SYARIZ mengeluh berat. Matanya yang sembab itu diperhatikan di cermin. Dia dah penat menangis. Air matanya pun dah tak mahu keluar lagi.
"Aku harap lepasni kau bahagia, Raz..." gumamnya dan terus berlalu ke katil dan merebahkan diri ke situ. Dia mengambil bantal tayo yang diberikan padanya oleh Syiraz.
Dia memeluk erat bantal itu. Rindu. Dia tahu mereka boleh berjumpa lagi. Tapi itu takkan sama. Benar adanya dia setuju Syiraz pergi dari rumah ini namun dia ikut sakit bila terpaksa berpisah dengan Syiraz.
Mereka dari dalam perut selalu bersama hingga ke hari ini. Namun semua terpaksa ia relakan demi kebahagiaan Syiraz.
"Adik takut..." lirihnya dan semakin mengeratkan pelukan pada bantal itu.
HARRAZ hanya memerhati saja Syiraz yang menumbuk punching bag dengan sekuat tenaga. Dia tak tahu apa yang jadi, tapi Syiraz datang dengan air mata dan minta untuk gunakan ruang ini supaya dia boleh lepaskan perasaan.
"Belum selesai?" soal Tengku Hazriq yang baru tiba dengan sebotol air mineral. Harraz menggeleng. Dah tiga jam dan Syiraz masih betah di situ meluapkan perasaan
"Harraz... Tadi daddy dah call Syariz." Harraz terus memberikan sepenuhnya perhatian pada Tengku Hazriq.
"Kenapa?"
"Syiraz dah meletup. Dia keluar dari rumah tu." Harraz tersenyum gembira. Akhirnya! Tengku Hazriq mengusap kepala Harraz.
"Comfort him."
"Arraz akan cuba. Tapi kan, boleh Raz duduk dengan kita kan?" Tengku Hazriq ketawa. Suka betul dia.
"Kalau Syiraz nak, boleh je. Bilik dia pun ada." Harraz tersenyum memandang Syiraz. Begitu juga Tengku Hazriq sebelum Syiraz akhirnya rebah.
"Allah!" Laju mereka mendapatkan Syiraz yang tak sedarkan diri itu. Inilah padahnya. Tiga jam tak berhenti luapkan perasaan.
SYIRAZ perlahan duduk dan memegang kepalanya yang terasa amat sakit. Dia melihat sekeliling. Nafas berat dihela.
Klak!
Dia menoleh ke arah pintu. Matanya dan mata Harraz bertembung. Tajam Harraz menatapnya. Sepertinya dia dah kantoi. Harraz duduk di birai katil menatapnya.
"Kau ni kan!" Syiraz hanya tersenyum.
"A-air..." pintanya. Tekaknya terasa agak sakit. Harraz mencapai sebotol air mineral di atas meja dan terus diberikan pada Syiraz setelah dibuka.
"Tu, luka tu. Lain kali, ambil pisau tikam bagi mampus. Tak ada lah merosakkan diri." Syiraz ketawa kecil.
"Alolololo... Harraz marah ke? Kenapa Harraz marah?" Harraz yang mendapat perlakuan itu terus memerah pipinya.
"Ubat kenapa tak makan? Dah tahu diri tu darah rendah. Masih buat bodoh kau ya?" Syiraz tersenyum hambar. Harraz menggeleng dan terus bawa Syiraz ke pelukannya.
Syiraz bingung namun matanya memanas mahu menangis. Dia memandang sisi wajah Harraz yang menekan kepalanya agar dagunya dibahu lelaki itu.
"Nangislah. Aku tahu apa yang jadi."
Mendengar itu, tanpa apa-apa topeng lagi, dia jatuhkan air mata dan teresak perlahan. Harraz mengusap belakang kepalanya dengan lembut.
"Kau ambil keputusan yang betul, Raz." Syiraz menggeleng.
"A-aku takde tempat... Takde arah tuju... A-aku derhaka dengan mama... Aku naik suara, Har... Aku guna aku kau dengan mama tadi... Aku tak sengaja..." lirihnya. Harraz tak cakap apa-apa. Bahkan, disaat seperti ini pun, Syiraz masih takut derhaka dengan mamanya.
Kurang apalagi Syiraz ini? Mahu sesempurna apalagi Syiraz agar dia diterima? Sempurna sangat ke ibu bapa lelaki itu sampai Syiraz yang begini pun disia-siakan?
"Raz... Sebelum kau derhaka, mak bapak kau yang lebih dulu derhaka dengan kau," ujar Harraz lembut. Rasanya sekarang dia boleh beri ilmu buat Syiraz.
"Dari kecil sampai besar, makian yang diorang lontarkan pada kau, diorang pilih kasih, diorang tak beri kau didikan agama yang baik. Diorang dah gagal. Diorang derhaka dengan kau. Raz, deraan mental dan fizikal pun derhaka Raz."
"Betul, diorang ibu bapa. Tapi tu bukan tiket untuk diorang buat apa-apa saja pada anak. Lebih lagi kau dah hampir mati berkali-kali ditangan diorang." Sambungnya. Syiraz tak membalas. Dia tak tahu apa-apa tentang ini.
"Aku memang kurang dalam ilmu agama. Tapi benda ni aku dah belajar, Raz. Ibu bapa derhaka tu ada. 'Antara yang termasuk dalam kelompok itu ialah mereka yang suka menggunakan kata-kata kesat, memanggil anak dengan panggilan buruk atau pilih kasih dalam memberikan layanan terhadap zuriat sendiri.' Raz... Bagitahu aku, mana dari yang aku sebutkan tu diorang tak buat?"
Syiraz masih teresak dalam pelukan Harraz. Dia tak mampu menjawab. Harraz menepuk belakang tubuh Syiraz.
"Begitu juga dengan ibu bapa yang melepaskan tanggungjawab dalam memberikan didikan terbaik kepada anak-anak sehingga mereka terpinggir dan terabai daripada pendidikan yang sempurna." Syiraz masih diam mendengar Harraz.
"Akademik, non akademik, agama, diorang hantar kau sekolah sampai darjah enam. Lepastu apa? Diorang abai tanggungjawab dan biar kau cari duit sendiri untuk sambung sekolah. Satu sen pun tak ada diorang beri lagi sejak tu kan? Dekat situ pun diorang dah gagal."
"Tiga, Raz. Tiga antara ciri ibu bapa derhaka tu ada pada diorang. Anak derhaka, anak kurang hajar, anak biadab, semua gelaran tu tertuju bila kita buat salah dengan mak bapak. Tapi pernah tak kita dengar sekali je, sekali seumur hidup, ada yang cakap mak bapak derhaka pada anak, sebab tu anak jadi macam tu? Tak pernah kan?" Syiraz mengangguk.
"Sebab apa? Sebab diorang mak bapak. Tapi gelaran mak bapak tu bukan tiket untuk dera, untuk seksa anak sampai macam ni. Raz, sedarlah. Pertahankan diri kau. Hm? Jangan biar diri kau terus disakitkan. Kau ada hak nak lawan," ujar Harraz lagi dan meleraikan pelukannya. Bahu Syiraz terhinjut-hinjut dan dia teresak kuat.
"Nangislah. Lepaskan semua yang terpendam. Kau dah cukup sakit, Raz. Jangan seksa diri kau hanya sebab takut derhaka kalau melawan bila diorang buat kau macam ni. Kau nak tunggu kau mati dekat tangan diorang dulu ke baru nak lawan, Raz?" Syiraz menunduk menumpahkan tangisnya. Harraz mengusap bahu Syiraz lembut agar lelaki itu tahu dia tak sendirian.
- Continue -

BẠN ĐANG ĐỌC
[C] IZINKANKU PERGI
Ngẫu nhiên[C O M P L E T E] ‼️ Contains sensitive issues ‼️ Syiraz Andra dan Syariz Indra ialah kembar seiras. Tingkah laku mereka berbeza, begitu juga layanan yang didapatkan. Sangat jauh berbeza. Syiraz diabaikan manakala Syariz disayang dan dilindungi te...