CHAPTER 43 🦖

2K 129 3
                                        

SYIRAZ angkut barang-barangnya dan terus naik. Dia tahu harini yang Puan Nadra ada shoot sampai tengah malam. Tuan Rizal pula tentulah di pejabat. Jadi dia tak perlu hadap makian dan hinaan.

Dia masuk ke biliknya dan mengeluarkan barang-barang. Baju-baju yang baru dibelinya terus dikeluarkan. Tag dicabut dan dimasukkan ke dalam bakul. Setelahnya dia membuka bagasi yang baru dibeli tadi. Sanitizer disembur. Baju-bajunya dalam almari dibawa keluar dan diletakkan atas katil.

Laju dia bangun bawa bakul bajunya tadi ke laundry room. Dia perlu basuh dan keringkan baju itu.

Waktu mahu kembali ke bilik, dia tengok meja makan kosong. Dia menoleh ke arah tangga sekejap sebelum mengeluh panjang.

"Tinggal anak kebulur macam tu je?" soalnya perlahan dan terus ambil nasi dalam periuk. Boleh lah buat nasi goreng untuk Syariz.

Sedang dia sibuk di dapur, Syariz yang baru keluar bilik ternampak banyaknya pakaian atas katil Syiraz. Dia perlahan masuk ke dalam.

"Kau... Dah benci sangat ke dengan aku, Raz?" soalnya amat perlahan. Air matanya jatuh begitu saja.

"A-aku cuma nak kau teman aku sampai akhir, Raz... Tak lama pun... Sekejap je... Tapi nyatanya, sikap aku terkesan ego. Aku selfish kan? Aku fikirkan diri aku je tapi tak fikir kau yang terseksa dalam rumah ni... aku minta maaf, Raz..." lirihnya dan terus keluar. Dia takut Syiraz marahkan dirinya lagi dan semakin membencinya.

Air matanya diseka dan dia terus turun ke bawah. Matanya dan mata Syiraz bertembung. Dia terus larikan pandangan dan mahu kembali ke atas. Dia tak mahu Syiraz bencikan dia lebih lagi.

"Turun," arah Syiraz sepatah. Dia akur dan terus saja menunduk mendekati Syiraz.

"Duduk makan." Nasi goreng diletakkan atas meja. Syariz memandang Syiraz yang menunjukkan ekspresi datar.

"Thanks..." ucap Syariz. Syiraz tak membalas dan terus berlalu naik. Syariz duduk di meja dan menarik pinggan itu.

"Riz, kau tipu aku lagi memang aku buang semua koleksi bas tayo kau tu." Syariz membulatkan matanya.

"Mana boleh! Yelah! Aku makan dengan kau!" Dia pasrah.

"Buka mulut cepat. Biar abang kau ni suapkan." Syariz berdecit.

"Tak payah abang-abang. Kau keluar awal sepuluh minit je." Syiraz ketawa dan menyuap Syariz makan.

Sekilas kenangan itu terlintas dikepalanya. Dia kembali mengalirkan air mata dan menyuap nasi ke dalam mulutnya. Sangat menyeksa buatnya.

Kenapa hubungan dia dan Syiraz boleh jadi begini? Dia cuma mahu habiskan sisa umurnya bersama. Namun nyatanya, dia hanya membuat Syiraz semakin terluka.

Syariz teresak perlahan. Adakah ini kali terakhir dia makan masakan Syiraz? Adakah ini pengakhiran hubungan mereka adik beradik? Jujur saja dia tak rela.

"Aku minta maaf, Raz..." Dia dah tak sanggup nak makan. Dia akhirnya menjatuhkan wajahnya dipelipat tangan atas meja. Dia menangis sejadi-jadinya di situ.

SYIRAZ melipat pakaiannya satu persatu dan dimasukkan dalam bagasi. Apa yang ia perlukan semua dimasukkan. Syiraz terdiam melihat satu baju tshirt lengan panjang. Ini baju couple yang dia dan Syariz beli.

Syiraz menggeleng kepalanya dan tshirt itu dicampak ke tepi, tepat depan pintu. Dia tak boleh goyah. Maka itu, hanya ini yang dia mampu lakukan.

"Untuk terakhir kalinya, aku nekad... Aku minta maaf..." gumamnya dan terus memasukkan hoodie kemudian sekeping gambar dia dan Syariz. Itu agar dia tak lupa jati dirinya di sana nanti. Juga sebagai penemannya.

Syariz dengan mata sembab naik ke atas. Dia mengintai bilik Syiraz. Kelihatan lelaki itu sedang berkemas. Matanya seketika tertuju ke arah baju yang berada tepat di depan pintu.

Dia menunduk lesu. Benarlah, Syiraz sudah bencikan dia. Ini jawapannya kan? Dia terus berlalu ke biliknya. Sakit rasanya melihat baju yang banyak kenangan itu akhirnya dicampak ke lantai.

Syariz merasakan dadanya mula sesak. Laju saja dia mengambil ubatnya dan telan. Dia duduk di birai katil dan terus memikirkan Syiraz.








- Continue -

[C] IZINKANKU PERGI Where stories live. Discover now