SELESAI Syariz menunaikan solatnya, lelaki itu minta Syiraz ajarkan dia sujud sahwi. Namun belum sempat Syiraz menjelaskan, lelaki itu sudah dipanggil turun.
Disaat yang bersamaan, Syiraz keluar untuk bertemu Tengku Hazriq. Dia sudah janji untuk bertemu awal pagi di hospital milik Tengku Hazriq. Di sinilah Syiraz sekarang. Terbaring dengan jarum drip yang menembus kulitnya.
"Ada keluhan apa-apa? Sakit kepala ke apa?" soal Tengku Hazriq. Syiraz mengangguk. Dia terus duduk dan memandang Tengku Hazriq yang sedang mencatat itu.
"Bagitahu daddy. Apa yang Raz rasa pelik dengan badan Raz."
"Raz rasa macam selalu sakit kepala." Tengku Hazriq fokus pada Syiraz.
"Raz tahu kan yang Raz tak macam orang lain?" soal Tengku Hazriq. Syiraz mengangguk. Tentulah dia tahu.
"Kawal ya?" Syiraz menunduk.
"Daddy tahu susah. Daddy tahu Raz dah usaha yang terbaik. Jangan menyerah dulu." Syiraz tersenyum hambar kemudian memandang Tengku Hazriq.
"Raz cuma takut," ujarnya perlahan.
"Everything gonna be okay. I'm here for you if you need. Jangan fikir yang Raz sendirian, itu yang buatkan Raz takut."
"Raz kena buat apa lagi? Raz penat. Sangat penat... Tiap kali Raz cuba kawal, tenaga Raz macam dah terkuras habis." Kepalanya diusap lembut oleh Tengku Hazriq.
"Sebab tu, Raz kena ada tempat bercerita. Tempat untuk luahkan semua perasaan Raz. Daddy tahu, Raz tak nak buka aib orang. Tapi kalau Raz terus-terusan pendam, Raz boleh hilang kawalan."
"Raz... Raz tak tahu."
"Macam ni lah, kalau Raz tak nak luahkan pada Harraz atau daddy, Raz luahkan lah pada Riz." Syiraz menggeleng. Mustahil dia beritahu pada Syariz.
Syariz tu cepat emosi. Senang je marah dan sedih. Dia tak mahu hal seperti di meja makan waktu itu terulang.
"Kalau macam tu, Raz cubalah luahkan pada benda mati. At least terluah keluar dari mulut Raz. Kalau rasa malu, Raz carilah tempat sunyi yang jauh dari orang dan menjerit lepaskan semua yang terpendam."
"Sesekali, biarkan fikiran Raz tenang tanpa masalah. Itu akan bagus untuk Raz. Cuba ya?" Sambungnya. Syiraz menghela nafas berat.
Dia mengangguk walau tidak yakin. Tengku Hazriq ketawa kecil melihat Syiraz. Kepala lelaki itu lagi-lagi diusap. Dia sudah pun anggap Syiraz seperti anaknya sendiri.
Jadi tak pelik pun jika dia bersungguh-sungguh mahu menolong Syiraz dan buatkan lelaki itu rasa tenang. Setidaknya, di sini Syiraz mempunyai orang yang sayangkan dia seperti keluarga.
"Hujung minggu Raz free tak?" soal Tengku Hazriq.
"Rasanya tak buat apa pun selain kerja rumah. Kenapa?" Tengku Hazriq tersenyum. Bagus.
"Hujung minggu ni ikut daddy dengan Harraz nak? Kita jalan-jalan refreshing." Syiraz mengangguk laju. Takkan dia nak tolak.
"Nak pergi mana?"
"Kita naik gunung. Duduk villa seharian. Dekat sana, kamu boleh menjerit puas-puas, main kolam dan sebagainya." Syiraz tersenyum dan mengangguk.
"Tapi... Tak apa ke Raz ikut?"
"Kenapa tak boleh? Raz kan anak daddy juga. Adik Harraz." Syiraz ketawa.
"Harraz yang adik." Syiraz membetulkan.
"Iya? Harraz cakap dia lagi tua."
"Taklah. Syiraz yang lagi tua. Raz tua tujuh bulan dari dia." Tengku Hazriq mengangguk faham.
"Haa, kamu abang Harraz. Lagilah kena pergi. Tak salah pun. Lagipun, Harraz dengan daddy je pergi tak best. Nak buat apa kan? Harraz tu bukannya aktif sangat. Ada Raz nanti bolehlah heret dia." Syiraz ketawa.
Harraz tu pemalas. Malas tak tertolong dah. Kalau tak ada kerja dekat hospital ni atau aktiviti luar seperti jalan-jalan tu, Harraz akan melekat saja atas katil.
Suruhlah buat apa pun, takkan dibuat. Alasan saja yang diberi seperti tak larat, malas dan sebagainya.
"Raz tak janji tau. Tapi Raz akan usahakan." Tengku Hazriq mengangguk.
"Okay. Ouh ya, nanti Harraz rehat kita pergi makan sama-sama. Daddy belanja." Syiraz tersengih suka.
"Tapi, no sweet food."
"Alah..." Tengku Hazriq ketawa.
"Kurangkan makan manis, Syiraz. Makan manis tak baik sangat kalau diambil secara berlebihan."
"Mesti Harraz yang bagitahu kan? Tak boleh jaga rahsia betul!" Tengku Hazriq ketawa.
"Sekarang ni, Raz baring. Rehat sementara tunggu air habis." Syiraz mengangguk akur. Dia kembali berbaring dan menarik selimut.
Dek kerana bosan, dia melihat sekeliling dan tanpa sedar tertidur.
Klak!
"Dad- comelnya!" Tengku Hazriq menoleh ke arah Harraz. Dia terus melihat arah pandangan Harraz sebelum ketawa kecil. Benar. Sangat comel.
Syiraz tertidur dengan mulut yang sedikit terbuka dan satu tangan di atas perut. Tangan satu lagi memegang bantal berbentuk upin ipin. Rambut menutupi separuh wajahnya.
"Geramnya! Nak cubit!" Baru tangan mahu mencubit pipi Syiraz, tangannya sudah ditepis kasar oleh Tengku Hazriq.
"Harraz! Jangan kacau dia!" Harraz hanya tersengih. Tengku Hazriq menggeleng. Budak ni lah.
- Continue -

YOU ARE READING
[C] IZINKANKU PERGI
Random[C O M P L E T E] ‼️ Contains sensitive issues ‼️ Syiraz Andra dan Syariz Indra ialah kembar seiras. Tingkah laku mereka berbeza, begitu juga layanan yang didapatkan. Sangat jauh berbeza. Syiraz diabaikan manakala Syariz disayang dan dilindungi te...