" soalnya lirih. Tengku Hazriq menyeka air matanya yang gatal mahu keluar.
Dia meleraikan pelukan dan memandang lembut ke arah Syiraz. Dia perlahan-lahan menyeka air mata Syiraz.
"Raz, tak baik cakap macam tu. Babi tepi jalan pun ada yang urus. Apatah lagi Raz yang manusia. Raz ada kami semua untuk jagakan Raz, untuk bahagiakan Raz. Daddy ada untuk Raz. Kami semua ada untuk Raz dan kami sayangkan Raz." Syiraz menatap lama wajah Tengku Hazriq.
"Raz mampu lalui ke?" soalnya perlahan.
"Ya. Raz mampu." Syiraz menunduk.
"Tapi apa guna hidup Raz kalau mama papa tak restu? Apa guna hidup Raz kalau tanpa doa mama papa? Apa guna hidup Raz kalau mama papa Raz sendiri pun bencikan Raz? Apa guna Raz terus kuat, terus bertahan kalau mama dengan papa sekali pun takkan pernah pandang Raz? Apa gunanya?"
Hidupnya sejak awal sudah musnah. Hidupnya dari awal sudah tiada makna lagi. Dia tak mampu buat mama papanya gembira, dia tak mampu buat mama papanya tersenyum bahagia. Dia tak direstui untuk hidup di dunia ini. Dia dibenci dan akan selamanya begitu.
Apalagi makna hidupnya jika keluarganya saja dari awal sudah buang dia? Hidupnya sudah tak ada makna bila mama papanya sendiri meminta dan amat menanti kematian dia.
"Raz kena yakin." Syiraz memandang Tengku Hazriq sebelum ketawa hambar.
"Raz penah yakin. Raz pernah berharap dan Raz pernah korbankan nyawa Raz untuk mama dan papa. Tapi still sama."
"Raz bukan nak mengukit, bukan nak belagak tunjuk Raz ni baik. Tak... Tapi Raz dah usaha sampai sanggup kalau nyawa tergadai untuk selamatkan mama... Tapi Raz tak dapat ucapan terima kasih tu. Raz dapat penampar, dapat cacian, makian yang mengatakan Raz pembawa sial," ujarnya perlahan. Tak ada niat mahu riak atau menagih simpati. Tapi itu yang buatkan dia semakin sakit.
Bahkan saat dia bertaruh nyawa untuk selamatkan mamanya itu, dia masih mendapat perlakuan tak pantas. Dia tidak tahu di mana tempatnya. Mungkin lebih rendah dari binatang? Atau apa?
"Diorang cakap sebab Raz, mama accident. Sebab Raz, mama kritikal tak cukup darah dan memang tugas Raz untuk selamatkan mama. Sedangkan waktu tu Raz masih lemah dan dokter pun tak sarankan untuk Raz derma darah."
Tengku Hazriq tak mampu berkata-kata. Dia kembali memeluk lelaki itu dan berperan sebagai seorang ayah untuk Syiraz saat ini. Kerana saat ini, yang Syiraz perlukan adalah keluarga.
Memang tidak akan sama, namun hanya ini yang mampu dia buat. Untuk dia berkata-kata, dia tak mampu dan takut menyakiti Syiraz nanti. Jadi biarlah Syiraz menangis dalam pelukannya.
- Continue -

YOU ARE READING
[C] IZINKANKU PERGI
Random[C O M P L E T E] ‼️ Contains sensitive issues ‼️ Syiraz Andra dan Syariz Indra ialah kembar seiras. Tingkah laku mereka berbeza, begitu juga layanan yang didapatkan. Sangat jauh berbeza. Syiraz diabaikan manakala Syariz disayang dan dilindungi te...