RAYYAN tersenyum setelah Syariz mengangkat telefonnya. Untunglah Syariz tak apa-apa. Dia sebenarnya takut kalau Syariz berubah.
"Dah solat?" soal Rayyan. Syariz mengangguk. Dia pusing kamera menunjuk sejadah. Dia baru selesai solat tadi.
"Good boy! Nak apa-apa tak?" Syariz menggeleng.
"Untuk sekarang tak." Rayyan mengangguk faham.
"Nanti kalau kau dah dibenarkan keluar, aku bawa kau jumpa Raz nak?" Syariz mengangguk laju.
"Nak!" Rayyan ketawa. Dia menatap lama wajah Syariz dalam telefon itu. Dari mata Syariz, dia nampak yang lelaki itu seperti menyimpan kesedihan.
Syariz meletakkan telefonnya agar memudahkan dia untuk mengaji. Dia pandang Rayyan sekejap sebelum ukir senyum.
"Ray, dengar aku mengaji. Kalau salah betulkan," pintanya. Rayyan dengan senang hati mengangguk setuju.
SETELAH pulang, Harraz tidur dengan Syiraz. Dia risau pada Syiraz. Takut lelaki itu buat benda bodoh lagi. Sekarang, mereka masing-masing diam.
Harraz menoleh memandang Syiraz yang menatap kosong ke atas. Dia baring mengiring menghadap Syiraz.
"Deep talk jom." Syiraz menoleh memandang Harraz. Dia mengangguk saja.
"Jadi, apa perasaan kau sekarang?" soal Harraz.
"Pasal keadaan ni?" Harraz mengangguk. Syiraz kembali menatap ke atas.
"Aku rasa penat. Aku penat dengan situasi. Aku dah penat nak fikir letak salah aku dekat mana. Aku dah penat nak cari dekat mana silap aku dan aku dah penat untuk baiki semuanya. Air mata aku dah banyak jatuh atas sebab yang sama." Harraz mengangguk faham. Syiraz menoleh memandang Harraz.
"Mungkin betul cakap kau. Aku tak perlu fikir pun pasal aku derhaka atau tak. Sebab aku derhaka, tak derhaka sekalipun, aku tetap bukan manusia berguna dimata diorang." Harraz ukir senyum. Dia mengangguk. Itulah yang dia cuba sampaikan pada Syiraz.
"Tapi masalah aku satu. Ada dua orang berbeza yang menumpang dalam badan aku. Dua orang tu kuat dan tak mungkin aku tahan sampai akhir. Aku takut bila aku marah, aku takut bila aku terlalu kecewa."
"Aku tahan perasaan marah dan kecewa tu sebab aku tak nak salah satu dari mereka keluar dan semakin rosakkan hubungan aku dengan mama dan papa." Sambungnya. Air matanya yang mula mengalir diseka. Dia ukir senyum.
"Aku naif, aku bodoh, aku buta dengan harapan aku sendiri. Berharap suatu saat aku boleh rasai bahagia tu. Tapi nyatanya? Aku hancur. Aku marah, Har. Tapi aku tak boleh. Aku marah, aku cederakan diri supaya marah tu berubah jadi sakit. Aku kecewa, tapi lagi-lagi aku cederakan diri supaya kecewa tu jadi sakit."
"Untuk aku kawal mereka, itu suatu hal yang berat. Mereka berdua ada temperament masing-masing. Aku takut aku bertindak luar kawalan macam dulu dan bunuh orang yang tak bersalah." Dia kembali memandang ke atas.
"Bukan kau."
"Bukan aku, tapi raga aku. Tangan aku yang kotor, Har." Harraz mengangguk faham.
"Kau masih berharap?" soal Harraz. Syiraz ketawa kecil dan mengangguk.
"Masih. Aku masih berharap dapat kasih sayang dari mama dan papa. Apa pun caranya. Sebab aku takut bila aku kalah, nyawa aku berakhir dekat tangan aku sendiri."
"Kau? Apa perasaan kau sekarang?" soalnya pula. Harraz membetulkan kedudukannya. Dia menatap ke atas.
"Aku gembira. Tapi juga sedih," jawabnya. Syiraz mengerutkan dahinya.
"Aku gembira bila kawan baik aku dah bebas dari neraka buatan tu. Aku gembira bila kau putuskan untuk pergi. Aku gembira bila kau mula sedar, mula faham, aku gembira sangat. Tapi... Aku sedih." Harraz menoleh memandang Syiraz yang juga memandangnya. Dia tersenyum.
"Aku sedih sebab kau makin teruk. Mental kau semakin rosak, kau masih cari cara untuk cederakan diri dan aku sedih sangat bila kau ternyata tak bahagia langsung bila dah keluar dari rumah tu. Bahkan dapat tekanan yang lebih besar sebab mulut dan ketikan orang yang tak tahu apa-apa tentang hidup kau."
"Jujur aku bahagia sebab kau dah mula tinggal dengan aku, tapi disaat bersamaan, aku sedih dengan tatapan kau yang tersirat banyak derita dan kesedihan. Mata kau selalu jujur tentang perasaan kau. Tanpa kau bagitahu, aku sendiri dah tahu kau sedih, kau penat, kau sakit, aku tahu. Paling menyakitkan, paling menyedihkan sekali adalah bila aku tahu, tapi aku tak mampu buat apa-apa."
"Aku cuma mampu berlagak pandai nasihat dan ceramah kau tanpa faham isi hati kau yang terdalam. Aku paksa kau melawan untuk diri kau tapi aku sedar yang kau bukan orang macam tu. Tapi aku tetap desak kau sebab aku tak suka kau diperlakukan macam tu. Lebih dari binatang." Sambungnya. Air matanya diseka dan dia kembali memandang ke atas kerana tak kuat melihat mata Syiraz saat ini.
"Aku tahu... Kau rindukan Syariz, aku tahu kau nak sangat hubungi dia. Tapi aku larang. Aku tak bagi dan aku pegang phone kau. Aku tak ada niat nak pisahkan korang. Tapi aku tak nak... Aku tak nak bila kau buka phone, banyak komen negatif masuk dan kau makin down. Aku nak pinjamkan phone aku, tapi aku tahu kau orang yang macam mana."
"Kau akan buka sosial media untuk tengok mak bapak kau yang tengah bahagia atas penderitaan kau. Aku takut, kau akan buka video mak bapak kau tu lagi dan kau down sebab air mata buaya mereka. Aku kenal kau, Raz. Aku yang ada dengan kau selama ni dan aku tahu kebiasaan buruk kau tu. Aku nak halang."
Syiraz bangun dan menunduk. Harraz juga bangun dan bersila di depan Syiraz yang menangis itu. Dia memegang bahu Syiraz.
"Aku nak kau terus kuat tapi aku tahu kau tak mampu kalau terus-terusan macam ni. Sebab tu, sedaya upaya aku cuba, aku usaha untuk tak biarkan kau sentuh gadget. Aku tak nak kau hilang kawalan, aku tak nak orang lain yang kawal tubuh kau. Sebab tu aku selalu cari cara untuk bahagiakan kau, untuk gembirakan kau dan selalu buat kau geram."
"Dengan cara tu, kecil kemungkinan diorang akan gantikan tempat kau. Aku minta maaf... Maaf buat semua tu. Aku cuma tak nak kau sakit lagi. Aku tahu masa lalu kau, aku tahu kau dah menderita sejak kecil. Sebab itulah sekarang, aku usaha untuk dapatkan kebahagiaan kau. Walau bukan di sisi keluarga kau terutama mak bapak kau. Tapi lepas semua yang jadi, aku sedar..."
Harraz diam sekejap dan mengangkat wajah Syiraz. Dia tersenyum buat Syiraz yang tak henti-henti mengalir air mata dan teresak kecil.
"Aku sedar, bahagia yang kau nak ialah disayangi dan dilayan dengan baik oleh mak bapak kau. Ia satu perkara yang mustahil untuk aku tunaikan." Syiraz dah tak tahan. Dia terus memeluk tubuh Harraz dengan erat.
"Terima kasih... Har, terima kasih..." ujarnya disela-sela tangisnya. Harraz mengangguk dan membalas pelukan itu.
"Kau kuat, Raz. Aku bangga dengan kau. Terus kuat, Raz. Ramai yang sayangkan kau. Kau tak pernah sendirian," ujar Harraz. Syiraz teresak-esak dibahu Harraz.
Harraz menggosok belakang tubuh Syiraz agar lelaki itu sedikit tenang. Dia tahu dan cukup faham dengan Syiraz. Dia faham yang Syiraz tak mengerti dengan dirinya sendiri namun dia mampu mengerti Syiraz. Kerana itu, dia usaha untuk Syiraz.
- Continue -

YOU ARE READING
[C] IZINKANKU PERGI
Random[C O M P L E T E] ‼️ Contains sensitive issues ‼️ Syiraz Andra dan Syariz Indra ialah kembar seiras. Tingkah laku mereka berbeza, begitu juga layanan yang didapatkan. Sangat jauh berbeza. Syiraz diabaikan manakala Syariz disayang dan dilindungi te...