Part 24

8.7K 291 0
                                    

MASUK sahaja ke dalam rumah, Sara hempas beg tangan ke sofa. Mundar-mandir di ruang tamu sambil mendengus kasar. Tak endahkan Megat yang memandangnya dengan kedua-dua tangan di pinggang.

Rancangan awalnya, Megat nak kembali ke majlis itu selepas menghantar Sara balik. Tapi, dia tak sedap hati nak tinggalkan Sara. Sara asyik menangis ketika dalam perjalanan tadi. Puas dia memujuk, tapi Sara langsung tak menjawab. Hanya menangis sampai teresak kuat.

"Kenapa dengan you ni?" Kacip gigi. Cuba untuk kekal tenang. Sungguh, dia tak suka dengan perangai Sara. Dia tak faham kenapa Sara nak memberontak.

"I don't know! I tak tahu apa dah jadi dengan I." Suara Sara meninggi gara-gara dihambat emosi yang berkecamuk. Menghamburkan perasaan yang sejak tadi tertahan. Ya, saat itu dia kalah. Lelah!

"Sara, tolong jaga nada you. I tak suka you tinggikan suara dengan I. Faham?" Megat berikan amaran. Lembut, tapi tegas!

"Tak boleh, Tan Sri! Sekarang ni, saya tak boleh kawal nada suara saya dan saya tak boleh kawal fikiran saya!" tempelak Sara dalam nada yang sama. Dia tak boleh nak berlagak macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tapak tangan menyapu air mata yang basah di pipi. Kasar!

Babak-babak mesra Megat dan perempuan-perempuan seksi di majlis itu asyik tertayang di fikiran. Jadi, macam mana dia nak bertenang? Tak tertanggung rasa sakit di jiwa!

Megat hela nafas dan dihembus perlahan. Hati dijentik rasa marah dengan kedegilan Sara, tapi dia cuba untuk tidak melatah. Tak mahu keruhkan keadaan.

"I tak suka tengok Tan Sri dengan perempuan-perempuan tadi. Saya benci! Faham tak?" tempik Sara lagi,

Megat ketap bibir rapat-rapat. Ikutkan rasa marah, dia juga nak berteriak macam Sara. Biar Sara tahu yang dia betul-betul tak suka dengan cara Sara bercakap dengannya.

"Kenapa you nak benci? I tak buat apa-apa pun. I cuma berbual dengan dia orang."

"Berbual sambil gesel-gesel badan macam tu? Saya nampaklah! Dan, Tan Sri langsung tak fikir tentang hati dan perasaan saya." Jari telunjuk diletakkan ke dada kiri. Mata yang merah dan berair membalas renungan Megat. Riak Megat seolah-olah terkejut mendengar kata-katanya.

"You yang terlalu negatif, Sara. I cuma berbual kosong dengan dia orang. Dan, I dah cakap I cuma nak temankan Zan..."

"Stop!" Sara melengking kuat. Nama itu bagaikan api yang membakar hatinya. "Jangan sebut nama dia. Saya tak suka! Dia boleh tinggal bertahun-tahun di Australia, tapi kenapa di negara sendiri dia asyik nak berkepit dengan Tan Sri. Hah?"

"Sebab dia kawan I. Dan, I tak faham kenapa you nak melenting sampai macam ni?" Tak sengaja, suara Megat keras dan ikut meninggi.

"Saya tak harapkan lelaki macam Tan Sri untuk faham apa yang saya rasa!" tempelak Sara pula. Mencerun tajam ke arah Megat yang sedang kancing gigi merenungnya. Wajah dan dan telinga Megat merah. Sara tahu Megat marah. Biarkan!

Biar lelaki itu tahu tentang rasa sakit yang dia tanggung kerana perbuatannya.

"Cakap aje terus terang, Sara. Tak perlu nak berkias dengan I. Kenapa you jadi macam ni?" Lepas nafas yang mula melaju. Dada juga mula berombak melawan emosi. Tercalar dan tercabar dengan kata-kata sinis Sara.

"Sebab mata saya sakit. Hati saya sakit, Tan Sri. Sakit! Faham tak?" Tekak terasa perit dan pedih. Jeritannya bergema memenuhi ruang tamu banglo mewah itu. Rasanya boleh dengar sampai ke tingkat paling atas.

MY SWEET TAN SRIWhere stories live. Discover now