SYIRAZ duduk di sofa sebaik sahaja selesai buat kerja-kerja rumah. Penat rasanya. Dia melihat Puan Nadra yang baru pulang.
"Yang kau duduk situ buat apa? Dah takde kerja nak buat?" sinis Puan Nadra. Syiraz bangun.
"Raz naik dulu." Kaki baru nak melangkah, dia dah ditahan.
"Jangan nak jadi kurang hajar sangat. Duduk!" arah Puan Nadra. Syiraz akur. Daripada dia kena lagi, baik dia akur saja.
"Kau dengar sini baik-baik, Syiraz. Aku izinkan kau tinggal semula dalam rumah ni pun hanya sebab Syariz. Jadi jangan nak berlagak macam bos besar. Aku nak kau buat semua kerja dalam rumah dari yang kecil sampailah besar, faham?"
Syiraz diam beberapa saat sebelum mengangguk saja. Dia memandang Puan Nadra.
"Bagus. Sekarang aku nak kau pergi cuci toilet. Dah sebulan tak cuci," arahnya. Syiraz tak bergerak. Dia masih memandang lama ke arah Puan Nadra.
"Kau tunggu apa lagi?!" bentak Puan Nadra. Syiraz menggeleng.
"Sebenarnya... Raz ni apa ya? Siapa Raz dekat mata mama?" soalnya. Memang suka cari penyakit kan?
"Kau? Sampah. Tempat kau bawah tapak kaki aku je," jawabnya laju yang bermaksud tanpa berfikir pun, Puan Nadra hanya menganggap dia sebagai sampah.
"Apa yang Raz kena buat supaya mama nak anggap Raz sebagai anak? Apa yang Raz patut buat lagi supaya mama dengan papa berhenti bencikan Raz? Bagitahu lah." Puan Nadra ukir senyum sinis. Dia mendekati Syiraz.
Rambut Syiraz ditarik kuat hingga lelaki itu terdongak memandang Puan Nadra. Syiraz merasai sakit namun tak meringis.
"Even kau mati pun, aku takkan pernah anggap kau sebagai anak. Syiraz Andra, kau dengar ni baik-baik..." Syiraz hanya diam memandang Puan Nadra.
"Aku tak ada anak yang hidup hanya menyusahkan dan gila macam kau. Mulai harini, berhenti panggil aku mama. Sedar diri kau dekat mana. Syiraz Andra bukan anak aku. Aku hanya ada satu anak lelaki yang membanggakan iaitu Syariz Indra. Jadi berhenti berharap yang aku akan terima kau sebagai anak lepas apa yang kau dah buat," ujarnya dan ditunjal kepala Syiraz.
"Tak pernah walau sekali pun Raz fikir yang mama akan buang Raz macam ni," ujarnya perlahan.
"Sebab kau bodoh, naif. Sejak kau lahir lagi, aku dah bencikan kau. Kau menyusahkan. Berhenti panggil aku mama! Aku jijik dengan kau!"
"Sebab Raz sakit? Gila?" soalnya ingin kepastian.
"Itu salah satunya. Kau berpenyakit, kau bodoh, kau juga gila dan bawa sial pada aku dan suami aku. Kalau tak sebab kau, semua ni takkan jadi! Hidup aku tentu akan tenang tanpa kau!"
"Ma... Kalau Raz mati, minta tolong sangat untuk mama peluk cium Raz waktu tu," pinta Syiraz. Puan Nadra ketawa kuat.
"Itu adalah perkara yang takkan pernah aku buat untuk kau. Ingat tu!" Syiraz diam menunduk. Tak, dia tak menangis. Hanya saja dia sakit dengan perkataan itu semua.
"Satu lagi aku nak ingatkan pada kau, Syiraz. Kalau aku kritikal, mati sekalipun, aku haramkan kau untuk jenguk aku! Dekat walau satu meter pun aku haramkan! Aku benci kau dan aku tak nak tengok muka kau."
"Sebenci tu?" soal Syiraz tak percaya.
"Ya. Sebenci tu. Lepas apa yang aku dah beri pada kau, balasan kau cuma menyakitkan hati. Kalau nak ikutkan hati aku, memang aku nak haramkan je kau dari jejakkan kaki dalam rumah ni. Tapi sebab Riz sakit dan nak kau ada dengan dia, aku terpaksa benarkan kau jejak kaki dalam rumah aku ni."
"Sakit mata, sakit hati, semua sakit sebab kau! Jadi jangan berangan, bahkan bermimpi dan berharap yang aku akan sayang kau atau bahkan peluk cium kau bila kau dah mati. Mayat kau pun aku tak nak urus."
"Hidup kau pun aku tak restu apatah lagi nak urus jenazah kau. Jijik. Satu lagi, berhenti panggil aku mama! Berhenti!" Sambungnya dan terus berlalu naik.
Syiraz menggigit bibir bawahnya. Sakit. Sungguh sakit. Apalagi yang perlu dia lakukan agar dia diterima? Apa yang mampu buatkan dia diterima kalau sudah itu kata mamanya?
Syiraz berlalu naik untuk ke biliknya. Hatinya sakit. Terlalu sakit bahkan otaknya begitu bising.
"Ra-" Syariz terdiam bila abang kembarnya itu mengabaikan dirinya.
"Aku... Ada salah ke?" gumamnya sendirian. Dia mengeluh perlahan dan berlalu turun untuk minum air.
Syariz melihat meja makan yang sudah dipenuhi pinggan dan lauk-lauk yang tertutup. Dia mengintai lauk itu.
"Makanan favourite mama dengan papa? Kau masih ingat?" gumam Syariz. Dia bahkan hampir lupa mama dan papanya itu suka makan apa. Mungkin akan terus lupa kalau tak tengok masakan Syiraz. Padahal Syiraz tak pernah diberitahu apa yang mama dan papa mereka suka makan.
- Continue -

YOU ARE READING
[C] IZINKANKU PERGI
Random[C O M P L E T E] ‼️ Contains sensitive issues ‼️ Syiraz Andra dan Syariz Indra ialah kembar seiras. Tingkah laku mereka berbeza, begitu juga layanan yang didapatkan. Sangat jauh berbeza. Syiraz diabaikan manakala Syariz disayang dan dilindungi te...