CHAPTER 24 🦖

2K 129 13
                                        

MALAM itu, Tengku Hazriq bawa Harraz dan Syiraz makan di luar. Syiraz awalnya menolak. Namun kerana pujukan Tengku Hazriq dia terpaksa akur.

"Raz nak makan apa?" soal Tengku Hazriq.

"Ikut Harraz jelah, dad." Tengku Hazriq mengangguk. Harraz tersenyum penuh makna. Dia memesan steak. Itu bermakna Syiraz juga akan makan steak.

Syiraz memandang geram ke arah Harraz. Dasar! Sengaja betul mamat tu. Syiraz dengan steak memang tak sehaluan. Harraz pun tahu tu. Tapi sengaja je.

"Kau sengaja kan?" Harraz tersengih. Tengku Hazriq ketawa kecil.

"Janganlah gaduh. Nanti Raz ambil daddy punya."

"Tap-"

"Tak apa. Lagipun Raz tak makan steak kan? Jangan paksa." Syiraz tersenyum nipis dan mengangguk.

"Eleh! Makan pun memilih. Patutlah tak tinggi-tinggi," kutuk Harraz.

"185cm tu dah normal! Kau tu je yang terlebih ketinggian!" balas Syiraz. Harraz jongket bahu. Dia malas nak bergaduh sebab takut nanti mood Syiraz ke laut.

SYARIZ membuka pili air dan biarkan air mengalir. Dia membasuh mulutnya. Dengan lesu dia tutup pili air dan terduduk di atas lantai bilik air itu.

Dia meremat dada dan kepalanya yang terasa amat sakit disaat yang bersamaan. Nafasnya diatur perlahan-lahan namun dadanya semakin sakit.

"Shit..." gumamnya dan dengan sisa tenaganya dia berjalan keluar dari bilik itu dan terus menuju ke arah meja tepi katil.

Sebotol ubat diambil dan ditelan begitu sahaja. Dia mengambil sebotol air mineral atas meja dan terus diteguk.

Dia duduk bersandar pada katil. Dia menoleh sekejap ke arah lacinya itu. Sakit di dada dan kepalanya sedikit berkurang. Dia mengambil sampul surat bersaiz A4 yang ada dalam laci itu.

Dia ukir senyum sinis. Tertera darimana surat itu datang. Dia membuka sampul surat itu untuk kesekian kalinya. Dia melihat surat yang ada itu.

"Benci anak sebab sakit dan jadi beban, huh?" soalnya perlahan.

"Aku nak tengok reaksi diorang kalau tengok surat ni nanti. Aku nak tengok, sama ada diorang akan benci aku macam Raz atau tak," gumamnya. Dia menyimpan kembali surat ke dalam sampul dan disimpan semula dalam laci beserta ubat-ubatnya.

Dia mengambil bingkai gambar atas meja itu dan senyuman manis terukir dibibirnya. Dia mengusap lembut bingkai gambar itu.

"Kalau diorang tak benci aku, itu bermakna hati diorang memang busuk, Raz..." ujarnya kemudian menyimpan bingkai itu dan perlahan-lahan bangun keluar dari bilik itu.

Dia menuju ke bilik Syiraz. Sebaik sahaja masuk ke dalam, bau Syiraz kuat menusuk hidungnya. Dia tersenyum. Rindu.

Nak jumpa pun, dia tak dibenarkan keluar rumah untuk keadaan sekarang. Puan Nadra dan Tuan Rizal melarang kerana tak mahu dia buka mulut tentang kebenaran. Pintu rumah pun dikunci dan ada beberapa bodyguard di luar.

Dia naik atas katil Syiraz dan air matanya perlahan-lahan jatuh. Dia tak pernah berpisah dengan Syiraz selama ini. Dua hari tanpa Syiraz di sisinya, dia jadi lemah.

Tak ada yang buatkan dia ketawa, yang buat dia tersenyum, tak ada. Semua menyakitkan di sini. Telefonnya pun dia dah tak buka. Dia tak mahu melihat negatif komen kerana dia takut tangannya terlepas membalas dan beritahukan aib keluarganya itu.

Syiraz juga pasti akan marah padanya. Yang mampu dia buat saat ini, bertarung dengan dirinya sendiri. Sakitnya tak dapat tersalur pada apa-apa.

Jika sebelum ini ada Syiraz untuk dia bercerita, sekarang semua berubah. Dia tak ada tempat mahu bercerita lagi. Orang yang dapat dipeluk pun tak ada.

"Adik rindu abang..." gumamnya lirih. Panggilannya waktu kecil dulu digunakan. Dia bahasakan diri dengan adik manakala Syiraz abang.

"Adik nak dipeluk, nak diusap kepala, nak dibuat ketawa lagi... Adik nak ikut, abang..." lirihnya. Dia memeluk bantal yang ada di situ dengan erat dan biarkan air matanya turun bebas.

"Adik nak masakkan untuk abang, adik nak bercerita dengan abang... Adik sorang-sorang dalam rumah besar ni... Adik takut..." Dia terus saja menangis dan meluahkan segala perasaan di sini. Dia rindukan kehadiran Syiraz namun disaat yang sama, dia tak mahu Syiraz kembali ke rumah ini dan terseksa lagi.

"Maafkan adik..."















- Continue -

[C] IZINKANKU PERGI Where stories live. Discover now