PANTAI menjadi tempat tujuan. Syiraz duduk di bebatuan dan menikmati angin dan suara ombak. Air mata perlahan mengalir turun tanpa izin.
"Sikit je lagi... Kau kena tahan," ujarnya perlahan.
Air mata diseka. Dia mengeluarkan telefonnya dan membuat panggilan pada Harraz. Dia perlukan teman.
"Hello?"
"Har, kau busy?" soalnya.
"Tak. Ni baru lepas operation. Kenapa?"
"Teman aku."
"Teman? Kau dekat mana? Aku on the way."
"Tak... Teman aku macam ni je." Harraz di seberang mengerutkan dahinya.
"Kau okay tak?" Soal Harraz. Syiraz tak menjawab. Harraz mendengar bunyi ombak. Dia tahu Syiraz di mana.
"Aku on the way, Raz. Aku pun tak ada kerja. Kau tunggu aku ya?"
"Emm... Tapi jangan end call."
"Sure." Syiraz tersenyum dan menatap luasnya laut yang terbentang.
Andaikan saja dia dulu terjun saja di sini, tentu dia sekarang tak perlu hadap semua ini kan? Dia tak perlu rasai sakit hingga buatkan separuh jiwanya seakan mati.
"Har... Anak perlukan mak bapak kan?" soalnya.
"Tak semua, Raz. Tak semua anak perlukan mak bapak. Ada yang lebih bahagia tanpa mak bapak."
"Aku perlukan mak bapak, Har... Tapi mak bapak aku sendiri pun buang aku. Apa makna hidup aku?" soalnya. Harraz melajukan kereta. Jujur, dia takut jika Syiraz melakukan sesuatu di luar dugaan.
"Allah tak ciptakan sesuatu yang sia-sia, Raz. Tentu ada sebab kenapa kau yang perlu lalui semua ni."
"Tapi aku dah penat, Har. Aku dah muak dengan semuanya." Harraz terdiam. Mereka berdua diam agak lama sebelum Harraz membuka bicara.
"Kau... Dah menyerah?"
"Raz? Kau dah menyerah kalah?" soalnya lagi. Syiraz tak menjawab malah dia tersenyum hambar.
"Aku kalah... Sakit itu nyata dan aku menyerah. Maaf..." ujarnya perlahan. Harraz tentu saja terdiam bisu.
Byur!
SYARIZ memandang Rayyan yang menemaninya makan di luar. Rayyan sengaja bawa dia keluar.
"Kau okay kan? Muka kau makin pucat je aku tengok." Syariz tersenyum.
"Aku okay. Biasalah... Effect dia mula terasa." Rayyan mengangguk faham.
"Dah habis kan?" Syariz mengangguk.
"Jom, teman aku pergi kedai gunting rambut," ajak Rayyan.
"Nak potong rambut ke?" Rayyan ketawa.
"Ada ke orang pergi kedai gunting nak beli boxer?" Syariz ketawa. Dia mengangguk dan mereka terus pergi buat pembayaran.
Rayyan dan Syariz terus menuju ke kedai gunting rambut berdekatan situ. Syariz menunggu di tempat menunggu sedangkan Rayyan terus dipanggil. Kedai itu memang agak sunyi.
"Nak potong apa ni?" soalnya. Rayyan memandang Syariz yang menunggu melalui cermin.
"Botak je terus." Syariz yang mendengar itu terus bangun mendekati Rayyan.
"Jangan main-main lah gila!" Rayyan tersenyum.
"Duduk balik sana, Riz. Ini rambut aku, keputusan aku."
"Ray!"
"Dengar cakap aku, Riz. Duduk sana." Syariz berdecit. Dia kembali duduk.
"Botak je."
"Awak yakin?" soal pekerja di situ. Rayyan mengangguk.
"Bodoh!" maki Syariz di belakang buatkan Rayyan terkekeh.
"Kenapa pilih botak?" soal pekerja itu sambil mula hidupkan mesin.
"Sebab saya tak nak kawan saya sendirian." Pekerja itu mengangguk faham. Syariz dan menangis. Sebenarnya, Rayyan tak perlu pun buat macam ni.
Dia teresak perlahan memeluk kedua belah lututnya. Rayyan yang melihat dari cermin turut mengalirkan air mata. Dia tak tahu betapa sakitnya Syariz jalani semua ini. Tapi dia tak suka bila Syariz dipandang simpati oleh orang lain hanya kerana lelaki itu tiada rambut dan kelihatan tak bermaya.
Sudah cukup Syariz merasai sakit sendirian. Biarlah dia buat ini agar Syariz tak rasa sendirian. Rayyan bukan hanya ingin berkawan dengan Syariz disaat senang. Dia juga ingin berkawan dengan Syariz disaat sukar begini.
Dia tak mahu Syariz pergi darinya. Dia mahu Syariz selalu ada dengannya dan dia akan pastikan Syariz tak merasa sendirian. Dia mahu Syariz tahu yang dia akan sentiasa di sisi lelaki itu. Apa jua keadaannya.
"Dah siap."
"Berapa?"
"Tak perlu..." Rayyan mengerutkan dahinya. Dia menyeka air matanya itu.
"Kenapa pula? Awak tak kena marah dengan bos ke?" Pekerja itu tersenyum.
"Takpe. Tak perlu." Rayyan tersenyum san mengangguk.
"Terima kasih." Pekerja itu mengangguk. Rayyan mendekati Syariz yang masih menangis di situ.
"Riz... Pandang aku." Syariz perlahan-lahan pandang Rayyan. Tangisannya mengeras kerana melihat Rayyan sudah tak berambut. Dia memeluk erat tubuh Rayyan.
"Bo-bodoh! Ray... ka-kau bo-doh!" Rayyan ketawa.
"Ingat, kau tak pernah sendirian dan kau perlu sembuh. Untuk diri kau, untuk keluarga kau dan untuk aku. Jangan menyerah, jangan mengalah. Ingat tu," pesan Rayyan. Syiraz tak menjawab. Pelukan dieratkan lagi. Rayyan ketawa. Tak pasal-pasal buat drama depan orang. Ish! Dia lupa yang Syariz cengeng.
- Continue -

YOU ARE READING
[C] IZINKANKU PERGI
Random[C O M P L E T E] ‼️ Contains sensitive issues ‼️ Syiraz Andra dan Syariz Indra ialah kembar seiras. Tingkah laku mereka berbeza, begitu juga layanan yang didapatkan. Sangat jauh berbeza. Syiraz diabaikan manakala Syariz disayang dan dilindungi te...