CHAPTER 14 🦖

2.1K 145 17
                                        

SYIRAZ hanya diam. Setelah selesai diubati, Syariz terus bawa dia pulang. Sekarang, dia duduk di dalam biliknya merenungi sikap Syariz padanya. Kenapa lelaki itu sangat emosi dengannya?

Tadi lepas turunkan dia, Syariz terus melaju pergi. Belum sempat dia nak cakap apa-apa.

"Aku ada salah ke?" soalnya sendirian.

Tok!

Tok!

Tok!

Syiraz diam memerhati pintu. Tak lama ketukan semakin kuat.

"Eh, jahanam! Keluar, bodoh!" Itu suara mamanya. Laju kaki melangkah mahu membuka pintu.

Sebaik sahaja pintu dibuka, dia terus diheret turun. Dia hanya diam.

Buk!

"Ergh..." Dia meringis apabila kepalanya terkena bucu meja.

Membulat matanya melihat tali pinggang ditangan Tuan Rizal. Sontak dia mengundur ke belakang dengan nafas tak beraturan dan tubuh yang menggigil.

"R-Raz salah... Apa?" soalnya dengan nafas tersekat-sekat.

"Salah kau? Banyak. Terutama lahirnya kau atas dunia ni!" tengkingnya seraya tali pinggang itu naik tinggi menyapa kulitnya dengan kuat.

"Arghh!" Dia melindungi kepala dan wajahnya. Nafasnya laju kerana trauma yang dia dapatkan dari kekerasan fizikal.

Bugh!

Buk!

Tubuhnya ditendang dengan kuat dan itu buatkan dia semakin takut. Nafasnya laju dan dia menjerit kuat merayu memohon agar dilepaskan. Namun, semua bagai angin lalu sahaja.

"Sebab kau, aku hilang peluang nak dapat anak perempuan!"

"Sebab kau juga aku terbeban! Kenapa orang macam kau kena lahir dari benih aku?!" Sambil dia menyakiti, saat itu jugalah dia memaki dan menyalahkan semuanya pada Syiraz.

"Sebab kau harini ada dekat hospital! Aku nak kena berjawab dengan media dan mak bapak aku! SEMUA SEBAB KAU, ANAK SETAN!"

Puan Nadra hanya memerhati dengan senyum sinis tanpa ada niat mahu menghentikannya. Dia juga kesal kerana manager dia selalu menelefon kerana ada yang melihat Syiraz dan Syariz di hospital.

Mereka mati-matian sorok penyakit Syiraz dulu dan sekarang dengan mudahnya orang tahu Syiraz ke hospital. Bagaimana jika orang-orang tahu Syiraz tu gila? Mental? Bagaimana? Mereka yang akan menanggung malu nanti.

"R-Raz tak- tak sengaja... ma-af..."

"MAAF?! KAU INGAT MAAF KAU CUKUP?! HAH?! MAAF KAU BOLEH HILANGKAN BERITA KE?! AKU DAH LAMA SABAR DENGAN ORANG CACAT MACAM KAU NI TAHU TAK?!" tengking Tuan Rizal. Dia dikuasai amarah saat orang-orang penting yang akan bekerjasama dengannya tadi menyuruhnya untuk pergi habiskan masa dengan anaknya itu kerana berita beredar tentang Syariz dan Syiraz yang ke hospital dengan berdarah-darah.

Dek kerana amarah yang tak terkawal, seperti kerasukan setan, Tuan Rizal mengambil pasu bunga yang agak besar dan dibaling ke arah Syiraz yang sudah lemah tak berdaya itu.

Prang!

"PAPA!" Serentak dengan berderainya pasu bunga itu dibadan Syiraz, Syariz berlari menangkap tubuh Syiraz yang berlumuran darah dan sudah tak sedarkan diri.

"Raz! Raz! Buka mata kau!" arahnya dengan air mata yang sudah mengalir. Dia menatap tajam mama dan papanya yang memandang dia dan Syiraz yang tak sedarkan diri itu seolah orang tak bersalah.

"KORANG MELAMPAU!"

"Kenapa kejam sangat korang ni?!" soalnya kuat. Tak dapat masuk ke akalnya mengapa begini sekali Syiraz diperlakukan.

"Raz! RAZ, BANGUN!" Dia menggongcang tubuh Syiraz namun tak ada jawapan. Tanpa menunggu lagi, dia segera mengangkat tubuh Syiraz.

"Syariz! Selangkah kamu keluar dari rumah ni bawa dia ke hospital, mama haramkan tiap titis susu badan yang mama beri pada kamu berdua!"

Langkah Syariz terhenti seketika. Bagai tertikam pisau rasanya bila mamanya berkata begitu.

"Sebenci tu korang pada dia kan? Sampai rela kalau dia mati depan mata korang. Kan? Tak apa, ma... Tak apa. Asalkan Riz berjaya selamatkan nyawa Raz, Riz rela..." Dia meneruskan langkahnya dan sebelum dia melangkah keluar, dia sempat bersuara.

"Sometimes, parent don't deserve a child. Sekarang, Riz faham maksud ayat tu." katanya dan terus melangkah keluar. Dia tahu, detik itu juga haram susu badan yang sudah menjadi darah daging mereka.

Hilang arah tuju hidupnya jika sudah itu yang dikatakan Puan Nadra. Untuk sekarang, dia kuatkan dirinya dan membawa Syiraz ke hospital.

"Maaf aku lambat, Raz... Maaf... Kau kena kuat, kau kena tahan, kuatkan diri kau Raz... Aku tak nak hilang kau... Bertahan Raz..." rintih hatinya dan memandu laju keretanya menuju ke hospital menembus hujan.





- Continue -

[C] IZINKANKU PERGI Where stories live. Discover now