SETELAH subuh, Syiraz keluar naik taxi untuk mengambil keretanya yang ditinggal di pantai. Dia juga tak mahu bertembung dengan Syariz.
Setelah mendapatkan keretanya, dia ke rumah Harraz. Bukan untuk berbincang dengan Harraz namun dengan Tengku Hazriq.
Dan di sinilah dia, di ruang tamu dengan Tengku Hazriq. Keputusannya bulat, ini adalah yang terbaik. Dia muak, dia penat dan dia benar-benar menyerah.
Dia mahu mencari kebahagiaan ditempat lain. Dia tak mampu lagi hadap keadaan ini. Dia dah terlalu sakit hingga dah tak mampu hadapi semua ini.
"Raz dah fikir masak -masak?" soal Tengku Hazriq. Syiraz mengangguk.
"Dah. Raz betul-betul dah tak tahan." Tengku Hazriq lama memandang wajah Syiraz. Dia nampak kekecewaan dimata lelaki itu.
"Kenapa? Kan daddy dah cakap minggu depan?"
"Raz dah tak boleh. Semalam Raz sakitkan Riz. Raz cakap macam-macam pada dia. Raz takut nanti kalau lebih lama, Raz betul-betul akan hancurkan mental dia, dad..." Tengku Hazriq mengeluh panjang. Dia mengusap kepala Syiraz.
"Kawal, Raz... Jangan biar diri di luar kendali."
"Selamani Raz dah berusaha untuk jadi orang yang tenang dan diam bila ada masalah. Raz selalu diam tentang banyaknya masalah yang datang. Raz berusaha untuk tak bebankan orang lain dengan semua masalah Raz. Luka, duka masalah semuanya Raz terima seorang diri. Raz tak pernah bersuara sebab Raz fikir tak ada gunanya."
"Tapi Raz salah... Selama Raz diam pun, Raz tak jumpa ketenangan malah Raz makin tertekan dengan banyaknya masalah..."
"Semua yang Raz lalui buatkan Raz sedar... Raz cuma manusia biasa yang nak menjerit lepaskan beban, Raz sedar yang Raz perlukan pelukan dan Raz perlu tempat untuk bergantung dan meluah semua benda..."
"Tapi Raz lambat sedar semua tu. Raz hilang diri Raz... Raz mula penat dan Raz mula sakit. Raz dah tak sanggup. Raz tak nak adik kembar yang Raz sayang tambah sakit sebab Raz..." ujarnya panjang lebar. Dia menyeka perlahan air matanya.
"Raz sendiri cakap yang Raz tak nak menangis. Raz dah tak boleh nak nangis tapi akhirnya Raz kalah dengan air mata. Semuanya jadi semakin sakit dan menyeksa... Raz buat Riz macam pengemis"
Tengku Hazriq membawa Syiraz ke dalam pelukannya. Dia menenangkan lelaki itu. Dia cukup faham apa yang disampaikan oleh Syiraz.
"Daddy faham, Raz... Kamu siap-siaplah. Esok daddy sendiri yang akan hantar kamu pergi airport," ujar Tengku Hazriq. Syiraz mengangguk. Pelukan dileraikan. Tengku Hazriq menyeka air mata Syiraz dengan lembut.
"Dah... Tak nak nangis lagi. Tak hensem." Syiraz ketawa kecil. Dia menyeka air matanya dengan lengan baju.
"Haa! Macam tu lah baru Syiraz yang daddy kenal. Hensem." Syiraz tersenyum.
"Thank you, daddy..."
HARRAZ berdecit. Alih -alih dia juga yang kena teman Syiraz pergi beli barang. Entah untuk apa pun dia tak tahu.
"Kau beli bagasi nak buat apa?" soal Harraz hairan. Syiraz hanya ukir senyum nipis.
"Aku tanya kau senyum pula. Gila gamaknya ni." Syiraz ketawa kecil.
"Malam ni ke, esok ke, kau tahulah. Sorry, tau atas keputusan aku lepasni..." Harraz mengerutkan dahi. Hah?
"Maksud kau?" Syiraz tak menjawab dan hanya tersenyum sebelum dia berlalu ke kaunter pembayaran.
"Oi!" Dia mengejar Syiraz. Suka hati je main tinggal. Sabar jelah dia. Keluar saja dari kedai itu, mereka terus ke tempat makan. Lapar betul. Sarapan tadi pun makan roti je.
"Harraz... Nantikan, kalau aku pergi jauh dari sini, tolong tengokkan Riz."
"Haa, kau bercakap macam nak mati ni kenapa?" soal Harraz. Syiraz ketawa.
"Tengah hari lagi ni, Har... Janganlah marah -marah. Nanti umur tak sampai 40-an lagi dah berkedut." Harraz berdecit.
"Kenapa kau cakap macam tu?" soal Harraz. Syiraz tersengih.
"Tunggulah esok. Kalau tak sabar sangat tanya daddy kau. Kalau dia jawab rezeki kau lah."
"Pandai kau main rahsia-rahsia pula dengan daddy, ya? Dah teringin nak jadi mak tiri aku ke?" gurau Harraz.
Pak!
Haa! Kan mendapat. Kurang asam garam betul budak Harraz ni. Lelaki itu tersengih saja melihat tatapan tak puas hati Syiraz.
"Jangan sampai aku betul -betul carikan kau mak tiri baru. Masa tu barulah kau tahu langit tu tinggi ke rendah." Harraz mencebik.
"Gurau je..."
"Hotak kau gurau. Kalau pun aku gay, tak hingin aku nak jadi mak tiri kau." Harraz ketawa kuat.
"Haramlah!" ujar Harraz dengan sisa tawanya.
"Tahu pun! Yang kau bodoh sangat tu kenapa? Nak kena hempuk ke macam mana? Dah lama tak makan penampar aku?" Harraz tersengih. Garang betul. Kita gurau pun kena marah.
"Janganlah garang sangat, Abang Raz... Kita gurau je..." Syiraz menjeling.
"Gila!"
- Continue -

YOU ARE READING
[C] IZINKANKU PERGI
Random[C O M P L E T E] ‼️ Contains sensitive issues ‼️ Syiraz Andra dan Syariz Indra ialah kembar seiras. Tingkah laku mereka berbeza, begitu juga layanan yang didapatkan. Sangat jauh berbeza. Syiraz diabaikan manakala Syariz disayang dan dilindungi te...