SYIRAZ pulang kerumah dengan penat. Namun, dia sudah siapkan mentalnya. Dia juga akan mengunci mulutnya kalau tak ada benda penting nak dicakap. Dia tak mahu seperti semalam. Dia juga sakit melihat airmata mamanya semalam.
"Riz?"
"Syiraz." Jawabnya. Setelah tahu itu bukan Syariz Puan Nadra hanya acuh dan kembali berjalan menuju ke sofa. Syiraz senyum hambar. Baru kaki melangkah, Puan Nadra memberikan arahan.
"Pergi basuh baju, angkat baju lepastu lipat. Sudah tu, pergi jemur yang dah siap basuh." Syiraz menoleh ke arah Puan Nadra yang langsung tak memandang ke arahnya waktu bercakap.
"Ada lagi?" Soal Syiraz.
"Lepas dah siap semua tu, kemas rumah lepastu masak makan malam." Syiraz mengangguk faham.
"Raz naik kutip baju." Tak mendapat balasan, Syiraz terus berlalu naik ke biliknya. Dia simpan barang-barangnya dan terus keluar. Lengan baju ditarik hingga paras siku.
Dia terus ke bilik Syariz untuk ambil baju kotor kemudian ke bilik mama papanya untuk ambil baju kotor.
Syiraz mengeluh berat apabila melihat al-quran dan telekung serta sejadah yang sengaja dia letak dalam bilik mama papanya itu dah berhabuk. Sekeras itukah hati mereka?
Syiraz mengambil telekung dan sejadah itu kemudian dia bawa turun. Langkahnya terhenti kala mendengar suara mamanya.
"Lepasni, tak payah pandai-pandai nak letak semua tu dalam bilik aku." Syiraz hanya diam. Puan Nadra memandangnya sinis.
"Jangan nak berlagak bagus sangat."
"Raz bukan nak berlagak. Tapi solat tu satu perkara yang wa-"
"Tak payah nak ceramah aku. Berambus." Syiraz mengeluh panjang. Dia akur dan terus ke laundry room. Dia syak, baju-baju yang ada dalam mesin pengering tu belum dikeluarkan sejak semalam.
Dalam rumah ini, Syiraz tak lebih dari pembantu jika dilihat. Dialah yang bersih rumah, yang basuh baju dan sebagainya. Bab masak pun kadang-kadang dia yang buat bila Puan Nadra malas mahu memasak.
Kalau dia tak buat, memang tak berusik lah semua tu. Kalau dia tak masak, dia kena kurung paling kurang pun dua hari tanpa makanan.
Dia mengeluarkan baju-baju yang ada dalam mesin pengering sebelum mengangkat baju yang bergantung dan dimasukkan ke dalam bakul. Setelahnya, dia masukkan baju kotor ke dalam mesin basuh.
Dia asingkan baju berwarna dan tidak berwarna ke dalam dua mesin. Memang dari awal dulu lagi dia dah diberi arahan untuk asingkan baju itu.
"Baju-baju tu basuh dengan tangan." Syiraz menoleh ke arah pintu. Puan Nadra sedang memeluk tubuh.
"Tapi-"
"Takde tapi-tapi. Semua baju putih tu pergi basuh dengan tangan. Aku tak peduli apa pun alasan kau!" Syiraz mengangguk akur. Dia keluarkan semula baju-baju berwarna putih itu.
"Jangan lupa, aku tak nak ada kotoran apa-apa atas baju-baju tu semua. Terutama baju Syariz." Syiraz mengangguk. Puan Nadra terus beredar.
Syiraz mengeluh berat. Basuh dengan tangan? Baju sebakul ini dia perlu basuh dengan tangan? Bila kerjanya akan siap kalau begini.
"You can do it, Raz. Cuma sebakul."
"Argh! Bodoh kau Raz!" Makinya pada diri sendiri. Laju tangan dia buat kerja. Setelah masukkan sabun, dia terus rendam baju-baju yang perlu dibasuh tangan itu.
Kemudian dia bergegas cuci dan keringkan tangan sebelum melipat baju-baju yang sudah kering itu.
Makan masa sejam lebih untuk dia siap lipat semua baju itu. Tak berhenti disitu, dia basuh pula baju yang dah siap rendam itu. Disental dan ada yang direndam dengan clorox.
Selesai saja, dia perah baju-baju itu sampai tiada air yang mengalir lagi kemudian dimasukkan dalam mesin pengering.
Baju dalam mesin basuh juga dikeluarkan dan dimasukkan dalam mesin pengering setelah dia pisahkan mana yang tak boleh masuk dalam mesin pengering dan dijemur.
Setelahnya dia ambil penyapu kemudian berlalu dari sana. Dia mula dari ruang tamu dimana Puan Nadra sibuk menonton tv.
"Malam ni nak makan apa?" Soalnya menyapu lantai.
"Sotong dengan udang celup tepung. Lepastu ikan siakap tiga rasa. Bahan semua dah ada. Jangan nak bagi alasan." Syiraz hanya tersenyum hambar dan mengangguk. Dia fokus menyapu hingga selesai sebelum berlalu naik dengan vacuum dan penyapu.
Bilik ibu bapanya yang perlu dia kemas terlebih dahulu. Dia tak mahu kena hukuman jika tak sempat.
Bilik Syariz awal pagi lagi dia dah kemaskan. Jadi kuranglah sikit kerjanya. Dia hanya perlu bersihkan mama papanya dan ruang santai.
Tangannya memang bekerja, namun fikirannya melayang. Makan malam ini akan menyakiti dirinya.
"Seafood... Ma, mama lupa atau sengaja?" Soalnya amat perlahan sebelum mengeluh panjang. Dia menggeleng menghalau pemikirannya.
"Mungkin mama memang lupa. Jangan fikir bukan-bukan, Raz. Berdosa..." dia cuba yakinkan diri yang mamanya lupa. Tentang alergi dia. Mungkin memang begitu.
Continue...

YOU ARE READING
[C] IZINKANKU PERGI
Random[C O M P L E T E] ‼️ Contains sensitive issues ‼️ Syiraz Andra dan Syariz Indra ialah kembar seiras. Tingkah laku mereka berbeza, begitu juga layanan yang didapatkan. Sangat jauh berbeza. Syiraz diabaikan manakala Syariz disayang dan dilindungi te...