PART 1

19.1K 367 7
                                    


SEPASANG kelopak mata milik lelaki itu mula bergerak-gerak saat sayup-sayup terdengar deringan iPhone yang entah di mana letaknya. Dia nak bangun, tapi ada tangan merangkul pinggangnya dari belakang.

Terus dia senyum. Kalihkan badan dan membalas rangkulan itu. Nak sambung tidur sambil diapit gadis manis bernama Laura. Hangat tubuh itu buat dia ketatkan pelukan. Dan, Laura hanya merelakan.

Deringan telefon terus galak menerjang anak telinga. Dia abaikan saja! Mahu menikmati detik indah itu bersama Laura. Gadis yang baru saja dikenalinya di kelab semalam.

"Kalau tak nak jawab, boleh tak you silentkan phone you? Bisinglah..." Laura merengek dalam suara yang serak. Terdengar dia merengus. Rimas dengan bunyi telefon yang tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Sangat mengganggu!

"Okey..." Dia alihkan tubuh Laura yang melekat di dada. Bangun dari perbaringan sambil menguap. Garu kepala seraya liarkan mata mencari di mana lokasi telefonnya.

Beberapa saat berselang matanya terpaku ke arah sofa yang terletak di sudut kanan suite hotel itu. Nampak lampu skrin telefonnya sedang berkelip-kelip. Pantas dia bangun dan menapak dengan langkah longlai ke arah itu.

Namun, darahnya bagaikan kering ketika membaca abjad-abjad yang tertera pada skrin telefon.

BABY SAYANG

Alamak! Dia tepuk dahi. Teringat yang dia dah janji nak dating dengan buah hatinya. Nak sarapan sama-sama. Kalut-kalut dia capai jam tangan yang berada di sebelah telefon. Pukul 10.00 pagi! Mata yang tadinya layu mula terjegil luas. Liur diteguk berkali-kali sebelum telefon diambil dan ditekap di telinga. Dia dah terlambat!

"Tan Sri Megat Geza! Where're you?" Garang suara itu bergema di corong telefon. Tegas dan dalam nada marah! Habislah dia...

"Hi, baby. I'm so sorry. I..." Megat tergagap-gagap. Dengar saja suara itu terus hilang aura lelakinya. Lemah seluruh sendi. Hilang kata-kata!

"I wanna see you in thirty minutes!" Sekali lagi suara itu kuat menampar anak telinga. Terkulat-kulat Megat dibuatnya. Tak ada ruang dan peluang untuk beralasan lagi.

"Tapi, baby..." Megat cuba untuk berkompromi, tapi tiada respons dari si pemanggil.

Senyap...

"Baby? Baby?" Megat mengeluh deras. Merenung skrin telefon yang gelap. Tahu panggilan sudah diputuskan. Bererti dia tak ada banyak masa untuk berlengah.

Dia berlari ke bilik air dan muncul semula selepas beberapa minit. Menyarung baju dan seluar yang terdampar di atas lantai sejak semalam. Ada bau kurang menyenangkan yang melekat di bajunya buat hidungnya berkerut-kerut. Tak apa, dia ada minyak wangi di dalam kereta. Itu bukan satu masalah!

Usai berpakaian, dia keluarkan beberapa keping not 100 dan diletakkan di atas meja sebelah katil. Rambut yang kusut disikat-sikat dengan jari.

"Laura, I need to go..."

Laura buka mata sebaik saja mendengar suara Megat. Dahi berlapis melihat lelaki itu yang sudah siap berpakaian. "You nak pergi? You cakap you ada masa sepanjang hari untuk I..."

Laura mencemik. Ada rasa kecewa dalam nadanya. Namun, mata tetap terfokus pada Megat yang sedang berdiri di tepi katil. Dia belum puas bermesra dengan lelaki itu.

"Ya, tapi I terlupa yang I ada hal penting hari ni," balas Megat sambil pamit senyum.

"Hal apa?" Laura pegang tangan Megat. Dielus lembut. Mahu memancing jiwa lelaki itu.

MY SWEET TAN SRIWhere stories live. Discover now