CHAPTER 02 🦖

2.7K 161 10
                                        

SETELAH pemeriksaan tadi, Syiraz sudah disuruh pulang. Syiraz dengan berat hati akur. Kerana dia sendiri pun tak tahu mana nak pergi lagi dah. Harraz pun tengah busy. Takkan nak kacau kan?

Baru saja kakinya melangkah masuk, dia sudah mendengar kata-kata yang menyakitkan.

"Mana kau pergi semalam?! Takde kabar langsung! Cuba jangan menambahkan beban aku!" Syiraz memandang papanya malas.

"Macam dah takde ayat lain dah," gumam Syiraz.

"Aku bercakap dengan kau ni, sial!" Syiraz mengeluh berat.

"Tidur rumah Harraz."

"Kau takde rumah ke sampai merempat rumah orang?! Ke kau nak semua orang fikir yang aku ni tak reti nak jaga anak?!" Wajah Tuan Rizal dipandang sebelum dia ukir senyum nipis.

"Hakikatnya memang macam tu kan? Papa tak pandai jaga dua orang anak. Sebab tu, yang satu dipedulikan, tapi yang satu lagi diabaikan, dicaci maki, dibenci, kan?" Tuan Rizal ketap rahangnya geram. Dia menarik tangan Syiraz dengan kuat dan menuju ke bilik belakang.

Syiraz dah malas nak melawan. Dia penat. Sangat penat. Semalam dia sakitkan hati mamanya, harini dia tak mahu tambah kurang hajar. Dia tak mahu derhaka lagi.

"Kau duduk sini sampai kau sedar apa salah kau!" Tubuhnya dihumban hingga berlaga kuat dengan dinding. Rapat matanya terpejam kala itu.

Pintu dikunci dari luar. Syiraz mengeluh berat. Rasanya sekarang dia betul-betul dapat hukuman dari ucapannya semalam kan?

"I said no, Syiraz! Jangan nak malukan keluarga!"

"Malukan keluarga? Ma! Raz Cuma nak hilangkan trauma yang Raz ada ni!" Mamanya selalu saja menghalang. Keluarganya ini selalu saja menghalang dia pergi untuk merawat mentalnya.

Kerana apa? Kerana takut media nampak yang anak kepada artis ternama dan anak kepada jutawan ini keluar masuk hospital. Takut ada mulut-mulut yang mengata. Dia dah tahu sangat perangai mama dan papanya ini.

"Aku cakap tak boleh, tak boleh lah! Jangan degil, Syiraz! Cukuplah kau dah menyusahkan kami dengan penyakit kau dulu tu!" Syiraz terdiam. Dia memandang mamanya. Hatinya bagai ditikam berkali-kali.

"Raz tak pernah minta dilahirkan..." ujar Syiraz perlahan. Puan Nadra diam. Matanya memanas kata-kata itu keluar dari mulut anaknya sendiri.

"Raz tak pernah sekalipun minta dilahirkan dari rahim mama. Kalau boleh pilih... Raz tak nak pun lahir dalam keluarga ni," ujarnya. Dia menunduk.

"Hidup dalam keluarga ni sangat menyakitkan. Masa masuk tadika dah dituntut untuk boleh membaca, mengira, mengeja, kalau tak boleh korang hukum dengan cara simbah air sejuk. Masuk sekolah rendah, darjah satu, darjah dua, dapat markah bawah 90 kena hentam, kena sepak terajang. Padahal masa tu kecil lagi. Hari-hari dapat perlakuan macam tu."

"Yang peliknya... Cuma Raz yang dapat perlakuan macam tu. Sebab apa? Sebab Raz cacat kan? Lahir-lahir dapat penyakit. Masuk sekolah menengah pula makin teruk kena bantai. Kena tambat dengan rantai besi, kena sebat, semua sebab tak dapat markah seratus. PJSK tak memuaskan. SPM pula tak mampu straight A+ Cuma dapat A- berbeza dengan Syariz yang boleh dapat straight A+. Selalu dibanggakan."

"Apa-apa benda baik semua Syariz. Apa-apa benda buruk semua Syiraz. Biarpun Syariz salah, korang tutup mata dan salahkan siapa? Ni! Anak yang beban tak guna ni."

Syiraz mengangkat wajahnya memandang wajah Puan Nadra yang sudah basah dengan air mata. Dia terkejut namun dia abai.

"Mama sendiri pun tahu, anak tak boleh pilih siapa mak bapak diorang. Sama juga macam mak bapak, diorang tak boleh pilih siapa anak diorang. Tapi, mak bapak boleh didik, boleh bentuk anak supaya jadi macam yang mereka nak walau susah. Tapi anak? Diorang nak didik? Nak bentuk mak bapak jadi macam yang diorang nak? Mustahil."

"Mustahil sangat... boleh mati diorang dekat tangan mak bapak kalau diorang buat macam tu. Diorang kena sabar, sabar, sabar lagi, lagi, lagi, lepastu apa? Diorang meletup, kena cap kurang hajar, anak derhaka, tak kenang budi, tapi apa yang mak bapak diorang buat pada dia tak pernah dipersoal. Kenapa?" sambungnya. Air mata diseka kasar.

"Sabar mak bapak bukan main lagi orang puji. Tapi sabar anak langsung tak ada orang nampak. Sebab apa? Sebab depan orang, semua nampak baik. Tapi belakang? Mak bapak sumpah anak itu ini, pukul sana sini, sepak terajang, maki hamun anak tu. Bila anak bela diri, diorang juga yang salah." Puan Nadra menunduk menumpahkan air matanya. Syiraz tahan rasa sesak dan tahan diri dari memeluk mamanya itu. Dia tahan diri dari merayu kata maaf.

"Tiap kali anak salah, anak kena minta maaf. Tapi tiap kali mak bapak salah, sepatah kata maaf pun tak keluar dari mulut diorang."

"Raz penat," ujarnya dan terus turun meninggalkan mamanya di atas. Dia nampak Syariz yang terdiam di tangga itu. Rasanya lelaki itu mendengar semuanya.

Air matanya jatuh begitu sahaja. Baru dia mahu melangkah pergi, nama penuhnya diseru.

"Syiraz Andra!"

Nafas berat dihela. Dia jadi serba-salah. Dahlah dia buat mamanya menangis dan belum minta maaf. Semua terjadi seolah tak beri dia ruang untuk bertenang dan kosongkan fikiran yang berserabut.












- Continue -

[C] IZINKANKU PERGI Onde histórias criam vida. Descubra agora