HARRAZ terus saja membangunkan Syiraz. Terkejut? Tentu saja. Dari dalam talian dia mendengar bunyi sesuatu jatuh dalam air. Dia fikir Syiraz cuba akhiri hidup.
Nyatanya, orang sekitar yang perasan sesuatu yang pelik pada Syiraz terus memerhati hingga akhirnya Syiraz tiba saja pengsan masuk dalam air.
Sangat beruntung waktu itu kepala Syiraz tak terkena batu tajam di situ. Seorang pakcik menyelamatkan Syiraz dan bawa ke tepi setelah Syiraz berjaya dia selamatkan.
Harraz terus-terusan membangunkan Syiraz namun tak ada hasil. Hingga akhirnya Syiraz terjaga dan tersedak. Dia bangun memandang Harraz.
"Lu-Lucca?" Lelaki itu bangun. Bajunya basah dan dia memandang Harraz yang terdiam di situ.
"Balik." Berat suaranya terdengar. Harraz mengangguk.
"Terima kasih selamatkan dia," ucapnya dan terus mengejar langkah Lucca yang sudah jauh di depan.
HARRAZ hanya diam. Macam tu je Lucca tinggal kereta. Telefon lelaki itu pun dah hilang entah kemana. Orang di situ memang tak jumpa langsung.
"Nak pergi mana ni?" Soal Harraz.
"Balik," jawabnya sepatah. Harraz mengangguk faham. Dia dah tak ada apa nak cakap dengan Lucca.
Lucca menoleh sekilas ke arah Harraz. Dia mengusap kepala lelaki itu.
"Berhenti," arah Lucca. Harraz akur. Lucca terus keluar sebaik sahaja kereta berhenti tepi jalan. Dia buka pintu di sebelah Harraz dan membuat isyarat agar Harraz duduk ditempatnya tadi. Harraz hanya akur.
Lucca terus masuk dan jalankan kereta. Sebelah tangan kawal steering, sebelah lagi mengusap kepala Harraz yang menunduk.
Dia menoleh sekejap ke arah Harraz kemudian kembali fokus ke depan sambil tangan mengambil tisu dalam dashboard.
Diberikan tisu itu pada Harraz. Dia tahu yang Harraz terkejut. Dia juga tahu Harraz ketakutan tadi.
"Lucc..." lirihnya. Lucca hanya diam fokus pada pemanduan namun telinga mendengar.
"Aku nak buat apa sekarang? Dia dah penat, Lucc... Dia dah penat sangat... Dia kalah... Aku nak buat apa sekarang?" lirihnya dengan esakan kecil. Lucca tak bercakap namun tangannya naik mengusap lembut bahu Harraz agar lebih tenang.
Harraz hambur tangis. Dia tak kuat mendengar kata-kata Syiraz tadi. Waktu datang kemari, dia hampir saja terbabas kerana panik mendengar suara benda jatuh dalam air.
SETELAH menghantar Harraz pulang, Lucca tahan taxi dan terus pulang. Balik saja dia disambut oleh Puan Nadra dan Tuan Rizal yang menampar wajahnya.
"Kau ni makin dibiar, makin biadab kan?! Sini kau!" Kata Tuan Rizal dan terus menariknya. Namun, dia bukan Syiraz. Dia menarik semula tangannya dengan kuat hingga Tuan Rizal sedikit terdorong ke belakang.
"Bullshit," ujarnya dingin dan berlalu naik tangga.
Prang!
Belakang kepalanya disentuh. Dia melihat tapak tangannya yang dipenuhi darah. Orang tua ni nak baling apa lagi atas kepala? Ingat tak sakit? Dah nak mati pun tak reti taubat.
"Kau jangan nak kurang hajar sangat! Turun!" Lucca menunduk mengambil satu pecahan kaca tajam itu dan turun memandang datar wajah Puan Nadra dan Tuan Rizal.
Kaca itu di dekatkan ke leher wanita itu. Hal itu membuatkan Tuan Rizal terkedu.
"Don't bother me or you will die." Kaca itu ditekan ke leher Puan Nadra hingga darah mula keluar.
"Kau memang sial..." Dengan suara tertahan Tuan Rizal memaki. Lucca hanya jongket bahu acuh dan kembali melangkah naik menuju ke biliknya.
Lucca terdiam melihat Syariz yang tidur di dalam biliknya itu. Dia perlahan mendekat dan duduk di birai katil.
Sisa air mata di pipi lelaki itu diseka. Tanpa sedar, dia tersenyum nipis. Sangat nipis. Dia bangun mengambil selimut dan diselimutkan tubuh Syariz itu.
"Cute boy," gumam Lucca dan berlalu mengambil tuala kemudian ke bilik air. Dia perlu bersihkan diri setelah jatuh ke pantai.
- continue -

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] IZINKANKU PERGI
Random[C O M P L E T E] ‼️ Contains sensitive issues ‼️ Syiraz Andra dan Syariz Indra ialah kembar seiras. Tingkah laku mereka berbeza, begitu juga layanan yang didapatkan. Sangat jauh berbeza. Syiraz diabaikan manakala Syariz disayang dan dilindungi te...