Part 15

8K 278 6
                                    

MAK WAN dan Muna bertukar pandangan saat melihat lelaki yang berdiri di sisi Sara. Masing-masing agak terkejut kerana Sara tidak memberitahu mereka tentang lelaki itu. Dan, persoalan yang paling kuat membelit fikiran ialah siapa gerangan lelaki tinggi lampai dengan penampilan kemas yang sedang berdiri di hadapan mereka.

"Along tak beritahu pun nak datang dengan kawan..." Mak Wan bersuara untuk meneutralkan suasana yang canggung itu. Agak lama juga mereka terdiam. Risau apa pula kata lelaki yang sedang tersenyum ke arah mereka. Takut dianggap mereka tidak mengalukan kedatangannya.

"Ibu, ini bukan kawan along. Ini... Bos along," tukas Sara sambil kerling Megat di sebelah. Dia rasa serba salah sebenarnya. Dia dan Megat tak pernah jadi kawan.

"Bos?" Mulut Muna melopong. Makin bertambah terkejut mendengar jawapan kakaknya.

"Apa khabar?" Megat melangkah setapak ke hadapan. Tunduk sedikit tanda hormat.

"Khabar baik..." Muna anggukkan kepala dan Mak Wan cuma mematungkan diri. Hanya mata hitam bergerak ke kiri dan kanan memerhatikan Sara dan lelaki itu silih berganti.

"Nama saya Megat. Saya datang ni sebab nak meminang Sara..." Megat terus saja kepada topik utama tanpa menunggu wanita itu menyoal.

Dari raut wajah mereka, dia tahu mereka tertanya-tanya siapa dia dan kenapa dia datang ke situ bersama dengan Sara. Jadi, dia rasa lebih baik dia berterus terang untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

"Meminang?" Serentak suara Mak Wan dan Muna memenuhi ruang tamu rumah. Mereka pandang Sara. Mahukan penjelasan, tapi Sara hanya tunduk menekur lantai. Tak berani nak bertentang mata dengan mereka.

Mak Wan pamit senyum. Terpaksa! Tak mahu terlalu ikutkan perasaan mereka yang sememangnya terkejut dengan jawapan lelaki itu. "Erm, duduklah dulu. Ibu nak ke dapur sekejap. Nak buatkan air. Nanti kita bincang pasal hal ni."

Wanita berusia lewat 50-an itu berpaling dan melangkah ke dapur. Sempat dia lemparkan senyuman kepada Sara dan Megat. Muna membuntuti ibunya ke dapur meninggalkan kakaknya dan lelaki itu di ruang tamu.

"Ibu saya tu ada darah tinggi tau! Kenapa Tan Sri tiba-tiba aje cakap nak meminang saya?" getus Sara sebaik sahaja kelibat ibu dan adiknya hilang dari pandangan. Rasa macam nak saja dia ramas-ramas mulut Megat. Tak menyempat!

"Sebab I memang datang nak rasmikan hubungan kita. I cuma nak memudahkan keadaan. I tak pandai nak berpura-pura, okey?" Megat duduk di atas kerusi tanpa menunggu pelawaan tuan rumah. Laju saja Sara mengekori dan ikut duduk di sebelahnya.

"Ya, saya tahu! Tapi, boleh tak sabar sikit?" tempelak Sara lagi. Tak puas hati dengan Megat yang tiba-tiba saja bercakap soal meminang tanpa mukadimah. Gelojoh!

"Boleh I tahu kenapa you tak beritahu ibu you pasal kita, hurm?" soal Megat tanpa menghiraukan pandangan garang Sara. Dia perasan riak wajah wanita itu berubah drastik mendengar kata-katanya. Dan, saat itu dia terfikir yang Sara sebenarnya tak bersedia dengan kontrak mereka.

"Tan Sri tahu kan kita tengah menipu semua orang. Dan, saya tak pernah tipu ibu saya. Faham tak? Saya tengah fikir macam mana nak beritahu ibu pasal kita. Saya tak tergamak..." Suara Sara mendadak perlahan.

Dia tak kisah sangat pasal orang lain. Dia cuma pentingkan ibunya. Sebab itu, dia tak sampai hati nak menipu wanita itu. Dia rasa bersalah sangat. Lebih-lebih lagi bila ibunya ada di depan mata. Kelu lidahnya untuk bersuara.

"Kenapa baru sekarang you nak fikir pasal tu? Ibu you dah tahu kenapa I ikut you balik."

"Ya, Tan Sri. Saya tahu maksud Tan Sri. Tapi, terus terang saya cakap saya rasa tak sedap hati nak tipu ibu saya..." Sara usap dadanya yang terasa ketat. Ada rasa sebu yang mencengkam. Rasa bersalah yang menggunung buat emosinya jadi tak menentu. Rasa nak menangis sebab dia tahu yang dia tak ada pilihan lain selain meneruskan rancangan mereka.

MY SWEET TAN SRIWhere stories live. Discover now