SYIRAZ menelefon Syariz beberapa kali namun tak diangkat. Dia menyeka air matanya. Lagi-lagi kerananya Syariz begini. Cukuplah dia saja yang tanpa sengaja lukakan hati Tuan Rizal dan Puan Nadra.
Sekali lagi nombor Syariz dia dail. Kali ini talian berjaya disambungkan.
"Riz... Kau dekat mana?" soal Syiraz lembut.
"A-aku ad-"
"Kau cakap nak masak untuk aku. Kenapa hilang?" Syariz diseberang sana ketawa kecil. Namun, dari suara Syariz dia tahu lelaki itu menangis.
"Baliklah. Aku lapar ni."
"Kau dah lapar sangat ke?"
"Haah. Perut aku dah sakit pun. Bila nak balik?" soalnya.
"Ni aku dekat 7Eleven. Beli coklat. Kau nak kirim tak?" Syiraz ukir senyum hambar. Lelaki itu berusaha sembunyikan apa yang terjadi di meja makan tadi.
"Roti je lah. Kau balik cepat tau? Aku lapar."
"Iya... Nanti Syariz balik ya abangku sayang!" Syiraz ketawa dan menyeka air matanya.
"Drive safe. Jangan sampai accident. Sikit pun jangan luka," pesan Syiraz.
"Ya. Aku tutup ya? Dah nak bayar ni."
"Yelah. Bye."
"Bye." Talian dimatikan. Syiraz campak telefonnya atas katil dan segera lap darah-darah yang masih mengalir keluar dari bahu serta perutnya.
Pecahan kaca yang digunakannya tadi diambil dan disimpan ke dalam laci kemudian dikunci. Laju kaki melangkah ke walk in closet dan mencapai tshirt hitam berlengan panjang sebelum disarungkan ke tubuhnya.
Wajahnya diperhatikan dalam cermin. Matanya tak begitu menunjukkan yang dia menangis. Dia menyeka sisa air matanya dengan benar hingga tak meninggalkan kesan yang begitu ketara dan kemudian memerhati biliknya.
Setelah dirasa tak ada apa-apa lagi yang perlu dibersihkan, dia terus keluar dari bilik. Dia mahu menunggu Syariz di bawah.
Saat menuruni tangga, matanya melilau mencari keberadaan mama dan papanya. Dia duduk di sofa dan memainkan telefonnya.
Setelah beberapa minit, barulah Syariz tiba di rumah dengan plastik ditangannya. Syariz tersenyum melihat Syiraz yang tersenyum padanya.
"Kenapa mata merah ni?" soal Syariz.
"Aku mengantuk. Tapi aku nak makan nasi goreng kau." Syariz tersenyum mengejek mendengar itu.
"Sampai tahan mata? Alah, sian dia... Jom, teman aku masak!" ajak Syariz. Syiraz akur dan menemani Syariz ke dapur untuk memasak.
Sementara Syariz menyiapkan barang-barang, Syiraz duduk dan memerhati. Bukan tak nampak mata Syariz yang agak sembab itu.
"Riz... Aku cakap sikit boleh?" soal Syiraz.
"Hm? Cakap jelah. Selama ni pun kau cakap je." Syiraz ketawa kecil. Dia memandang belakang tubuh Syariz yang sedang memotong itu.
"Boleh tak lepasni, kau diam je bila mama papa bercakap pasal aku atau buat apa-apa pada aku?" Syariz terus menoleh memandang Syiraz.
"Maksud kau?" soal Syariz mendatar. Dia memandang Syiraz tak puas hati.
"Aku tak nak kau biadap. Aku tak nak kau bela aku sampai macam tu. Aku tak layak. Lagipun-"
"Lagipun apa? Diorang ibu bapa dan kita tak layak melawan? Sikit pun tak boleh?" potong Syariz.
"Bukan macam tu, Riz. Tapi kal-"
"Kalau aku lawan, aku derhaka? Macam tu? Habistu, kau nak biarkan aku tengok kau terseksa dalam rumah ni macam orang bodoh ke? Raz, aku bukan nak kurang hajar, tapi apa yang diorang buat tu melampau! Dah berapa kali kau kritikal? Dah berapa kali kau hampir mati?" potongnya lagi.
Syariz memandang tajam ke arah Syiraz. Dia meletakkan pisau atas papan pemotong dan pusing menghadap Syiraz.
"Aku tahu dosa. Tapi aku manusia, Raz. Aku manusia yang ada hati, ada perasaan, aku tak boleh tengok kau diperlakukan macam tu dan diam je. Aku tak boleh. Aku kurang hajar, aku biadap, aku derhaka, aku tahu tu."
"Tapi pernah tak, sekali je... Sekali dalam seumur hidup kau, diorang ucap kata maaf, kata sayang, pernah? Tak, Raz. Tak. Kau tahu kan, kes deraan boleh bawa naik mahkamah? Tapi kau tak nak buat, Raz. Aku, Ray, Harraz, semua nak bantu kau bawa kes ni ke mahkamah. Tapi kau tolak!"
"Kau tak nak diorang terseksa, tapi diorang rela dan sanggup tengok kau terseksa sampai hampir mati tanpa ada sikit pun penyesalan. Raz, deraan tu jenayah. Tak peduli dia ibu bapa atau bukan, deraan adalah jenayah! Kau tak nak bawa ke mahkamah, kau tak melawan, tapi ada ke diorang berterima kasih? Cuba ubah perangai diorang? Ada?" soal Syariz.
Dia terlalu emosi tentang hal ini. Kerana Syiraz bersikap seperti orang-orang di luaran sana yang dilimpahi kasih sayang sampai tutup mata dengan kes orang lain.
Dia benci Syiraz bersikap seperti mereka yang tak kurang apa-apa dan terus berkata 'apa pun jadi, mereka mak bapak kita. Tak ada hak untuk kita melawan apa pun keadaannya.'
Dia benci bila Syiraz terus-terusan berkata, 'jangan biadap, jangan kurang hajar, jangan gunakan perkataan yang boleh menyakitkan mereka.' Dia tak faham.
Sedangkan yang alami itu Syiraz. Dia yang melihat selama ini sudah tak sanggup, bagaimana Syiraz boleh berfikiran begini? Kenapa? Untuk bawa kes deraan dulu tu ke mahkamah pun Syiraz tak mahu.
Kerana apa? Kerana dia berfikir yang semua itu jadi kerana salahnya. 'Kita tak boleh biadap apa pun keadaannya. Mungkin aku salah tapi aku tak sedar.'
Syariz tak tahu mana letaknya salah Syiraz. Sebab dapat penyakit sejak lahir? Itu bukan keinginan Syiraz pun. Bahkan penyakit itu sudah disembuhkan sejak mereka berusia 17 tahun. Syiraz dah bebas dari sakit tu.
Tapi sampai sekarang, diusia mereka yang ke-25 ni, masih saja Syiraz jadi mangsa. Bila Syiraz nak duduk jauh dari rumah, dia dihalang dan terus saja jadi mangsa dera di sini.
"Aku yang sakit, Raz. Aku yang sakit tengok kau macam ni. Tak salah pun kau nak bela diri. Kenapa kau kena pasrah? Kenapa kau kena rela? Kenapa? Aku rasa gagal. Aku rasa gagal sangat..."
"Sebab apa yang aku dan kau lalui sangat berbanding terbalik. Aku tahu kau dah penat. Tapi kenapa perlu bertahan dalam rumah ni lagi? Kenapa kena bela orang yang buat kau sakit? Kenapa?!"
Syariz teresak. Dia terduduk menangisi semuanya. Sakit. Baginya, Syiraz bodoh kerana tak pertahankan diri atau melawan untuk kebebasannya.
Tapi, bagi Syiraz lain pula. Lelaki itu fikir, dia akan berdosa besar jika biarkan mama papanya ke penjara. Dia fikir, dia akan menyakiti mama papanya jika dia melawan. Dia tak bodoh tapi dia takut.
Dia tidak mahir agama. Yang dia tahu, jika ibu bapanya terluka, sakit, menangis atau sedih kerananya, dia akan ke nereka. Itu yang buatkan dia bertahan dan terus-terusan membela.
Kerana dia tak mahu asbab dirinya, orang lain ikut terjerumus dengannya ke neraka. Dia takut jika dia melawan, dia tak dapat cium bau syurga dan dia tak mahu adiknya melakukan hal yang ia takutkan seperti ini.
Itulah salah satu alasan kenapa dia terus menegur dan membela. Dia tak mahu kerana dirinya, Syariz jadi kurang hajar, biadap atau bahkan derhaka hingga adiknya tak dapat ke syurga. Takut itu nyata. Katakan saja dia bodoh. Tapi itulah hakikatnya. Dia takut.
- Continue -

ESTÁS LEYENDO
[C] IZINKANKU PERGI
De Todo[C O M P L E T E] ‼️ Contains sensitive issues ‼️ Syiraz Andra dan Syariz Indra ialah kembar seiras. Tingkah laku mereka berbeza, begitu juga layanan yang didapatkan. Sangat jauh berbeza. Syiraz diabaikan manakala Syariz disayang dan dilindungi te...