CHAPTER 03 🦖

2.5K 153 1
                                        

SYIRAZ mengeluh panjang. Telefonnya hampir kehabisan daya dan dia masih belum dikeluarkan dari bilik itu. Dia juga berasa amat haus.

Ting!

Ting!

Adik

Raz, kau dekat mana?

Aku tengok kereta motor kau ada dekat luar, tapi aku cari kau tak ada. Kau kat mana?

Bilik belakang.

Kenapa?

Kejap, aku datang.

Syiraz menyimpan telefonnya. Dia pun tak tahu apa yang Syariz boleh buat kalau dia datang sini. Janganlah lelaki itu buat pasal.

Tok!

Tok!

"Raz! Kau dekat dalam kan?"

"Ya," jawabnya singkat.

"Jauh sikit dari pintu." Syiraz mengerutkan dahinya.

"Nak buat apa?" soal Syiraz.

"Rempuh."

"Jangan gila lah! Aku tak nak kena hukum lebih berat! Aku penat!" Dia terdengar tawa Syariz.

Klak!

Lah? Syiraz berdecit dan duduk atas katil. Bodoh betul yang sorang ni pun. Ada ke patut buat dia macam tu? Apa salahnya buka je tanpa bergurau?

"Nak apa?" soal Syiraz.

"Niat awal nak ajak pergi taman. Main bola. Tapi kau kena kurung, aku tukar plan." Syiraz mengangguk malas. Syariz memberikan sebotol air ditangannya pada Syiraz.

"Minumlah." Syiraz mengangguk. Dia terus buka dan teguk air itu.

"Thanks."

"Sama-sama! Kau dah kena kurung berapa lama?" soal Syariz.

"Adalah lebih kurang empat jam."

"Lapar tak? Kalau lapar aku pergi ambilkan makanan." Syiraz menggeleng.

"Keluarlah. Nanti papa atau mama nampak, aku juga yang kena. Keluar. Kau tak boleh jejak kaki dalam ni. Kotor." Syariz mencebik. Dia memeluk Syiraz dan letak dagu atas bahu Syiraz.

"Aku cakap pergi, bukan peluk! Bongoknya!"

"Hehe... Raz, nanti dah keluar tidur sama ya?" Syiraz menolak Syariz hingga pelukan terlepas.

"Tengok keadaan. Aku pun tak tahu sampai bila akan duduk dalam bilik ni." Syariz mengangguk faham.

"Kalau macam tu aku naik dulu lah. Apa-apa bagitahu aku ya?"

"Hm." Syariz tersenyum dia bangun meregangkan tubuhnya. Baru dia mahu keluar, Syiraz menghentikan.

"Kenapa?" soalnya.

"Tolong ambilkan sejadah, al-quran dengan kain pelikat dalam bilik aku." Syariz mengangguk dan terus tutup pintu. Dia berlari naik atas untuk ambilkan apa yang diminta.

Syiraz melihat sekeliling. Bilik ini kosong. Hanya ada satu katil dan bilik air. Itu pun bilik air yang baru ada beberapa bulan lalu.

"Lapar..." gumamnya. Tapi dia tak mahu makan dalam bilik ini. Dia tak suka bau yang akan ada dalam bilik ini nanti. Syariz kembali dengan barang-barang yang diminta.

"Aku ada ambilkan biskut dengan air mineral sekali. Aku tahu kau lapar, makanlah tu dulu buat alas perut." Syiraz ukir senyum dan mengangguk akur.

"Sekali lagi, terima kasih."

"Sama-sama! Tu ada charger sekali. Nanti kalau sampai maghrib belum keluar, kita VC ya? Solat sama-sama." Syiraz ketawa kecil dan mengangguk.

"Bye!" Syariz terus keluar dan kembali mengunci bilik itu. Seolah tak ada apa yang terjadi, dia kembali ke biliknya dengan kunci duplicate yang sengaja dia buat untuk curi masa Syiraz bila dihukum.

SYARIZ melipat sejadahnya dan disimpan ke tempat semula. Dia hanya tersenyum melihat Syiraz yang masih berdoa. Namun, dia juga kesian. Syiraz masih terkurung di dalam sana.

Syariz membuka al-quran dan membacanya. Rutin dia dengan Syiraz selepas isyak. Dia yang akan ke bilik Syiraz untuk betulkan bacaan.

Dia dan Syiraz sebenarnya tak ada masalah pun. Mereka baik saja walau Syiraz terkadang agak dingin dan menyakitkan hati. Itupun jarang sebenarnya. Tapi apa pun. Mereka baik saja.

"Ulang balik."

"Hah?" Syariz memandang telefonnya.

"Ulang balik dari awal. Aku tak dengar." Syariz akur dan ulang balik. Dia gembira kerana Syiraz tak bencikan dia bila dia selalu dipedulikan oleh mama dan papa mereka sementara Syiraz tidak.

Setiap bacaan dia yang salah, Syiraz akan betulkan dan terangkan dengan sabar. Walaupun dia sesekali menyoal kenapa macam tu.

"Shodaqallahul adzim..." Al-quran ditutup dan disimpan ke tempatnya.

"Raz..." panggil Syariz meleret.

"Hm. Kenapa?" soalnya.

"Kenapa mama dengan papa jahat?" soal Syariz. Dia lihat Syiraz yang sedang berbaring atas katil.

"Jahat?"

"Hm. Kenapa diorang bezakan kita? Sedangkan kita sama-sama perlukan diorang. Derhaka ke kalau aku cakap aku bencikan papa dengan mama? Sebab diorang selalu buat kau."

"Syariz Indra... Listen to me. Apa pun yang diorang buat, jangan bencikan diorang. Kita tak berhak. Mereka ibu bapa kita," katanya. Syariz mengeluh panjang. Dia mengambil telefonnya dan duduk atas katil.

"Kita tak berhak benci mak bapak sendiri tapi diorang berhak untuk bencikan anak? Macam tu ke?" Syiraz membetulkan duduk dan memandang wajah sendu Syariz dari dalam telefon.

"Diorang tak benci. Cuma aku yang bermasalah. Memang patut aku kena. Dah, tak payah fikir. Kerja kau macam mana? Okay?" Syariz berdecit. Tukar topik lah tu.

"Okay. Semalam Rayyan tolong."

"Baguslah. Buat elok-elok. Jangan buat hal." Syariz ketawa kecil.

"Aku buat betul-betul. Jangan risau."

"Good. Kalau macam tu-" Syariz mengerutkan dahinya. Kenapa tiba-tiba diam? Screen pun gelap. Dia diam perhatikan apa yang terjadi.

"Keluar." Syariz tersenyum mendengar itu. Laju kaki melangkah keluar bilik dan terus turun ke tingkat bawah. Dia melihat papanya berlalu ke ruang tamu dan terus mendapatkan Syiraz. Dia menarik tangan Syiraz naik.

Syiraz ketawa kecil. Dia ikut langkah Syariz. Mesti ada perkara yang mahu Syariz ceritakan padanya kalau dah tergesa-gesa begini.

Untung juga al-quran ditangannya ini tak jatuh. Bertuah punya adik. Macam dah tak ada masa nak heret dia pun. Nasib sayang. Kalau tidak, memang dia buang dalam laut.










- Continue -

[C] IZINKANKU PERGI Where stories live. Discover now