CHAPTER 32 🦖

1.9K 109 4
                                        

MALAM itu, Syiraz kembali. Namun lelaki itu agak lain. Ya, lain. Selalu termenung bahkan sesekali seperti tak mempunyai semangat lagi.

"Raz... Come here," panggil Tengku Hazriq. Syiraz akur dan mengambil tempat di sebelah Tengku Hazriq.

"Raz kenapa ni? Raz okay tak?" soal Tengku Hazriq. Syiraz ukir senyum nipis dan menggeleng.

"Raz tak pernah okay, dad. Tak pernah." Tengku Hazriq mengusap bahu lelaki itu lembut.

"Cuba cerita dengan daddy." Syiraz mengangguk setuju.

"Raz rindukan Riz... Raz call tak jawab, chat tak reply. Raz risau... Risau sangat. Dah lah Raz tak tahu apa yang jadi. Raz penat, dad," luahnya.

"Raz dah penat nak nangis, Raz dah penat nak berfikir dan Raz betul-betul dah penat dengan hidup Raz. Dad... Raz tak menyerah. Tapi semua yang jadi betul-betul memenatkan. Air mata Raz pun rasa macam dah kering sebab banyak menangis selama ni." Sambungnya. Dia menunduk sekejap sebelum tersenyum.

"Raz suka... Raz suka ada mama yang cantik, yang baik sangat pada anak dia. Raz suka ada papa yang handsome, yang sangat peduli dengan anak dia. Tapi diwaktu bersamaan, mereka sakitkan hati anak mereka. Mereka buatkan satu anak mereka cemburu. Mereka buatkan satu anak mereka rasa tak layak hidup di dunia."

"Raz gembira jadi abang kembar Riz... Raz gembira dapat jadi anak untuk diorang tapi Raz sedar, hadirnya Raz cuma kesilapan. Raz yang salah sebab lahir dalam family tu. Raz tahu, kalau tak ada Raz, mama dengan papa takkan jahat macam tu. Raz sedar, kalau tak ada Raz, mereka akan bahagia," ujanya. Dia ketawa kecil.

"Kenapa Raz cakap macam tu?" soal Tengku Hazriq. Syiraz diam beberapa saat sebelum dia tersenyum memandang Tengku Hazriq.

"Sebab mama dengan papa selalu ingatkan Raz untuk berterima kasih. Mereka jaga Raz dan ikhtiar sembuhkan Raz walau mereka kasar dengan Raz. Mereka tetap jaga Raz walau mereka selalu cakap yang Raz adalah kesalahan terbesar mereka," jawab Syiraz. Tengku Hazriq menyeka air mata yang mula mengalir.

Dia sakit melihat Syiraz tersenyum dan bukannya menangis. Benarkah air mata Syiraz sudah kering seperti yang dikatakan tadi?

"Raz gembira dan Raz suka jadi bahagian dari keluarga tu. Tapi rasa sakitnya tak terkata... Raz dari kecil sampai besar menangis hanya sebab dipukul, dimaki dan disumpah macam-macam. Padahal itu tak setanding pun dengan pengorbanan mama yang bertaruh nyawa untuk Raz dan Riz. Raz menangis, rasa dunia tak adil, tapi Raz tak sedar yang mama lebih sakit."

"Sebab Raz, mama hilang rahim... Sebab Raz, mama dan papa hilang peluang nak dapat anak perempuan. Sebab Raz, mama hilang abang dia. Sebab Raz, mama malu. Sebab Raz, mama dan papa terpaksa tanggung malu bila berhadapan dengan media waktu tu. Raz dah banyak menyusahkan. Raz sedar, untuk apa Raz menangis? Untuk apa Raz berusaha cari perhatian mama papa lagi?"

"Dari awal, semua masalah datang dari Raz. Raz lahir, Raz desak uncle pergi beli aiskrim, Raz berpenyakit, Raz bodoh, Raz lembab, Raz gila dan Raz tak layak pun hidup di dunia." Tengku Hazriq menangis mendengar itu. Untuk pertama kalinya Syiraz meluahkan tentang keluarga. Namun, bukan rungutan atau ketidak adilan yang dibicarakan.

Syiraz memeluk Tengku Hazriq yang menangis itu dan ukir senyum.

"Daddy tak boleh nangis. Sebab dekat sini, yang salah adalah Raz dan Raz memang layak dapat semua ni. Raz dah mula sedar, bukan mama papa yang jahat. Bukan juga takdir Allah. Tapi Raz yang bermasalah. Raz dah banyak menyusahkan. Bahkan buat daddy dengan Harraz susah sama. Raz sedar diri."

"Raz dah tak nak menangis seolah Raz yang paling tersakiti. Raz tahu, mama papa yang lebih sakit sebab dapat anak macam Raz. Seumur hidup Raz tak pernah sekalipun Raz buat papa dan senyum gembira sebab Raz. Sekalipun tak pernah. Mungkin betul adanya..." Syiraz melerai pelukan. Mengusap air mata dipipi Tengku Hazriq.

"Tak ada anak yang tak mampu membanggakan mak bapak dia, tak ada anak yang suka melawan macam Raz. Tak ada anak yang hanya menjadi beban untuk mak bapak diorang dan tak ada anak yang tak dapat diharapkan macam Raz."

"Selama ni, Raz tak pernah banggakan mama dan papa. Lahirnya Raz bawa duka dan bala buat mereka." Sambungnya dan dia hanya tersenyum. Matanya tak menipu. Tengku Hazriq nampak sayu tatapan itu tersirat banyak luka. Namun tak pula mata indah itu berkaca-kaca atau mengeluarkan air mata.

"Syiraz... Kamu tak boleh cakap macam tu." Syiraz ketawa kecil. Dia mengangguk.

"Maafkan Raz, daddy... Raz bukan tak bersyukur. Tapi kenyataan memang macam tu. Raz tak mampu banggakan mama dan papa bahkan berbakti pada mereka pun Raz tak mampu. Raz adalah seorang anak yang gagal. Raz gagal dari sudut mana pun. Raz banyak cacatnya. Raz tak mampu balas budi mama dan papa."

"Syiraz... Balas budi memang semua orang takkan mampu, Raz. Membanggakan ibu bapa juga bukan kewajiban. Cukup kamu berbakti pada mereka," ujar Tengku Hazriq.

"Mungkin betul. Tapi mereka yang lain mampu banggakan mak bapak mereka walau sekali. Berbeza dengan Raz yang lahir saja pun dah jadi beban. Raz juga tak mampu berbakti pada mereka."

Tengku Hazriq memeluk tubuh Syiraz dengan erat.

"Menangislah, Raz... Daddy tak sanggup tengok kamu macam ni. Daddy lebih suka kamu menangis daripada macam ni," ujar Tengku Hazriq ditelinga Syiraz.

Syiraz hanya tersenyum dan membalas pelukan Tengku Hazriq. Dia dah tak mampu menangis. Dia dah penat mahu menangis.

"Janganlah nangis... Raz dah terima semuanya. Raz sedar diri. Daddy jangan macam ni..." pujuk Syiraz. Tengku Hazriq tak kuat melihat Syiraz yang sudah dianggap sebagai anak mula pasrah dengan keadaan. Hatinya tak kuat melihat Syiraz begini.

Harraz yang duduk bersandar pada dinding di dekat tangga turut menangis mendengar semua yang diucapkan Syiraz. Mungkin akhirnya nanti Syiraz mengalah dan memilih pergi. Membayangkan saja sudah cukup menyeksa.

"Tolong bertahan, Raz..."










- Continue -

[C] IZINKANKU PERGI Where stories live. Discover now