PANG!
Satu tamparan mendarat dipipinya hingga kepalanya terteleng ke kiri. Dia hanya menunduk.
"Kau memang hidup menyusahkan aku je kan! Pinggan satu pun boleh berderai!" tengking Puan Nadra.
"Maaf... Ra-"
Pang!
Satu lagi tamparan mendarat dipipinya. Dia mengunci mulutnya. Tahulah dia yang dia tak diberikan peluang untuk menjelaskan.
"Boleh tak hidup tu jangan menyusahkan orang?! Susah sangat ke apa yang aku suruh?!" Syiraz hanya diam menunduk.
"Balik laki aku nanti, siaplah kau! Tak habis-habis menyusahkan! Kau kutip kaca-kaca tu!" arah Puan Nadra. Syiraz baru buka langkah, tangannya sudah ditarik.
"Kau nak pergi mana?! Kutip dengan tangan, sial!"
"Ta-"
"Kutip!" Syiraz perlahan-lahan akur. Dia duduk mengutip serpihan kaca itu. Puan Nadra ukir senyum sinis.
"ARGH!" Puan Nadra ketawa mengejek. Syiraz menahan sakit apabila tangannya dipijak atas pecahan kaca itu.
"Ma, sakit..."
"Sakit? Hah? Sakit? Hati aku lagi sakit tahu tak?!" Syiraz hanya mampu diam. Dengan sengaja Puan Nadra memijak tangan Syiraz dengan lebih kuat.
Jatuh air mata Syiraz kerana sakit tertusuk kaca itu. Dia merayu-rayu agar dilepaskan hingga akhirnya Puan Nadra puas mendengar rayuannya dan melepaskannya. Wanita itu melenggang naik dengan senang hati.
Syiraz teresak tangannya bergetar takut. Darah dan kaca yang masih tertancap di tapak tangannya itu diperhatikan sekejap. Dengan tangan yang bergetar, dia mencabut satu persatu kaca yang terbenam dalam kulitnya itu dengan kuat.
Setiap satu dicabut dia menjerit. Ini terlalu sakit dibanding goresan yang selalu ia buat. Selesai saja, dia terus mengutip kaca-kaca itu dan terus dibuang.
Kerana tak mahu darah ke mana-mana, dia tutup tapak tangannya dengan tisu lalu mengambil penyapu untuk buang serpihan kecil kaca yang mungkin masih ada di atas lantai itu.
"Raz, kau nampak tak pend- Yaallah! Tangan kau kenapa?!" Soal Syariz yang baru pulang untuk mengambil barangnya yang tertinggal.
"Takde apalah. Kau cari apa?"
"Pendrive putih atas meja depan tu. Ada nampak?" Syiraz mengangguk. Dia buang sisa serpihan kaca ke dalam tong sampah dan terus ke meja di ruang tamu mencari apa yang diminta.
"Nah."
"Thanks." Syiraz mengangguk.
"Raz, kita pergi hospital ya?" Syiraz menggeleng. Rasanya tak perlu. Lagipun ini hanya luka biasa.
"Raz... Please... Aku tengok tisu tu dah tembus. Banyak darah tu. Jom, kita pergi klinik," desaknya sambil menarik tangan Syiraz.
"Riz! Aku tak nak! Lagipun ni luka kecil je. Nanti berhentilah darahnya."
"Raz, jangan degil!" Syiraz masih berkeras. Dia tak mahu kemana-mana dan buatkan mamanya semakin marah.
Syariz merengus geram. Dia memandang tajam ke arah Syiraz. Dia melepaskan tangan Syiraz dan menjauh membuat panggilan.
Syiraz hanya memerhati. Tak lama setelahnya, Syariz kemari dan dengan paksaan serta ugutan, Syiraz berjaya dibawa keluar dari rumah dan masuk kereta.
"Kau balik nak ambil pendrive tu ada kerja penting kan? Ka-"
"Diam!" bentak Syariz.
Syiraz akur. Dia diam saja dan mencabut tisu yang sudah berlumuran darah itu dari tangannya dengan seksa kerana tisu itu melekat. Pedih rasanya.
Dia mencapai kotak tisu di tempat duduk belakang. Syariz terus menahan perbuatannya.
"Biarkan je. Lagi sakit nanti." Syiraz akur. Dia biarkan saja tangannya yang masih mengalirkan darah. Syariz betul-betul bawa dia ke hospital.
Dia takut. Jika mama papanya sampai tahu dia dibawa ke hospital lagi, tentu dia akan kena teruk dengan mereka.
"Turun!" arah Syariz. Syiraz akur. Dia ikut saja ke mana Syariz menariknya.
Tanpa ketuk pintu, Syariz masuk ke dalam dan mendudukkan Syiraz dengan kasar di atas kerusi. Harraz yang awalnya sedang menyiapkan laporan terus tertumpu pada mereka.
"Hm?"
"Kau cek tangan dia. Darah tu tak berhenti keluar daripada tadi lagi," arah Syariz. Harraz terus mendekat dan melihat tangan Syiraz. Dia mengangkat wajahnya memandang Syiraz yang menghindari dari bertatap mata dengannya.
"Kita cuci luka ni dulu."
"Kalau macam tu aku keluar kejap. Pastikan dia tak lari," kata Syariz. Harraz mengangguk.
"Aku ambil barang kejap. Duduk diam-diam kalau tak nak aku marah." Syiraz mengangguk akur.
Di luar, Syariz membuat panggilan pada Rayyan. Dia lupa mahu beritahu Rayyan yang dia dah cancel meeting tu.
"Hello, Ray..."
"Hah! Mana kau?" soal Rayyan.
"Aku hantar Raz ke hospital. Pasal meeting tu aku dah cancel. Sekarang ni, kau buat jelah kerja kau. Nanti aku datang."
"O-okay," jawab Rayyan agak gugup kerana Syariz kedengaran marah.
Talian terus dimatikan setelahnya oleh Syariz. Dia kembali masuk ke dalam dan memerhati saja Harraz yang sedang bersihkan luka Syiraz itu.
Dia bahkan Harraz pun terkejut tengok tapak tangan Syiraz. Ada banyak luka dalam dan itu memerlukan jahitan. Lebih lagi bila darah tak mahu berhenti keluar.
- Continue -

YOU ARE READING
[C] IZINKANKU PERGI
Random[C O M P L E T E] ‼️ Contains sensitive issues ‼️ Syiraz Andra dan Syariz Indra ialah kembar seiras. Tingkah laku mereka berbeza, begitu juga layanan yang didapatkan. Sangat jauh berbeza. Syiraz diabaikan manakala Syariz disayang dan dilindungi te...