SYIRAZ tertidur di atas ribaan Harraz. Air mata lelaki itu diseka. Bahkan saat tidur pun air mata masih mengalir. Dia sudah benar-benar terseksa.
"Aku janji aku akan protect kau, Raz... Biarlah satu dunia akan salahkan kau nanti. Aku dekat sini ada untuk kau," ujarnya perlahan sambil mengusap lembut kepala Syiraz sebelum dia beralih mengambil telefonnya.
Puan Nadra dan Tuan Rizal memang melampau. Sangat melampau. Bila media mula kecoh tentang keadaan Syiraz yang berdarah-darah dibawa ke hospital, mereka berdua malah memutar balik fakta.
Dengan drama air mata, mereka mengatakan yang Syiraz marah pada mereka kerana tanpa sengaja tidak ke hospital untuk tahu keadaannya dan lari dari rumah kerana merajuk.
Siap mereka kata jangan salahkan Syiraz atas semua itu kerana itu silapnya. Sekarang, di Instagram, twitter, banyak yang mengecam Syiraz dan mengatakan yang Syiraz anak derhaka kerana buat mak bapaknya menangis.
Mereka kasihan dengan artis dan jutawan itu hingga mengecam Syiraz. Mereka dengan mudahnya berkata-kata tanpa periksa lebih dulu.
Bahkan dengan sengaja Tuan Rizal buat seolah terlepas cakap yang Syiraz menengking isterinya itu. Sungguh, Harraz rasanya mahu terjah ke sana dan menumbuk muka kedua orang tua itu.
Tak tahu saja, orang yang mereka kasihankan dan bela itu sangat buruk kelakuannya. Jutawan dan artis ternama itu bahkan tak mengeluarkan satu sen pun duit untuk Syiraz sejak lelaki itu berusia 13 tahun. Bagaimana jika semua itu terbongkar?
Memikir saja sudah buat Harraz tersenyum riang. Memikirkan wajah cuak kedua orang tua itu buatkan dia semakin tak sabar untuk tunjuk pada publik bahawa orang yang mereka bela adalah iblis yang bertopengkan manusia.
"Kau terlalu baik, Raz. Sesekali, kekejaman diperlukan untuk orang yang macam ni. Kalau kau tak nak derhaka, tak nak buka aib mak bapak kau sendiri, serahkan saja pada aku. Kau perlukan keadilan terlepas dari semua yang jadi ni," gumamnya dan bersandar memejam mata.
Ingin menangis rasanya mendengar rintihan Syiraz tadi. Lelaki itu menangis sampai sesak nafas.
"Kenapa? Kenapa, Har? Aku salah apalagi kalini? Aku penat, Har. Penat sangat... Kenapa tak habis-habis masalah datang?"
"Aku tak suka semua ni... Aku penat. Kenapa aku kena hadap benda-benda ni semua? Aku cuma nak pertahankan diri je lepas semua yang jadi. Tapi kenapa aku yang nampak jahat dekat sini? Har... Aku tak kuat... Aku tak nak hadap semua ni lagi. Aku dah cukup sakit, Har... Aku dah muak. Kenapa semua ni kena jadi dekat aku? Mental aku tak kuat, Har... Aku takut hilang kawalan..." sambungnya dengan amat lirih. Dia memeluk erat tubuh Harraz.
"Aku sakit, Har. Sakit... Letih. Letih sangat, Har... Aku tak kuat... Aku tak kuat, Harraz..." teresak-esak dia menangis.
"Shh... Aku ada dengan kau. Kita lalui sama-sama, Raz. Jangan pernah fikir kau seorang diri," pujuk Harraz. Syiraz terus saja menangis hingga akhirnya dia sesak nafas dan dipaksa untuk tidur.
Harraz mencelikkan matanya. Dia tahu Syiraz sudah lemah dari segi mental. Maka dari itu, telefon Syiraz dia yang akan pegang. Dia takkan benarkan Syiraz melihat semua kecaman yang tertuju padanya.
Cukuplah lelaki itu terseksa selama ini. Untuk kali ini, Harraz takkan benarkan. Syiraz berhak bahagia dan dia takkan benarkan sesiapa pun merosakkan kebahagiaan Syiraz.
Siapa pun termasuk kedua ibu bapa lelaki itu. Dia akan lawan hingga bahagia itu datang pada Syiraz.
Dia dah tak sanggup nak tengok Syiraz derita. Syiraz tu dah jauh dari sifat lelaki yang pada umumnya. Semua itu kerana kekejaman yang dia rasakan.
SYARIZ terus sahaja berkurung dalam bilik. Dipanggil pun dia tak pedulikan. Dia benci bila keadaan terus-terusan buat Syiraz macam orang yang bersalah.
Dia dah baca semua hate komen di sosial media Syiraz. Bahkan di postingan dia yang ada gambar berdua dengan Syiraz pun ada yang mengecam.
"Diorang melampau... Raz, kau kuat kan?" soalnya entah pada siapa. Dia tak kuat begini. Abangnya itu tentu menangis kerana keadaan.
Dia kenal betul dengan perangai Syiraz itu. Dia betul-betul berharap abangnya mampu lalui. Apatah lagi dia tak mengetahui di mana Syiraz sekarang. Entah masih di rumah Harraz atau tidak.
Syariz mengambil ubatnya dan ditelan tanpa air. Dia terus membaringkan diri dan memejam mata untuk tidur. Sempat dia memeluk bantal kesayangannya.
- Continue -

YOU ARE READING
[C] IZINKANKU PERGI
Random[C O M P L E T E] ‼️ Contains sensitive issues ‼️ Syiraz Andra dan Syariz Indra ialah kembar seiras. Tingkah laku mereka berbeza, begitu juga layanan yang didapatkan. Sangat jauh berbeza. Syiraz diabaikan manakala Syariz disayang dan dilindungi te...