SYIRAZ menyeka air matanya. Dia tahu tadi dia dah kurang hajar. Ingin sekali rasanya merayu, melutut minta ampun atas perbuatannya itu. Namun, perasaan itu ditepis.
Dia sudah lelah dan dia dah tak mampu nak hadap semua ini. Sudah banyak air matanya habis kerana kebodohannya sendiri. Sudah banyak kali dia hancur kerana harapannya.
Sekarang ini, dia pasrahkan saja semua pada Allah SWT. Dia serahkan semuanya kepadaNya yang lebih berkuasa kerana dia yakin, sebaik-baik rancangan ialah rancangan Allah.
وَأُفَوِّضُ أَمْرِيَ إِلَى اللَّهِ
"Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah."
[QS Al-Ghafir: 44]
Syiraz menarik bagasinya dan mula kuatkan hati untuk pergi dari sini. Sungguh, dia sudah di ambang batas. Dia tak mahu bersikap lebih jauh.
Sebaik sahaja pintu dibuka, Syariz yang memang menunggu depan pintu terus memeluknya. Dia ukir senyum nipis buat adiknya.
"Kau nak tinggal aku ke, Raz?" soal Syariz dengan air mata yang terus mengalir.
"Aku minta maaf, Riz. Aku dah tak tahan. Dah tiba masa untuk angkat kaki. Sekarang, aku ikut saran kau, saran Ray dengan Har. Aku nak bebas. Aku dah tak mampu. Penat sangat dah." Pelukan terus dilerai. Syariz mengangguk faham.
"Tapi mana kau nak pergi? Aku tak nak kau susah, Raz..."
"Aku tak tahu. Nanti aku cuba minta tolong Harraz. Jangan risau, aku dah biasa pun. Dari aku umur 13 tahun lagi aku dah cari duit sendiri, urus diri sendiri, aku akan okay. Jangan risau, hm?" ujarnya dan mengusap lembut pipi Syariz yang basah dengan air mata.
"Macam mana kalau aku rindukan kau? Aku dah tak boleh tidur dengan kau lagi kalau kau pergi, Raz..." lirihnya. Syiraz menyeka air matanya sendiri dan menggeleng.
"Aku tak pergi jauh. Nanti kau boleh datang, kita boleh jumpa lagi macam biasa. Janganlah nangis. Selama ni kau juga yang suruh aku lawan. Sekarang, aku nak hak aku. Kebebasan aku. Jangan nangis, ya?"
"Tak sama, Raz. Tak sama..." Syiraz pun tahu itu. Dia pun tak rela mahu berpisah dengan adik kembarnya ini.
Banyak benda akan berubah setelah keputusan ini diambil. Dia nekad. Dia nekad mahu tinggalkan semua sakit ini. Apa pun caranya. Meski masih terikat, dia tak peduli. Suatu saat, tentu ikatan itu akan terlerai.
"Aku tahu berat. Tapi dengan cara ni, aku boleh berhenti jadi mangsa dera. Aku pun nak kulit aku macam kau. Tak ada cacat cela. Aku nak rasa tenang tanpa rasa takut akan dipukul, dikurung atau dicaci maki."
"Aku dah terlalu penat, Riz. Maafkan aku," sambungnya. Syiraz mengangguk faham. Dia memeluk abang kembarnya itu dengan erat.
"Nanti, kau ajarkan aku lagi tentang agama tau?" Syiraz ketawa kecil dan mengangguk. Dia membalas pelukan adiknya sebelum dia berlalu turun. Syariz tak ikut turun kerana dia takut dia tak rela berpisah rumah dengan abang kembarnya itu.
Syiraz menuruni tangga dan dia melihat mamanya di sofa sedang menonton tv. Tidak adakah walau sedikit rasa sakit itu pada Puan Nadra? Setelah apa yang dia katakan, penyesalan itu tetap tak datang?
"Ma- Puan Nadra. Saya izin pergi," pamitnya. Puan Nadra terus menoleh. Dia perhatikan tangan Syiraz sebelum yakin dan bangun menghampiri lelaki itu.
"Pergi? Kau ingat kau boleh pergi macam tu je? Lepas semua yang aku beri pada kau? Syiraz, Syiraz, Syiraz... Kau memang bodoh," ujar Puan Nadra sinis. Syiraz menarik nafas panjang sebelum dihela perlahan.
"Beri? Puan Nadra, sejak saya berusia 13 tahun, saya terpaksa bekerja untuk memenuhi keperluan saya. Satu sen pun puan tak keluarkan untuk saya sejak saya berusia 13 tahun."
"Kalau Puan Nadra nak tuntut semula apa yang diberikan puan sejak saya lahir sampailah saya berusia 13 tahun, maaf... Saya tak mampu pulangkan semua," sambungnya. Puan Nadra ukir senyum sinis sebelum dia menunjal kepala Syiraz dengan kuat.
"Otak ada tu pakai! Aku nak kau mati untuk bayar balik apa yang aku berikan." Syiraz mengepal tangannya.
"Cepat atau lambat, kita semua akan mati. Jadi, puan tunggulah kabar kematian saya. Terima kasih saya ucapkan atas semua jasa baik puan rawat saya hingga sembuh dan besarkan saya hingga sekarang. Terima kasih," ujarnya perlahan.
"Saya pamit." Tanpa menunggu jawapan, Syiraz terus berlalu pergi.
Puan Nadra berdecit. Dia yakin, Syiraz hanya mencari perhatian. Dia bahkan tak peduli jika Syiraz pergi kerananya.
Kerana apa pun yang terjadi, dia takkan pernah sekali pun rasa menyesal kerana Syiraz selain melahirkan lelaki itu ke dunia.
Dia takkan rasa sedih atau rasa kehilangan hanya kerana sikapnya pada Syiraz. Dia yakin itu. Lagipula, Syiraz cuma beban dan tak berguna langsung buatnya selain menyusahkan kerana penyakitnya dulu dan sekarang malah menyusahkan kerana mental.
Perginya Syiraz membuatkan dia gembira. Hilang bebannya kerana Syiraz pergi. Dia benar-benar berharap agar Syiraz mati saja. Lebih baik lelaki itu mati daripada nanti pulang semula. Dia benar-benar bencikan Syiraz.
- Continue -
Syiraz dah keluar dari rumah tu. Happy tak?
Mestilah happy an. Silalah bergembira dulu sementara otak I masih baik.

YOU ARE READING
[C] IZINKANKU PERGI
Random[C O M P L E T E] ‼️ Contains sensitive issues ‼️ Syiraz Andra dan Syariz Indra ialah kembar seiras. Tingkah laku mereka berbeza, begitu juga layanan yang didapatkan. Sangat jauh berbeza. Syiraz diabaikan manakala Syariz disayang dan dilindungi te...