CHAPTER 33 🦖

1.7K 118 0
                                        

KEESOKKAN harinya, kerana nota yang ditinggalkan Veeron, Syiraz tentu saja ke rumah mama papanya. Harraz mahu menemani tapi dia tak mahu. Jadilah dia sorang diri.

Dia hanya duduk diam di ruang tamu itu. Tak peduli tatapan mamanya. Dia sibuk mengusap lembut kepala Syariz yang sedang memeluknya dan tertidur.

"Kenapa panggil?" soalnya.

"Aku nak kau duduk rumah ni semula," ujarnya. Syiraz mengerutkan dahinya. Duduk sini semula?

"Kenapa? Saya tak rasa Puan Nadra sebaik tu untuk benarkan beban ni tinggal di sini lagi," katanya mendatar. Puan Nadra berdecit.

"Aku dah suruh tu kau buat jelah. Tak payah nak banyak bunyi." Syiraz mengeluh panjang. Dia malas mahu bergaduh lagi. Dia tahu, apa pun dia cakap, semua tak berguna. Dia juga ingat yang dia hanya beban di sini. Cukup dia ikut arahan kan?

"Nanti saya akan ambil barang dekat rumah Harraz." Puan Nadra acuh dan terus berlalu. Syiraz ketawa hambar.

"Rumah atau penjara?" soalnya perlahan. Dia menunduk memandang Syariz yang masih lena. Dia mencium dahi Syariz sebelum meletakkan kepala Syariz di atas bantal.

"Be a good boy, Riz. Aku pergi ambil barang kejap," pesannya perlahan dan terus berlalu pergi meninggalkan Syariz yang masih lena.

HARRAZ mencebik. Dia tak melepaskan pelukan di kaki Syiraz. Tengku Hazriq ketawa saja.

"Tak payahlah..." rengeknya dengan kaki yang ikut bergerak. Harraz duduk atas lantai sambil memeluk kaki Syiraz sebab tak nak Syiraz pergi.

"Har... aku kena ikut cakap mama."

"Tak boleh! Aku tak izin! Duduk jelah dengan aku!" Syiraz ketawa begitu juga Tengku Hazriq.

Syiraz berhati-hati duduk bercangkung di depan Harraz. Dia mengusap kepala Harraz dengan lembut sebelum bersuara.

"Nanti aku selalu main dekat sini, okay? Aku tidur sini lagi. Jangan macam ni, Har... Nanti mama marah." Harraz memandang Syiraz dengan sedih.

"Janganlah pergi..." Suaranya mula bergetar. Syiraz sedar itu dan bawa Harraz kepelukannya.

Harraz menangis dibahunya. Dia mengusap perlahan belakang tubuh Harraz. Tengku Hazriq malah ketawa. Dia faham perasaan Harraz. Tapi dia tak boleh halang. Syiraz sudah buat keputusan.

"Arraz budak baik... Tak boleh nangis. Nanti Raz datang lagi, ya?" pujuk Syiraz. Harraz menggeleng dengan esakan kecil.

"Ja-jangan..."

"Tak boleh lah macam tu. Riz nak duduk dengan siapa nanti? Arraz jangan nangis, okay?" Harraz memeluk erat tubuh Syiraz.

"Jangan lama-lama..." ujar Harraz perlahan. Syiraz ketawa kecil dan mengangguk. Pelukan dileraikan, Syiraz menyeka air mata Harraz dan pipi lelaki itu ditepuk beberapa kali sebelum dia bangun.

"Raz pergi dulu." Dia menyalam tangan Tengku Hazriq.

"Terima kasih bagi Raz tumpang rumah daddy," ujarnya. Tengku Hazriq menggeleng.

"Ini pun rumah kamu. Kalau perlu apa-apa, bagitahu je. Datang je pada kami. Ingat, kami selalu ada untuk Raz." Syiraz tersenyum dan mengangguk.

"Aku pergi dulu, Har... Jangan nangis-nangis. Bukan kita nak berpisah sampai tak jumpa terus pun kan?" Harraz mengangguk sambil menyeka air matanya sendiri.

"Bye, Har."

"Bye..." Harraz hanya memerhati Syiraz mula pergi. Dia teresak perlahan. Dia berbalik ke arah Tengku Hazriq dan berlari masuk dalam pelukan Tengku Hazriq.

"Daddy... Raz pergi..." adunya. Tengku Hazriq ketawa kecil. Dia mengusap belakang tubuh Harraz agar lelaki itu tenang.

"Jangan nangis... Kamu pun tahu kan yang Raz tu degil. Jadi biarlah. Doa je yang baik-baik." Harraz mengangguk dan melepaskan pelukan.

"Daddy..." panggilnya meleret.

"Ya?"

"Minyak wangi yang daddy pakai ni busuk," komennya. Tercengang Tengku Hazriq dibuatnya.

"Bertuah punya anak." Harraz tersengih saja. Dia tak tipu. Bau minyak wangi tu kuat sangat. Sakit hidung dia.










- Continue -

[C] IZINKANKU PERGI Where stories live. Discover now