CHAPTER 27 🦖

1.8K 118 11
                                        

HARRAZ mengeluh berat. Rasanya baru semalam dia cakap yang dia tak mahu orang lain yang mengawal tubuh Syiraz.

"Tak payahlah terkejut sangat."

"Terkejut? Aku? Huh, memang tak lah. Aku cuma menyampah dengan kehadiran kau," sinis Harraz. Syiraz berdecit. Dia mengambil telefonnya ditangan Harraz dan memainkannya.

"VEE!"

"Apa kau nak? Memekak betullah kau ni." Harraz menatap tajam ke arah raga Syiraz yang dihuni lelaki bernama Veeron.

"Aku membebel daripada tadi, kau dengar tak?!" soal Harraz geram. Veeron hanya berdehem dan sibuk dengan telefonnya.

Harraz naik geram. Dia ambil bantal dan dicampak ke wajah Veeron hingga lelaki itu terjungkal ke belakang jatuh dari katil. Harraz ketawa kuat. Puas hatinya. Dia terus berlalu keluar.

"BODOH!" maki Veeron. Langkah Harraz terhenti.

"KAU YANG BODOH, SIAL! KAU YANG MENYUSAHKAN AKU! SIBUK MENUMPANG BADAN MEMBER AKU!" Veeron berdecak kesal. Dia mengambil bantal yang dibaling padanya dan dicampak keluar balkoni. Jatuh bantal itu dalam kolam.

Dia terus bawa telefonnya dan turun ke bawah. Dia mahu bertemu 'Daddy Hazr' dia. Seronok juga ada teman nak berborak.

Puas dia mencari namun tak ditemui. Dia terus menghampiri Harraz yang sedang sibuk di dapur.

"Kau buat apa?" soalnya. Harraz menoleh sekejap sebelum tutup api dan mula salut buah-buahan yang dicucuk lidi itu ke dalam gula yang sudah cair.

"Tanghulu."

"Binatang berbulu?" Harraz tersedak air liur kemudian ketawa. Dia memandang Veeron yang menatapnya datar. Dia terus berdehem dan kembali menampilkan Riak datar.

"Tanghulu, bengap. Makan viral. Sebelum tidur Syiraz minta." Veeron mengangguk faham.

"Bapak kau mana?" soal Veeron.

"Kurang hajar kau kan." Veeron hanya acuh. Peduli pula dia.

"Bapak kau mana?" soal Veeron lagi.

"Hospital. Mana lagi?"

"Manalah tahu tengah carikan kau mak tiri," ujarnya selamba kemudian duduk di kerusi. Harraz menatap tajam ke arah Veeron.

"Kalau mulut kau masin, aku pastikan kau tidur luar rumah seminggu berturut-turut!" ujarnya. Dia terus membaling cawan plastik ke arah Veeron dan disambut baik oleh lelaki itu.

Mata mereka saling beradu. Harraz dengan tajamnya manakala Veeron dengan datarnya. Beberapa minit berlangsung begitu sebelum Veeron mengalih pandangan dan menatap nasi goreng yang tersedia bawah tudung saji lut sinar.

Pinggan dan sudu diambil. Harraz berdecit. Boleh darah tinggi kalau duduk dengan Veeron. Dia kembali sibuk dengan kerjanya.

Dia sebenarnya sedih. Harraz tak menyangka Syiraz mula kecewa dan akhirnya Veeron mengambil alih. Dia tak menyangka Syiraz kalah.

Sesakit itu Syiraz hingga dah tak mampu nak hadap realiti. Dia sibuk dengan pemikirannya sendiri hingga tak sedar yang Veeron ada di belakangnya.

Tak!

"Sakitlah, sial! Kau kenapa?!" soalnya kuat. Harraz memegang kepalanya yang diketuk dengan spatula. Kasar betul!

"Aku tanya daripada tadi lagi. Kau asal tak kerja?" soalnya lagi untuk kesekian kalinya. Harraz berdecit.

"Sebab kau lah! Kalau kau tak muncul, Syiraz takkan pengsan dalam bilik air tu sampai subuh!"

"Oh." Harraz memandang Veeron geram. 'Oh' je? Eii, geramlah!

"Mampus jelah kau!" Geram punya pasal, dia meninggalkan dapur itu. Pandai-pandai lah Veeron nak urus.

Veeron ukir senyum sinis dan bersuara. Hal itu buatkan Harraz menggeram marah dan terus meluru ke arahnya sebelum mencengkam kerah baju Veeron. Mata Harraz menajam memandang Harraz.

"Ulanglah balik!" arah Harraz dengan kasar. Veeron ketawa sinis.

"Kenapa? Takut? Salah ke apa aku cakap? Daripada aku yang mampus, baik aku mampuskan orang lain. Kan?" Harraz mencekik leher Veeron saat itu juga.

"Aku bagi kau amaran. Sekali lagi kau gunakan tubuh Syiraz untuk kepuasaan kau bunuh orang, aku tak teragak-agak akan buat kau pergi dari sini." Amaran keras diberikan.

Veeron mencengkam pergelangan tangan Harraz. Dia dengan kasar melepaskan tangan Harraz dari lehernya dan terbatuk-batuk.

"Kau ingat aku- uhuk! Takut dengan kau? Tak, Harraz. Sikit pun tak. Bila aku dah keluar, tubuh ni milik aku. Kau tak ada hak nak halang aku."

"DON'T YOU EVER DARE TO KILL SOMEONE WITH THAT BODY!" Tengking Harraz. Suaranya bergema di dalam rumah. Veeron ketawa kuat. Dia memandang remeh ke arah Harraz.

"We'll see," jawab Veeron dan terus beredar. Sempat dia menjatuhkan gelas kaca dengan sengaja dan beradu pandangan dengan Harraz. Dengan senyuman mengejek dibibirnya, dia berkata...

"Ups, tak sengaja. Tolong bersihkan, sayang. Bye~" Kemudian terus beredar dari sana tanpa memedulikan Harraz lagi. Dia keluar dari rumah itu untuk mencari kesenangan.

"ARGH! THAT BRAT!" Dia segera mencapai penyapu dan mengumpulkan kaca itu setempat sebelum dibersihkan. Nasi yang terdedah atas pinggan itu juga dibersihkan. Kesialan apa yang perlu dia lalui sekarang? Dia benci dengan Veeron yang selalu menaikkan darah.









- Continue -

[C] IZINKANKU PERGI Where stories live. Discover now